love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

1 Februari 2013

cerita operation Nur Afnan Nisrina ~ 2

bersambung...

selepas N.A.N dibenarkan balik, kami terus je berkemas. bersyukur tak terkira. setelah semua selesai, ai keluar HKL jam 10.30 pagi dan terus balik kerumah. penat!! N.A.N seperti biasa. ada saja yang tak kena. sampai je rumah, Mohammad Bazli sibuk keluarkan beg2, ai pulak berebut keluarkan bouncer yang dah disimpan rapi sebab N.A.N time ni dah tido. bila ai angkat balik dia nak letakkan kat bouncer tu, dia terjaga. menangis lagi. padahal sebelum balik tu, doc dah cakap, jangan bagi dia nangis, nanti mata dia makin bengkak. habis tu?? macam mana ai tak nak kasi N.A.N nangis. kalaulah sakit dia tu boleh dipindahkan pada ai, sumpah!! ai sanggup dari lihat anak ai menderita macam tu. bila Mohammad Bazli dodoi kat tangan, N.A.N tertido semula. dan cepat2 letak dalam bouncer dia tu. ai duduk kat tepi dia, doklah enjut perlahan2 dengan keadaan ai yang tersegguk2 bertambah pulak dengan lapar.bila keadaan kembali tenang untuk seketika, ai suruh Mohammad Bazli keluar beli makan.

bila ai tenung wajah N.A.N lama2, dengan tak sengaja ai menangis lagi. time ni, ai rasa sangat menyesal sebab setuju pembedahan ini dilakukan pada dia yang sekecil ini. maafkan ibu sayang, kalau ibu tahu beginilah kesakitan yang sayang tanggung, takkan ibu setuju dulu. ai rasa seperti seorang ibu yang sangat pentingkan diri sendiri. ai seperti salahkan takdir. kenapa ai yang dipilihNYA untuk diberi dugaan sebegini. ai tak kuat untuk terima segala apa yang dah berlaku. ai tak nak berkongsi rasa dengan Mohammad Bazli sebab nanti dia marah. bila kat HKL dia tengok ai nangis, dia pon pening. sampaikan dia cakap "ini keputusan awak. awak buat keputusan ini bukan suka2. bukan sebab awak nak anak awak cantik, tapi untuk tahap kesihatan dia. Allah lebih tahu segalanya." tapi hati ibu!!! hati ibu takkan sama dengan hati ayah. awak takkan paham. sama jugak time ai gugur dulu. Mohammad Bazli hanya cakap sabarlah. dah tak ada rezeki kita. tapi ai yang mengalaminya. awak takkan paham. sama jugak situasi sekarang. saya yang mengandungkan dia. saya yang mengendung dia kesana kemari. saya yang menahan sakit berhari2 nak lahirkan dia. saya yang bertarung nyawa nak keluarkan dia. mestilah saya sedih. sedih tengok keadaan dia macam tu.

dalam proses ai nak mencuri balik selera N.A.N, macam2 susu ai belikan. macam2 makanan ai suapkan. tapi ai tak masak. sebab kalau masak, N.A.N tak makan, lagilah ai sedih. lagilah airmata ai keluar. jadinya ai beli je kat luar. balik suapkan kat mulut anak. kalau dia tak makan pon, ai taklah rasa sedih sangat. lauk yang dia paling suka, labu masak lemak pon dia tak telan. makaroni sup pon sedekah kat tong sampah. biskut pun buat mainan dia. susu?? macam2 ai beli. time ni yang masuk kat mulut dia hanya air milo kotak dan air habatusauda. sampaikan nak buang air besar pon menangis2 sebab sembelit. mula2 ai belikan susu S26. tak nak diminum. last2 cirit birit. N.A.Nkan ada eczema. habis kat po po dia merah2. lagilah bertambah sakit dia, makin bertambahlah tangisan ai ni. ehemmmmm ai paksa jugak dia minum susu mamil gold soya dia. tu. dapat minum sikit pon jadilah. siap berpaksa2. berpeluk2 sakan, semata nak suruh dia sedut botol tu. menangis memang tak hengatlah. satu lorong rumah ai tu dengar suara dia. makin ai kesian. dahlah sakit, pastu dipaksa2 macam tu sekali. disebabkan dia suka minum air milo kotak tu, ai belikan pulak susu sustagen coklat. ai menempah maut time ni. dengan eczema N.A.N dah tahap 3, ai bagi juga FM lembu pada N.A.N. ai berdoa, janganlah dia alahan yang teruk2. dan sekali lagi, ai yakin Allah akan menjaga anak ai dengan baik. ya.. memang betul. eczemanya memang tetap akan keluar, tapi hanya sikit2. kat tepi2 mata dan hidung. ai selang selikan dengan susu soya. dan kadang2 ai campurkan soya tu dengan coklat. bolehlah dia minum sikit2. tu pon 3oz, minum 1oz. selainnya, ke sinki lah jawapannya.

baju2 N.A.N yang dah sempit2 dulu yang ai dah simpan dalam kotak, ai keluarkan semula. baju dia umur setahun semua dah longgar2. memang tak cantik sangat nak dipakaikan. menangis lagi. sedih tau uols. anak sendiri dah kurus. kurus mendadak pulak tu. pakaikan baju yang umur 6 bulan dulu. ya Allah... ai memang tak kuat. ai bukannya MASHITAH yang membenarkan suami dan anak2nya dibunuh yahudi. ai kalah bila berdepan dengan keadaan anak.time mandi pulak, ai memang akan mandikan dia cepat2. ai tak nak rasa tulang2 yang dah timbul2 tu. tulang kat dada pon dah boleh nampak. ukuran peha dan betis, beze seinci je. pakaikan baju pon, alahaiiiiii tak terkata ai. ai ada simpan pampers lama saiz M yang dia tak muat, sekarang dah muat semula. ai tak tau nak cakap apa dah.

selama 2 minggu ai amik cuti. ofis jangan cakaplah. telefon tanya pasal keje dan cuti ai. tak habis2 suruh ai amik cuti tanpa gaji atau separuh gaji. tak payah korang suruh, ai memang nak amik. tapi bila ai dan Mohammad Bazli congak2 semula perbelanjaan kami dan perbelanjaan N.A.N memang tak cukup. ok. bukanlah tak cukup, tapi hanya cukup2. betullah kata ibu syamil. (ai kenal dia time kat HKL. syamil kene kanser mata dan dah buta sekarang) kalau mereka tak berada ditempat kita, mereka tak akan faham. hanya kita yang dah merasai faham keadaan kita. ai bukan suka2 cuti. tolonglah faham keadaan ai yang dah macam hilang arah tujuan ni. asik memikirkan keadaan anak. kalau anak korang demam sikit pon dah risau apatahlagi ai?? sampaikan ai cakap dengan Mohammad Bazli, kalau ai dibuang kerja macam mana?? yelah, rekod kedatangan ai dah merah. prestasi keje ai pula, baru awal tahun dah kelaut. kata Mohammad Bazli, biarlah. Allah tahu segalanya. rezeki Allah luas. kita hanya perlu berusaha dan mencari.

selama 2 minggu N.A.N dijaga sepenuhnya oleh ai. pengasuh pon dok asiklah tanya bila nak hantar mengasuh. ai asik cakap, nantilah. biarlah keadaan N.A.N betul2 stabil baru ai hantar semula. lagi pon ai masih lagi bercuti. manja N.A.N memang dah double triple. dulu dia seorang anak yang sangat berdikari. semuanya boleh ditinggalkan sendiri. botol susu pegang sendiri, main sendiri. asalkan dia nampak kelibat ai. tapi sekarang memang tak akan. time tido pon kalau dia rasa ai tak ada kat sebelah, memang menjerit. kalau buaian tu berhenti berenjut, memang tersedu2lah dalam buai tu. kalau dia main, ai tinggalkan kejap, memang teresak2lah jawabnya. sampaikan ai cakap dengan N.A.N... "IBU RINDUKAN N.A.N yang dulu." dan ai menangis lagi.

ya.. ai memang rindukan anak ai yang dulu. walaupun diagah sikit, ketawa dah terbahak2. kalau ai hilang sekejap, hanya dicari sepelusuk rumah tau2 dah ada kat sebelah. kalau ai masak, sama2 masak dengan ai kat dapur. kalau ai mandi, tunggu kat depan pintu bilik air. kalau ai sembahyang, sama2 tunggu sebelah ai.

bila keadaan kamu akan seperti dulu??

2 ulasan:

MimahAjil berkata...

Rezeki Allah sentiasa ada utk Nur Afnan Nisrina...mmg bkn akk yg tanggung..akk baca kisah awk pn boleh menitik airmata..apatah lg awk yg menanggung...dan sakit N.A.N yg tanggung..Allah ada bersama hambaNya yg sabar dan redha ye dik..InsyaAllah N.A.N akn kembali sihat nanti...Amin~

cikPUAN einaYrah berkata...

tak ada ucapan lain yang layak untuk akak hanyalah ribuan terima kasih diatas doa akak..

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?