love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

1 Januari 2013

hai hai 2013 bai bai 2012

kemainkan.. blogwalking sume cite pasal tahun baru. ai pon nak jugaklah kan. nakkk jugakkk. hahaha

tak da apa nak diceritakan sebenarnya. kehidupan berlalu seperti biasa. ada pasang surutnya sepanjang tahun 2012. bak kata mak, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. sama jugaklah dengan falsafah ai, kalau takut bergaduh2 manja dengan suami dan anak, janganlah berkahwin. hahahaha boleh??

ok ok, ai cuba serius k. :p Alhamdullillah.. masih bernafas, masih sihat, masih waras untuk menjadi isteri pada Mohammad Bazli dan ibu pada Nur Afnan Nisrina. masa cepat sangat berlalu. tak sempat je memanjang. asyik dengan tumbesaran Nur Afnan Nisrina dan asyik melayan Mohammad Bazli dan tersangattttlahhhh asyik dengan kerjaya. eh! eh! baru ai perasan, sepanjang tahun 2012 dan selepas adanya Nur Afnan Nisrina, masa ai banyak dihabiskan dirumah. keje lebih masa di ofis dan bekerja di weekand adalah sangat terhad. ai lebih banyak dahulukan keluarga. ceeewahhhh. bunyi macam mithali sangatkan. betullah korang. bila time bos bersuara ada keje di hujung minggu, ai akan sedaya upaya akan mengecilkan diri nyorok bawah meja. hahahahaa teruk bebenor bunyi ye. idoklah begitu. ai akan berterus terang saja dengan bos ai. dan selalu sangatlah bebudak ai tu buat program tanpa ai yang memantau. korangkan dah besar, pandai2lah.. anak akak kecik lagi kene lebih perhatian. gitteww kan?? hahaha

tak molah bercerita lagi pasal tahun 2012. biarkan ianya berlalu. bagi ai, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk ai jadinya sempadan. gembira, sedih, susah payah, semuanya ai merasa. kehidupan yang dicuit dengan dugaan sampaikan ai mengizinkan airmata mengalir. susah bersama anak, adalah 1 perkara yang sukar bagi ai. tapi alhamdulillah, ai masih lagi merasai kegembiraan dan kebahagian bersama keluarga tercinta.

setahun bersama Nur Afnan Nisrina adalah kenangan yang paling manis. mengharungi kehidupan yang penuh cabaran bersama si kecil itu, banyak membuatkan ai membuat keputusan yang waras dan bijaksana. segala yang dilakukan dan dikorbankan sepanjang tahun 2012, adalah semua semata-mata untuk si anak.

yang lepas biarlah lepas, tak usah dikenang2. tahun 2013 ai mulakan dengan satu nafas yang baru. berharap dan berusaha apa yang bakal ai lakukan akan diberkati dan berjaya. berharap dalam beberapa bulan akan datang Nur Afnan Nisrina akan pandai berjalan. Januari 2013 ai akan dimulakan dengan debaran yang sama pada penghujung tahun lepas. iaitu pembedahan mata Nur Afnan Nirina. tahap kesihatan dia jugak semakin pulih.

ai ada mulakan bisnes. jadinya ai berusaha untuk lebih berjaya dan sememangnya boleh menambah pendapatan keluarga ai. 2 3 bulan akan datang, ai akan dapat kunci rumah baru. Alhamdulillah.. rezeki Nur Afnan Nisrina kami sekeluarga kongsi bersama. tak sabar rasanya berteduh hujan dan panas dirumah sendiri. mengharungi susah dan senang dirumah sendiri. kata orang feelnya lain. itu semua akan ai lalui sepanjang tahun 2013 ini.

ai berharap, ai mampu lalui segala dugaan dan cabaran yang ada dihadapan. membesarkan Nur Afnan Nisrina bersama Mohammad Bazli untuk menjadikan dia seorang anak yang solehah, cerdik dan baik budi pekerti. berusaha untuk jadi pencinta yang setia untuk Mohammad Bazli. berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

apa pon, selamat tahun baru 2013. eh jap jap, lupa nak bagi tau, sepanjang 27 tahun ai hidup ni, tahun 2012 kali pertama ai sambut tahun baru di Dataran Nilai. tengok bunga api live ok!! hahahaha jakun sangat!!


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?