love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

9 Januari 2013

banyak cerita

ok. hujung minggu ai yang agak penat dan kelam kabut. banyak sangat dok dalam otak dan dah tak tahan nak diluahkan. kalau tak diluahkan, rasa sakit dada pulak.

cerita 1

jumaat lepas, memang berat hati nak balik seremban. tapi bila memandangkan keadaan rumah yang tak terurus ai tangguhkan dulu hasrat ai tuh. nak tangguh lagi seminggu. tapi petang jumaat tu dapat sms dari sorang pembeli nakkan Lotion Felinna tu, ai terus je ubah fikiran. packing baju mana nak pakai, then terus siap. orang kampung dekatkan.. :P sampai2 je rumah mak, tengok mak macam tak sihat. mak cuma mengadu rasa macam nak demam dan sakit tekak. time ni dah nampak leher mak dah bengkak sikit. malam sabtu tu, mak mengadu lagi sakit, tak leh makan dan minum. ai desak mak pegi klinik panel ai je. ok. doc panel kata juz sakit tekak biasa dan ada ulser sikit. doc bagi ubat hisap dan antibiotik. memang seksa ai tengok mak bila nak telan ubat. pagi ahad tu, mak mengadu lagi. mak lapar tapi tak leh makan. lepas ai siap lipat baju, N.A.N pon dah bangun siap makan bubur, ai ajak mak pegi HTJ. mula2 mak tak nak, bagi macam2 alasan. "kau ti dengan anak lagi, tak bawak stroller, susah nanti." tapi bagi ai, itu bukan alasan. dalam hidup ai memang tak ada perkataan susah sebelum ai buat. so mak pon ikot cakap ai. sampai2 je HTJ, attenden tu bawak mak ke zon separa kritikal. sebab mak ai tak leh bernafas dengan betul. lebih kurang 2jam dalam zon kuning tu, ada sorang pakcik jumpa ai cakap mak kene warded. ai memang dah agak. dengan mengendong N.A.N yang beratnya dah 10kg tu, ai ikot mak sampai ward. sebelum masuk ward tu, ada sorang guard india tu tak bagi ai masuk pulak. sudahlah kita penat, boleh pulak dia nak tahan2. dah nampak ai follow nurse yang usung mak ai, tu pon nak ditanya lagi. mak dah lepas, ai masih lagi tersekat kat pintu bawah tu. "baby tak boleh naik ya." guard tu sound ai. "ya, saya tau. saya sorang, dengan sapa ai nak tinggalkan anak ai? u ke nak jaga?? kalau anak ai hilang sapa mau bertanggungjawab. u tak nampak ke ai follow itu nurse. lepas doktor tanya kat mak ai, ai keluarlah. mak ai tak boleh cakap." time ni ai dah mula naik darah. kalau nak ikot prosedur, kene tengoklah keadaan seseorang tu macam mana. tapi guard tu macam tak paham cakap ai. "tapi budak2 tak boleh masuk." lagilah ai angin. dah tak nampak orang keliling pandang2 ai. ai dah naik suara time nih. "iya.. saya paham, budak tak boleh naik. tapi saya sorang2. tak da sapa saya nak tinggalkan anak saya. u mau jaga ke?? kalau anak ai hilang? u kene paham lah." ai dah tak dengar apa kata guard tu, ai terus naik lift.

selang 2 hari mak ai dalam ward, doc tolak mak ai ke ICU. sebab mak ai dah kritikal. yelahkan, tak leh makan n minum, so mak ai tak makanlah ubat darah tinggi n ubat kencing manis. so kedua2 penyakit nih naik mendadak. tambah lagi sakit buah pinggang mak ai tu. makin teruk ai tengok mak. dalam ICU barulah doc ceritakan keadaan mak ai. sebenarnya saluran pernafasan mak ai dah tersumbat. tersumbat dengan nanah. mula2 tekak mak ai bernanah tapi tak pecah lagi. tapi lepas petang isnin mak ai muntah2 keluar warna kuning n darah. rupa2nya nanah tu dah pecah. doc kata takut kuman nanah tu merebak kat paru, kene buat pembedahan. tebuk leher dan keluarkan lendir2 yang ada dan membolehkan mak ai bernafas sendiri tanpa menggunakan gas oksigen. tapi risiko selepas pembedahan itu adalah mak ai tak boleh bercakap dalam tempoh 2-3 bulan dan luka mak ai lambat sembuh. :'(

cerita 2

hari selasa tu, ai bawa N.A.N folowup mata kat HKL pulak. letih badan memang tak yah nak cakaplah. ai bertolak dari Nilai jam 8 lebih pagi. sebab ai singgah ofis amik GL. tempoh jem hampir 2 jam, ai sampai kat HKL lebih kurang jam 10. ai dapat jumpa doc selepas 3 jam menunggu. akhirnya ai dapat juga tarikh baru untuk pembedahan N.A.N. pembedahan N.A.N pada 18 Januari 2013 dan kene masuk ward 17 Januari. hati ai kembali berdegup laju. kawan2 semua, doakan semuanya selamatnya ok!!

cerita 3

Alhamdulillah... Mohammad Bazli dah selamat bayar bil utiliti untuk rumah baru kami. dan Mohamamd Bazli cakap jugak, Insya-Allah bulan 2 kami dapat kunci. hey!! berdouble triplelah debaran jantung ai ni uollss. 1 hape pon ai tak kemas lagi. kemas sikit2 pon tak. mesti ai penatkan?? hahahaha apa yang bertambah runsingkan fikiran ai ni, adalah peruntukan kewangan kami. mana nak bayar sewa lori, bayar orang angkat barang dan masa ai lagi sangat terhad selepas ini. sebab dari rumah ke ofis ai mengambil masa 30 minit tau. jauhkan... dan N.A.N juga akan membesar atas jalan lagi. :) ai selalu berdoa, harapkan Allah mendengar segala doa2 ai dan menurunkan lagi rezeki kami sekeluarga. aminnn

cerita 4

umur N.A.N sudah pon menjangkau 1 tahun 2 bulan. kejap je ai rasa masa berlalu. nanti tup tap tup tap dah nak sekolah. time2 umur N.A.N sekarang ni, dah ramai orang mula bising, kenapa anak ai tak jalan. dan paling ai benci, ramai yang membanding2kan anak dorang dengan N.A.N. contohnya..

"anak saya dulu umur setahun dah jalan."

"anak saya dulu sembilan bulan dah jalan"

"ko tak risau ke anak ko lambat jalan?"

"ko tak cuba ke petua2 orang dulu?"

haiii lahhhh. serius!! ai rimas ok. ai tahu mana yang terbaik untuk anak ai. baru setahun dua bulan, belum lagi 2 tahun yang dia tak jalan lagi. belum sampai masa dia lagi nak berjalan. bukannya tak boleh jalan langsung. sabtu petang lepas, time ai layan cerita kat astrofirst tu, tetiba je dia tengah main2 anak patung upin tu, bangun dan menapak 5 6 tapak. bukan main suka lagi dia. tapi bila dah banyak kali jalan tapi jatuh, akhirnya dia merangkak jugak. ai sebagai ibu dia dapat rasakan, anak dara sunti ai tu takut2 lagi nak melangkah. dan ai rasa salah satu sebabnya adalah, dia terpaksa mendongak untuk melihat keatas dan dia rasa gayat. *gayat itu ikut ai.* jika betullah apa yang ibu rasa ini sayang, kamu perlu bersabar dalam masa seminggu je lagi. lepas tu kamu boleh berjalan dan berlari menuju ke bintang. EH!!!

cerita 5

malam sabtu tu jugak, lepas bawak mak ai pegi klinik panel ai tu, kawan ai datang rumah. dia bagi tiket wayang free cerita Minyak Dagu. dia tak leh pegi sebab suami dia tak nak pegi sebab dia baru je mengandung 2 bulan. jadinya ai dan kakak ai berdua2an pergi ke JJ seremban 2 tengok cerita tu. ai memang peminat cerita hantukan. dah lama ai ajak Mohammad Bazli pegi, tapi macam2 dia bagi alasan. sebenarnya dia takut tu, sebab tulah dia tak nak layan isteri dia minat cerita hantu. cerita not so bad. bolehlah tahan hantunya. seram taklah seram sangat, tapi hantu dia memang superb!! dan memang menakutkan. sampai je rumah mak, mak tak tido lagi sebab sakit tekak. berdenyut2. dah lama ai tak nengok wayang.

next entry, ai cerita bab ai tengok cerita kekasih hati ai 2 orang tu berlakon.. makin hensem ai tengok dorang. kalau ai mengandung ni, mesti ikot muka dorangkan.. hahahaha Mohammad Bazli, awak tetap hensem number 1!! ;)

 



Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?