love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

25 November 2012

seratus lima puluh juta kali

last week ai MC sehari dan EL dua hari berturut2. (org dah hujung2 tahun hambat hati bos, ko tak habis2 EL) hari rabu lepas, ai diserang migrain yang agak teruk. entah apa silapnya, dok terlentang dari malam sampai ke subuh. nasib baik N.A.N sama terlentang. (baik ko nak) kalau tak, maunya meroyan ibu ko ni ha.

malam rabu, sambil jadi juri tetap dirumah nengok Vokal Bukan Sekadar Rupa, mak pulak telefon. mak ni kalau telefon mesti ada perkara urgent. "dik, kitaorg nak balik batu pahat. nyang dah meninggal." OMG!!! moyang ai dah tak da?? dengan tak pikir apa, terus kata ok, terus bangun siap2kan barang. kalau dulu, siapkan diri sendiri je, sejak2 ada N.A.N, keperluan dia lagi banyak dari mak paknya. dengan baju, pampers, makanan, haishhhh macam2lah. bial semua dah ready, ai gerak ke rumah mak ai dengan Mohammad Bazli.

kami gerak subuh Khamis. hari pertama ai EL. sms bos pukul 3 lebih pagi. nan hadolah bos nak reply. :) sampai2 batu pahat, nyang sedang dimandikan. sakit tua. umur pon dah lebih 90-an. muka suci je. nyang memang seorang yang baik, tak banyak mulut. kalau marah pon, dok senyap je atas kerusi. tengok mak, mak tahan nangis. tapi nampak muka sedih. ai tengok dari jauh je. sebab ada anak kecikkan.

ai sefamily tido di rumah nenek tiri ai dulu. (bunyi macam jahat sangatkan?? hahaha) mak tiri mak ai. dah 70-an pon dok rumah sensorang. ai mengaku, kami adik beradik memang tak rapat dengan nenek tiri. tapi masih sayang jugaklah. kali ni balik, nenek nangis jumpa cucu n cicit2nya. anak2 sendiri dah lama tak balik. :(

bila semua dah setle, pagi jumaat tu kami bertolak balik. ingatkan nak masuk ofis lambat je, tapi lupa hari jumaat. keje dah lah kejap, singgah pulak rumah mak, lagilahhhhhhhhh jadinya EL lagi sekali. time kenduri arwah malam jumaat tu, N.A.N baik je tau.. tak snap gambar pon, sebab Mohammad Bazli dah perli2. "orang tengah sedih, dia sebok nak amik gambo. kenapa tak amik gambo nyang tadi??" ok fine!!!! tapi lauk pauk memang superb power!! abah siap souns sistem lagi kat ai "kot ye pon, tunjukkanlah sedih sikit time makan. kakak ko pon sama." ai dengan selamba je jawab "abah, nyang tak suka tengok kita sedih2 macam ni. redhakan jelah dia pergi. tak tunjuk sedih tak bermakna tak sedih langsung." abah pulak yang buat muka.

dalam perjalanan balik, tetiba kat Suria.fm keluar lagu baru dari Ainan Tasnem. seratus lima puluh juta kali. ai cakap dengan Mohammad Bazli lagu ni sangat sweet. tau tak Mohammad Bazli cakap apa?? sambil senyum siput sedut, dia cakap "saya tujukan lagu ni untuk awak." reaksi ai?? hangin 1 badan. try uolls baca liriknya..

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

mula2 ai sangat hangin satu badan sebab Mohammad Bazli kata ai macam singa, keras kepala, cemburu buta. tak boleh terima hakikat dengan kebenaran ini. hahaha tapi bila ai ulang2 dengar.. sangat sweet. terima kasih Mohammad Bazli.

ai ingat lagi satu2 ayat keluar dari mulut Mohammad Bazli. "tengok, belum apa2 lagi dah hangin. kan betul, dah macam singa. saya takut nak cakap awak macam singa secara langsung. saya macam nak call Ainan Tasnem sekarang jugak nak cakap terima kasih sebab cipta lirik macam ni. lagu ni perantara apa yg saya nak cakap kat awak. awak tau tak, berapa ramai tanya saya bila saya edarkan kad kawen kita dulu?? betul ke ko nak kawen dengan dia? dia ni garang tau, dia ni nampak gaya boleh jadi queen control tau. nak tau tak apa yang saya cakap? AKU LAGI KENAL DIA." 

iye... iye... ai perlu mengakuinya. sama jugak dengan u. ai pon nak cakap yang sama dengan awak, "AI PUNYA MANJA U SAJA BOLEH RASA" tak leh cakap aku kau nanti dosa susah nak bersalin hahaha

 

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?