love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

25 November 2012

dup dap dup dap

salam uollss

tajuk entri kali ni sangat melambangkan degupan jantung ai. bedegup kencang. ehem ehem ehem.. tarik nafassssssss lepasssssssss huh!!!

selasa 27/11/12 ni Nur Afnan Nisrina ada checkup mata. kali ni ai extra berdebar sebab ai akan dapat tahu tarikh pembedahan mata anak ai. mana yang tahu mata anak ai akan dibedah, dorang akan cakap, makin cantiklah anak dara ni. ermmmm tapi ai macam tak bersedia dengan wajah baru Nur Afnan Nisrina.

ai ada luahkan rasa hati ai pada ustazah tempat ai mengaji. (dah tua2 pon mengaji lagikan) kata ustazah "buatlah solat istikharah. insya-Allah dapat petunjuk." alhamdulillah.. dah dua kali ai buat. lepas ai buat tu, ai tak bagitau ustazah pon. sampailah kali kedua. tapi bila ai rasa macam tak dapat petunjuk, ai cerita dekat ustazah semula. kata ustazah lagi "tak semestinya Allah bagi petunjuk melalui mimpi. dari rasa naluri seorang ibu pon Allah boleh tunjukkan. ustazah nak tanya, kamu betul2 nak lakukan demi masa depan anak kamu? hati kamu berat kemana? nak buat atau tak buat.?" soalan ustazah pendek je, tapi jawapan ai punyalah panjang. nasib baik dengan ustazah. kalau dengan orang lain, mau kene lempang.hehehe

"tak taulah saya nak cakap macam mana. hati saya memang berat nak buat. untuk masa depan dia. saya tak mau dia rasa rendah diri dan jadi tumpuan orang ramai dek kerana kekurangan dia. memanglah ok, tapi saya kesian. kalau ikutkan saya, saya tak kisah. as long as dia boleh nampak, dah lah kan. tapi untuk keselesaan dia, saya kene jugak buat. saya tak nak dia jadikan ini alasan untuk tak nak pegi sekolah bila dia kene ejek dengan kawan2. apatah lagi dia kene sekolah disekolah pendidikan khas. anak saya bukannya buta. tapi kalau dilihat dari perkembangan dia, benda sehalus2nya pun dia nampak. tapi bila difikirkan wajah baru dia nanti, saya jadi takut."

ustazah tu juz senyum je. "saya nampak, alasan awak tak nak buat, cuma takut dengan wajah baru dia nanti. selebihnya tu semua demi masa depan dia. tengok, Allah dah beri petunjuk pada awak. buatlah yanie. buat untuk kepentingan dia. bukan niat awak nak merubah kejadian Allah. kalau sudah memudaratkan, ianya tidak salah. jangan diikutkan rasa takut tu. takut tu adalah suara2 syaitan."

doa ai tak pernah putus. biar selepas pembedahan itu nanti Nur Afnan Nisrina masih kelihatan sama ataupun mungkin lebih manis. pembedahan ini diredhai Allah. Ya Allah!!!! tak ada kata lain untuk ai luahkan tentang perasaan ai.

keadaan Nur Afnan Nisrina seperti biasa. akalnya memang tak terjangkau akal ai. makin cerdik, makin banyak kerenah dia. belum berjalan lagi. (ni entri lain ni)

uollss yang mana baca blog ni, doa2kanlah yang terbaik untuk anak ai. semakin DUP DAP DUP DAP!!!!

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?