love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

6 November 2012

"ada sebab ALLAH jadikan begitu dan begini. Setiap ciptaan ALLAH bukanlah sekadar suka-suka"

serius!! sejak melahirkan Nur Afnan Nisrina, hati ai senantiasa tak senang. bukannya tak senang dengan kehadiran Nur Afnan Nisrina, tapi tak senang dengan pertanyaan mereka, tak senang dengan mata mereka lihat anak ai, tak senang dengan ketawa2 mengejek keadaan Nur Afnan Nisrina. alahaiiiiii kadang2 ai rasa tumbang terduduk terlentang mengenang dan memikirkan keadaan si anak.

janin yang dikandung 9 bulan 10 hari. dibawa kehulur kehilir. rasai jerih perit saat mengandung. muntah, pening, macam2 penyakit datang time mengandung. itu semua dilalui dengan tabah dan kuat semata2 untuk mengizinkan seorang lagi umat islam melihat dunia ciptaan Allah.

tak ada seorang ibu mendoakan anak yang dikandung tidak sempurna. mulut si ibu tak pernah lekang dengan zikir Allah. setiap masa bergerak tak pernah berhenti berdoa agar anak yang dikandung sentiasa sihat dan sempurna. tetapi jika sudah dikurniakan anak didalam rahim tidak sempurna, tak akan ada seorang ibu akan membuangnya.

macam tulah ai. ai tahu keadaan mata N.A.N dari dalam kandungan. ai redha. malah ai bersyukur kerana dalam berjuta2 wanita yang masih menunggu untuk mengandung ai terpilih. jadi kenapa ai perlu rasa menyesal dengan keadaan sikecil ini?? sumpah!!! ai tak pernah rasa menyesal atau apa sekalipun dengan keadaan dia nanti.

tapi sebenarnya ai tak kuat. dalam tempoh 3 hari berpantang, ai asiklah menangis dan menangis. mana tak ya, setiap orang yang datang melawat ai dan baby, akan bercakap2 tentang keadaan anak ai yang tak boleh buka mata lagi. walaupun usianya sudah usia 3 hari. macam2 orang bercakap. dalam tempoh kehamilan, mesti ai ada buat something sampaikan anak menjadi sasaran. mesti ai ada kutuk mengata orang lain, jadinya Allah membalas pada anak ai. ya Allah.... runtuh kekebalan sabar ai. macam ai cakapkan tadi, ai tak pernah mengutuk atau mengata anak orang yang kurang upaya sepanjang tempoh ai mengandung. apatah lagi untuk buat perkara yang bukan2. mak banyak memberi sokongan dan dorongan pada ai dan baby. mak banyak memberi nasihat. kata mak "jangan fikirkan tentang apa yang orang cakap. ada sebab Allah jadikan begitu dan begini. jangan takut. jangan gusar. ini sikit kekurangannya. tapi lihat kelebihannya nanti. ini anak kamu. kamu yang melahirkannya. dari siapa lagi dia ingin mengambil kekuatan kalau bukan dari kamu? kalau kamu bersedih, murung macam ni, baby dapat rasa. nanti baby pun tak kuat. mak redha cucu mak begini. sebab mak tau dia akan jadi seorang anak dan cucu yang berjaya nanti."

sejak dari situ, ai mula bangkit. bangkit dari kesedihan yang melampau. ai ketuk hati ai dengan pertanyaan. "tabah hati. baru sikit Allah cuit kamu dengan dugaan ini. cuba lihat kekurangan anak lain? barah otak, jantung berlubang, dan lain2. perlekehkan kata2 orang. hanya aku yang tau siapa anak aku." Alhamdulillah. Nur Afnan Nisrina membesar seperti anak yang lain. 3 bulan dan boleh meniarap dan menjalar kedepan. 5 bulan sudah merangkak dan duduk. 6 bulan sudah boleh berdiri sendiri bila ada bahan yang boleh dipautnya. mulut bukan main kecoh. ramai yang kata walaupun badannya kecik tapi sangatlah keras. dan sekarang dah mula bertatih2 sendiri. mana yang boleh dipaut, situlah dia bertatih. alhamdulillah, sangat bersyukur.

bertambah lagi bersyukur ai apabila melihat ada yang lagi teruk dari keadaan anak ai. dan semua ibu2 yang menunggu di HKL tu mengatakan mereka bersyukur. sampaikan ai menangis. tabahnya hati mu wahai ibu2 sekalian apabila diuji dengan keadaan anak sebegini.

sejak ai dikurniakan dengan anak yang sebegini, ai lebih banyak berkongsi rasa dengan ibu2 yang senasib. malah ai sendiri mengambil kekuatan dari mereka semua. salah seorang ibu ini mengatakan "buat apa kita nak malu. biarkan mereka mengejek. kalau mereka mengejek, bermakna mereka mengejek ciptaan Allah. kalau mereka menghina, mereka menghina kejadian Allah." inilah yang ai pegang sehingga ke hari ini.

jadi, pada ibu2 diluar sana yang dikurniakan anak kurang upaya, tidak perlu kita merasa rendah diri. terima seadanya. redha dan tetap bersyukur. berdoalah agar semuanya berjalan dengan baik. doa ibukan doa yang paling mujarab. :) dan yang paling penting terima qada' dan qadar....

"ada sebab ALLAH jadikan begitu dan begini. setiap ciptaan ALLAH bukanlah sekadar suka2"

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?