love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

5 November 2012

aktiviti aidiladha

 raya aidiladha tahun ni ai sambut dirumah mak dulu. tahun ni mak masak laksa + rendang je. rendang tu makan dengan nasi putih je. tak meriah mana pun, sebab kakak sulung beraya di rumah mentua di JB dan kakak kedua bekerja di pagi raya. yang ada kat rumah pun tinggal abah + mak + mohammad bazli + ai + nur afnan nisrina.

lepas sembahyang jumaat, ai bertolak ke perak. tapi sebelum tu singgah ke HTJ sekejap melawat sepupu ai yang kemalangan malam raya tu. huhuhu kesian.. kene potong kaki sebab darah beku di pinggang dah turun ke kaki. lagi pun dia ada kencing manis n darah tinggi.

dalam jam 4 lebih ai bertolak ke perak. hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami. singgah di RnR sungai buloh makan sekejap. pastu teruskan jalan stop kat RnR tapah pulak. nak solat maghrib n nak mandikan Nur Afnan Nisrina. nanti dah sampai kampung dah malam, lagi pun air kolah rumah mak mentua ai tu TULEN dan ASLI dari gunung. maha sejuk ok.. tapi best..

sepanjang perjalanan Nur Afnan Nisrina tido dan sesekali bangun nak susu n makan. sampai kampung jam 10.30 malam. punyalah perlahan mohammad bazli drive sebab takutkan AES tu. hahahaha sakit montot ai duduk lelama..

pagi raya kedua, kami semua ke kampung sebelah mak dan abah mentua. rutin biasam bertemu sanak saudara. serius, mula2 kawen dulu ai tak berapa selesa dengan keadaan ni. sebabnya, sedara mara ai taklah seramai dorang, mula2 rasa rimas. yelah kan, orang belah2 utara nikan suka cakap sambil jerit2 walaupun kawan tu dok depan mata. tapi bila dah lama2, OK!! seronok pon ada. ai rasa sangat seronok bila time mengandung n dah ada anak ni.. sebab time mengandung dulu, ai dilayan bagaikan puteri raja. pantang sebut teringin makan.. zuppppppppppp terus ada depan mata. sama jugaklah dah ada anak ni.. tak pernah lagi ai anak beranak tido ruang tamu je. mesti ada bilik spesel untuk ai dan anak. :) seronokkan...

ok, back to story. malam raya kedua tu juga balik sebab pada mula rancangan abah mentua nak pegi sekejap2 je. ai pon tak bawa baju tido N.A.N dan segala macam perkakas si kecik tu. jadinya kami pon balik. nasib baik N.A.N dah mandi petang, malam tu pulak hujan, ai juz tukarkan pampers n baju je.

esoknya, tanpa dirancang, selepas pergi kenduri korban jiran belakang rumah mak mentua, ai pon ajak mohammad bazli jalan2 di bandar taiping. jarang sangat kami berjalan. tapi lepas tengok rancangan maria tunku sabri tu, jom terokai perak, ai beria2 ajak terokai perak sama. hahahaha kami hanya ke zoo. bila dah ada anak ni, mana nak boleh tengok wayang. dah mesti pergi ke zoo. lagi2 N.A.N dah pandai sekarang ni. bising mulutnya bila tengon elephant, tiger, zibra, dll bergerak2. siap tengok 'oink oink oink' hutan dekat2.. tak lah dekat sangat pun.. tengok beruk mengawan pon ada tau.. hahahahha




binatang ni hanya ukiran je. konsep gambar dengan ayah je sebab ai malas nak dukung N.A.N. maha semangat ok badannya walaupun kecik je orangnya. storllerkan tak bawak. time nak gambar dengan patung orang hutan tu, N.A.N nak korek hidung dia. hahahaha

kalau ada rezeki ai nak cuti panjang time raya deepavali ni.. sebab keluarga mentua adik ipar ai n mak abah mentua nak nak pergi ke pulang pinang nak berjalan kat sana.. tengoklah perancangan macam mana.. nak hilangkan nebes ai tunggu 27 hb nih...








GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?