love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

6 November 2012

sedangkan lidah lagi tergigit. kerana MULUT badan BINASA

memang betul, air dicincang tidak akan putus. mungkin situasi ini akan pulih, tapi tidak akan seperti dahulu. mungkin pertalian ini akan bersambung, tapi tidak akan seperti dahulu. walaupun ada pertalian darah, bila sudah melibatkan hati dan perasaan susah untuk dibaikpulih. walaupun sudah dibaii, tapi kesannya tetap ada. 

orang dulu2 dah pernah kata "kerana MULUT badan BINASA". lidah memang tidak bertulang. kerana itulah kita perlu berfikir dulu sebelum kita bercakap. pada kita mungkin sekadar nasihat, tapi penerimaan orang kita tidak tahu. kalau ya pun nak menasihat, ada banyak cara lagi untuk menasihati. tak perlu nak bercakap dengan kata-kata yang kasar. 

berdiam lebih baik. tak perlu nak membalas2. hati ini memang sakit, tapi bersabar itu lebih manis. hati memang pedih tapi bersabar itu lebih indah. walaupun kita seibu sebapa, jika hati sudah terluka apapun boleh terjadi. bukan keadaan masih panas, tapi hati terlalu remuk. biarkan kami dengan cara kami. biarlah kami mencorak keluarga dan anak kami sendiri. apa yang kami memberi tidak sama apa yang kami dapat. bukan mahu mengungkit, tapi kadang2 manusia perlu diingatkan. Tun Mahathir juga pernah mengakui 'MELAYU MUDAH LUPA'. 


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?