love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

12 November 2012

hari terakhir di TASKA

hari ni Nur Afnan Nisrina last di taska. rasa berat hati jugak. takut2 kalau dia terkejut dengan keadaan baru. bukan apa, dah 10 bulan tinggal dengan kawan2, pandai main dengan kawan2, tapi start hari rabu dah kene tinggal sorang2. tapi memikirkan tahap kesihatan dan keselesaan, kami laki bini kene lakukan anjakan paradigma untuk sianak.

ramai yang bertanya, "kenapa tak nak hantar?? tak elok eh?""
jawapannya, u ollss kene hantar dulu baru tahu elok ke tak. :P aci tak??

ada  kenapa ai berusaha jugak nak cari pengasuh luar. memanglah tak berdaftar segala, tapi kalau pengasuh tu menjaga dengan sepenuh hati dan ikhlas sepenuh jiwa raga, pastinya kecelakaan tu takkan berlaku. kan?? memang betul malang tidak berbau, tapi kalau berhati2 insya-Allah....

macam2 cabaran ai hantar kat taska. orang yang laluinya saja yang akan paham. kalau cerita dengan adik beradik yang hantar dekat pengasuh rumah, memang takkan paham. ada saja nak membandingkan pengasuh rumah dan taska. bagi ai, ada kebaikan dan keburukan hantar ditaska dan pengasuh rumah. buktinya, anak ai tak pernah takut dengan orang. mamat bangla cuci lantai kat tesco pun dia nak tau!!! haishhhh risau kalau shopping berdua je dengan dia.. yg ni entri lain ok..

sebab pertama adalah tahap kesihatan anak ai. macam biasa, nak bagitau lagi sekali, peparu anak ai memang berlendir. dan kerana itu, senang sangat nak kene selsema dan batuk. now, anak ai dah nak dekat sebulan batuk dan nak dekat 3 minggu selsema tak baik2. itu semua kerana berjangkit dengan kawan2 kat taska. aishhhh malas nak cakap banyak bab nih. kang ada pulak tulisan tak puas hati. tengok. tak kesian ke ko tengok anak ko batuk2 tengah2 malam, selsema sampai nak tido pun susah. dah la anak ai jenis tido tak pakai bantal, lagilah susah nak tido bila hidung tersumbat. kalau kita yang tua pon pening kepala bagai, apatah lagi budak kecik. taska tidaklah sediakan tilam khas untuk baby. pakailah ko toto nipis, tido atas lantai sejuk, bawah aircond. sudah ye.... sakit tak baik2. ai sanggup bekalkan tilam kekabu yang tebal, tapi anak orang lain jugak yang merasa. [pendam rasa]

kalau anak ai tak sihat, bertungkus lumus ai sms bos2 ai[bos ada 3 orang. kau mampu?] cakap cuti anak tak sihat. tak kesah bos nak cakap apa, nak pikir apa, sebab habuannya ai akan terima hujung tahun. [ni pon entri lain] tapi ai tak tau dengan orang lain. dah nampak hingus anak meleleh2 keluar dari hidung, tapi gigih jugak menghantar jugak, sudahnya bagi anak yang senang berjangkit macammmmm anak ai, kekdahnya, ailah yang kene amik cuti.

walaupun ai ibu yang bekerjaya, ai masih lagi membekalkan anak ai dengan bekal nasi dan lauk. ai masak sendiri ok. gigih bangun awal pagi dok masak lauk. lagi2 sekarang ni anak dara kecik tu dah tak nak makan sayur dibland dengan ikan bilis. dah makan lauk orang tua. gigih kunci jam pagi2 buta dok masak sup ayam, sup sayur, lemak labu, tapi bengkaknya hati ai bila dapat tahu bekal tu tak diberi habis untuk sianak. walaupun ai tak menjaga sepenuh masa, tapi ai tahu banyak mana anak ai makan. dan ai bekalkan kuantiti makanan tu memang cukup2 dari jam 8am hingga 5.30pm. lagi satu, ai bukanlah berkira sangat dengan anak2 yang lain kalau makan sekali bekal yang ai bekalkan tu. rasa bangga ok, bila nak amik anak, pengasuh taska cakap "puan, hari ni Rina makan dengan kawan2 dia sekali. semua suka dengan lauk yang puan masak." itu untuk 2 minggu pertama. masuk minggu ketiga, "puan, Rina tak makan petang lagi. cuma makan biskut je. nasi n lauk puan bekalkan tak cukup. kawan2 dia pon makan sekali." tak ke sakit jiwa kau bila dengar pengasuh taska cakap macam tu? ai bangun pagi2 semata2 untuk masak lauk anak ai. nak bagi dia rasa air tangan ai sendiri walaupun ai takda bersama dengan dia sepanjang masa. tapi tulah.. kenapa ai yang keje kuli2 boleh berfikiran begitu sedangkan korang yang ada gelaran doktor falsafah, profesor masih tak boleh berfikiran begitu?? ermmmmmm

apa lagi yang korang nak kata, bila time amik anak, "puan, hari ni Rina jatuh tangga." boleh?? bagitau macam anak ai tu baru pandai buat sesuatu. tak da perasaan langsung. time ni, ai bukan main membebel lagi. [budak2 pengasuh tu memang dah kenal dengan perangai ai] Rina jatuh tangga?? habis tu korang buat apa ramai2 kat sini? tak boleh amik ke kalau dah nampak dia nak pegi ke tangga? dia muntah2 tak? jawapan yang ni buat ai macam nak maki je sorang2,. "kitaorang pon tak perasan." apa? tak perasan? ko buat apa ramai2 sampaikan anak ai muntah pon tak perasan? ko biarkan dia je ke bila dia jatuh?" tapi semua soalan ai dijawab dengan senyum taik kambing. jatuh tangga tu dibuatnya macam tak da apa2.

Mohammad Bazli selalu cakap, "awak janganlah selalu nak harapkan perfect sangat."
itulah.. hati ibu tak sama dengan hati ayah. "Mohammad Bazli, ai bukanlah nak perfect sangat2. ai tahu mana tahapnya. ai tegur mana yang tak elok. anak jatuh tangga ok. bukan jatuh cinta. awak tak baca dalam paper ke, anak jatuh tangga pon boleh mati. tau tak?? ai bukanlah berkira sangat dengan anak2 yang makan sama2 dengan anak kita. mana tahu, sambil makan tu, anak2 kecik tu doakan ai murah rezeki, panjang umur. tapi yang ai bisingkan adalah perangai mak pak dorang. awak tak berjaga malam jaga dia time sakit. awak tak hantar dia ke taska. awak tak nampak apa yang terjadi kat taska. awak tak banyak masa dengan dia. jadinya saya paham kenapa awak marah saya balik kalau saya banyak bunyi tentang taska. [tak yah nak melawan sangat, mak kata nanti susah nak beranak lagi. jadinya diamkan diri, redha je]

lagi satu, aikan selalu sangat keje sampai malam, keje sabtu ahad. ai tak sanggup nak tengok anak ai tu bangun awal2 pagi, kene mandi pagi, kene ikut ai pegi ofis. kene tengok ibu dia keje. kene sama2 penat dengan ai. ai pon dah tak sanggup nak susahkan mak ai untuk jaga anak ai. lagi2 sekarang N.A.N sedang melasak. lagi kesian ai tengok mak ai tu. taska pulak tak buka untuk parents yang kene keje sabtu ahad. kalau balik lewat pon, setakat pukul 6 petang je, tupon kene charge RM 6/=. sekarang, dari ai kene bayar sehari RM6 tu, ai rela amik N.A.N dari taska sharp pukul 5, pastu bawak dia ke opis semula. RM6 dikali dengan 5 hari, sudah RM30. ai cuma tambah lagi RM5 dah dapat susu dia sekotak. [sejak dah ada anak ni, nak beli baju 20 hengget pon kene buat solat istikarah] gaji ai laki bini tak lah segah mana pon, jadinya ai perlu lebih berjimat cermat. [bila shopping baju anak, memang akan lupa konsep jimat cermat]

untuk itu, alhamdulillah, ai dah jumpa pengasuh baru. sesi perkenalan kami sangat singkat. sebenarnya kakak balkis dah lama nak mengasuh budak. tapi tak tau sapa yang nak hantar. lagi2 bila dah berenti keje. lagi boring duduk rumah sorang2 bila suami keje. walaupun kenal sekejap je, tapi ai dah nampak keserasian antara anak ai dengan kakak balkis. memang terserlah kasih sayang dia pada anak2. mana tak ye, dah 5 tahun kawen, masih belum punyai rezeki menimang cahaya mata sendiri. di buatnya anak ai, dah macam kenal lama. kenelah dengan konsep anak ai nih, memang serasi dengan semua orang, jadinya senanglah sikit keje ai.

kakak balkis siap cakap lagi "mana tau, rezeki jaga Rina, aunty mengandung dapat anak sendiri pulak. yanie, akak amik harga macam yanie hantar kat taska. kalau yanie keje weeknd, akak tak chargelah. akak jaga ikhlas. akak memang dah lama tunggu. terima kasih yanie bagi kepercayaan dekat akak jaga anak yanie."

time ni, hati ai tersentuh sangat. kesian pun ada. mana tau kan.. tuah Rina Kak Balkis yang dapat tuahnya. :P
ai harap sangat, anak ai tak terkejut. yelah, lepas ni dia dah tinggal sorang2. dah tak da kawan2 sepermainan lagi. tapi ai nak sedapkan hati sendiri, dia kecik lagi. boleh kot menyesuaikan diri. sebab kalau ai tinggalkan kat mak ai dulu pon, ok je. harap2 lah sayang.. janganlah awak menangis bagai nanti..

huh!! entri kali ni ai cerita panjang lebar. bacalah sampai termuntah. ai yang taip ni pon rasa dah mual2 nak muntah. :P


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?