love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

18 Februari 2013

sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

ini adalah kisah benar. ianya terjadi pada kawan ai sendiri. dan dia rela dan izinkan ai tulis kisah benarnya ini di blog ini untuk tatapan dan menjadi pengajaran pada semua orang. ai harap u tabah k.

begini kisahnya.. ai kenalkan kawan ai sebagai S dan ex-husbnd dia sebagai Z.

umur anak S sama N.A.N. comel sangat. S kerja di KL dan Z sebagai driver. dorang bercinta dari sekolah k. tapi tak 1 sekolah ai. S adalah anak kawan baik abah ai. so ai kenal dia melalui abah ai. kami tak lah rapat sangat. suam2 je. tak tau macam mana, tiba2 dalam bulan 9 tahun lepas ai dapat sms dari S katakan anak dia sakit. first ai buat tak tau je, sebab bila ai reply sms tu dia tak balas balik. selang beberapa hari dia sms lagi sekali tulis ayat yang sama, yanie anak aku sakit. tapi bila ai tanya sakit apa, dia tak reply. sampailah kali ke3 dia sms lagi dengan ayat yang sama. ai bercerita dengan mak. mak cakap pergilah jenguk. kot2 betul anak dia sakit. entah macam mana satu hari ai tergerak hati nak pegi jenguk S. ai ajak mak dan bawa N.A.N sekali.

sampai2 je rumah S, ai sangat terkejut. mak pon terkejut sangat2. patutlah S tak terjawab bila ai tanya anak dia sakit apa. time ai datang tu S duduk dalam bilik yang bergelap. ai tak tau kenapa. first ai tak tanya pon kat Z. kot2lah S tengah tido time tu, tapi bila Z masuk bilik cakap ai dan mak datang, S menjerit cakap "kenapa dia datang? nak tunjuk kat akulah tu anak dia sempurna, anak aku tak? ni semua salah kau." serius!! ai pandang mak, mak pandang ai. eh!! bukan ko ke yang dok sms2 aku cakap anak ko sakit, aku datang nak tengoklah anak ko. bisik hati ai time tu.

Z dah malu alang. dia minta maaf dengan apa yang S dah katakan. Z suruh kami ber3 duduk dulu sambil2 ai tengok2kan anak dia yang dah kelainan upaya. ai tak sampai hati betul tengok baby macam tu. bila Z dah ready, ai pon tanya. "kenapa dengan Sofia?" Z mengeluh panjang. dia dukung N.A.N time tu. N.A.N pulak sibuk nak usik2 kaki Sofia. barulah Z cerita semuanya...

"2 minggu yang lepas, Sofia selalu demam malam. panas dia memang tinggi. aku dan S pon tak tau kenapa. bila bawak pegi klinik n hospital dorang kata Sofia normal. cuma makan ubat. demam malam Sofia berlarutan sampai seminggu. pastu Sofia ok. dah nak makan n minum. dah mula nak main2. ketawa2. aku dan S pon tak lah amik pusing sangat. sampailah hari ke9 sebelum kejadian, aku keluar awal sebab nak hantar bos pegi meeting kat melaka. aku cakap dengan S malam tu aku balik lambat sebab bos habis meeting malam. malam sebelum ye tu Sofia demam balik. pagi tu jugak S ada presentation dengan klien dia. so memang tak leh cuti. dalam perjalanan ke melaka tu S ada sms aku. tanya macam mana dengan Sofia? aku tau dia pon ada keje penting, aku suruh dia hantar ke taska jugak. cuma bekalkan ubat demam dan cool fever. S ikut cakap aku. tengahari tu, taska Sofia call aku kata Sofia demam panas. panas sangat. akukan kat melaka, memang tak boleh balik. aku call S. dia cakap dia baru habis present. dia boleh balik tengahari tu. S amik sofia kat taska. aku ingatkan dia bawak terus ke klinik. rupa2nya dia balik rumah. dia call aku, aku cakap bawak dia ke klinik. dia cakap tak da kenderaan. betul jugaklahkan. sebab kereta aku bawak ke ofis aku. aku suruh dia check suhu. dia cakap dah 38. aku kata dah ok dah. aku suruh dia bukak baju sofia pastu bedungkan dia dengan lampin basah. dia ikut cakap aku. selang sejam aku call semula, S cakap kepala sofia dah sejuk. cuma tadi panas sekejap. aku suruh dia biarkan sofia dibedung. sampai petang, dalam pukul 6.30 macam tu, S call aku semula. dia cakap panas sofia naik mendadak. aku suruh lagi dia basahkan kain lampin yang dah kering tu. bila dia bukak, aku dengar S menjerit. aku tak tau nak cakap apa. apa yang aku dengar, dia jerit2 nama Sofia. dia suruh aku balik cepat. aku tak boleh yanie. aku driver. kalau aku balik bos aku nak balik dengan sapa?? aku suruh dia call kawan yang dia selalu tumpang pegi keje. S cakap kawna dia ada kat kl time tuh. lepas tu S terus offkan hp. aku tak tau dia pegi hospital macam mana. aku balik2 je rumah tengahmalam tu, aku tengok sofia tak da tapi S ada kat rumah. tengah nangis2. aku tanya elok2 dia tengking2 aku. aku naik tebal muka tanya budak bujang sebelah rumah aku. rupanya dia pegi hospital dengan budak bujang sebelah rumah aku. aku terus je pegi hospital. aku terkejut yanie, sofia dan mengerekot macam ni. kaki tangan terlipat. aku tak tau nak cakap apa. doc cakap mungkin dia kene tarik time S bedungkan dia dengan kain basah macam yang aku suruh buat. start dari situlah S sangat berubah. dia dah tak bercakap dengan aku. S dah lain sangat yanie.

aku tau dia salahkan aku sebab aku sofia jadi macam nih. kalau aku balik cepat hari tu sofia mesti tak jadi macam nih, mesti aku sempat nak bawa dia ke hospital. sofia masih breastfeed. bila sofia nangis nak susu, dia buat tak tau je. buat2 tak dengar. bila aku bagi kat dia, dia terjerit2 cakap sofia bukan anak dia. nak dekat 2 minggu dia cuti. aku pon cuti sama. aku kene cuti sebab S dah tak nak amik tau tentang sofia. makan pakai sofia semua aku yang uruskan. baru minggu lepas S keje semula. aku ingatkan dia ok. kau bayangkanlah S keluar keje pukul 6 pagi balik pukul 11 malam. bila aku tanya dia senyap. aku tau dia nak larikan diri dari sofia. bila dia keluar keje, aku tengok dia bawak pump susu. tapi kat rumah aku tak nampak dia susukan atau simpan susu untuk sofia. sebab kami dah tido bilik berasingan. dia buat aku dan sofia orang asing dalam rumah ni. aku kesian tengok sofia. kene campur susu dah. dahlah kene minum guna tiub, mula2 agak susah sofia nak minum, tapi lama2 alhamdulillah.. satu hari aku call kawan sebelah ofis dia. aku mintak tolong sangat2 kat dia suruh tengok2kan dalam peti ais kot2lah S ada simpan susu kat ofis. kalau ada boleh aku pegi amik. kawan dia cakap tak da. tapi ada nampak dia pump susu. aku mintak tolong kawan dia juga suruh tengok2 kemana S simpan susu dia. selang 2 hari, aku call kawan dia semula. dia cakap, dia ternampak S buang semua susu yang dia buang dalam sinki pantry. aku memang dah agak dah. aku menangis yanie. aku tak sangka macam tu sekali dia buat pada sofia. balik keje tu, tengah2 malam kami bergaduh besar. dia asyik cakap sofia tu bukan anak aku, buat apa aku susukan simpan susu aku untuk dia. tak apalah.. aku redha. sofia juga seakan faham dengan keadaan aku ketika itu. tiba2 sofia minum susu anmum yang aku belikan untuk dia.

serius, ai dengan mak memang menangis. N.A.N time tu dah tido sebelah sofia. ai  tak tau nak cakap apa. lepas tu mak ai tanya, ko sekarang macam mana?? amik cuti ke??

Z jawab, tak makcik. saya dah berhenti. bos sarankan saya berhenti. berat hati makcik. tempat kerja saya ada bagi duit sikit. saya pon ada duit simpanan sikit. kereta pon saya dah jual untuk menampung keperluan sofia. saya jugak dapat bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat. cukuplah buat tambah2 mana yang kurang makcik.

dah nak dekat 2 jam lebih ai kat rumah Z, ai balik dulu. bila2 senang ai datang lagi. sebab time tu N.A.N dah mula mengamuk sebab lapar. ai tak tau nak cakap apa. ai cuma suruh Z bersabar dan banyak2 berdoa. mungkin S masih dalam keadaan terkejut. yelahkan.. 9 bulan dikendong, lahirkan dengan keadaan sempurna, tiba2 sofia jadi macam tu. mungkin penerimaan dan caranya salah. berdoalah.. Allah sentiasa ada disamping hamba2Nya..

lepas sebulan, ai cuma bersms dengan Z. tanya2kan keadaan sofia. Z kata kesihatan sofia tak menentu. sekejap ok sekejap tak. sejak hari tu ai tak pernah datang lagi rumah dia. dalam 2 3 hari selepas ai call Z, Z sms ai semula. Z cakap sofia masuk hospital putrajaya. ai call semula, sebab time tu ai ada dekat melaka sedang bercuti. Z cakap nafas sofia tersekat2. ok itu lasat. sebab Z tak balas sms ai beberapa hari selepas itu. tiba2 time ai kat rumah mak ai, Z call. tapi ai tak sempat nak jawab. sibuk dengan N.A.N time tu. cuma bila dah petang ai baru perasan. ai call semula, Z cakap sofia dah tak ada. sofia dah meninggal pada masa Z call ai tapi tak angkat. ai terkedu. terkejut. ai tak janji boleh datang sebab N.A.N time tu tengah demam. tapi mak suruh jugak ai jenguk sekejap. mak boleh ikut. boleh tengok2 N.A.N. ok. ai sampai dah petang. time tu sofia sedang dimandikan. ai tanya Z kenapa siapkan sofia lambat. Z senyum sikit je. "aku tunggu S datang. tapi sampai ke petang tak sampai2. ustazah mintak selesaikan sofia cepat sebab dah nak malam. N.A.N dan mak tunggu ai dalam kereta. ai tanya lagi "S tak datang?" Z geleng kepala. "dia nak pindah duduk rumah mak dia kat kampar. aku call dia mak dia yang jawab. aku tak taulah.. biarlah.. kalau dia rasa ada tanggungjawab pada sofia, dia akan datang." sedih ai dengar. ai tak cakap apa. ai tunggu sampai sofia siap segalanya. tapi ai tak ikut ke tanah kubur. takut jugakkan.. time tu N.A.N belum lagi setahun. sampai kesudah S memang tak datang. Z suruh ai tunggu sampai kenduri malam tu. tapi ai tak boleh. sebab N.A.N demam. kesian.. hebat betul dugaan dia.

ini cerita terbaru. awal tahun hari tu, Z ada email ai. panjang lebar betul luahan hati dia. menitis airmata ai baca luahan hati dia. tapi apa lagi nak buat. Z menulis... "yanie, terima kasih selama ini membantu aku. aku semakin redha dengan pemergian sofia. lepas berhenti keje dulu, sekarang aku keje pengawal keselamatan kat kedai emas. cukuplaj untuk aku menyara kehidupan aku sorang. pasal rumahtangga aku, aku tak boleh bertahan lagi. aku dah failkan penceraian aku. aku tak tahu dimana silap aku. hebat sungguh dugaan Allah beri pada aku. macam kau katakan dulu, dari sofia tersiksa begitu, kalau Allah lebih sayangkan dia, aku perlu terima. terima kasih yanie. kirimkan salam terima kasih aku pada suami kau sebab mengizinkan kau melawat aku dan arwah sofia dulu."

dan beberapa hari yang lepas, S sms ai semula dan hanya mengatakan "aku menyesal." ai tak balas apa pon. sebab ai rasa itulah yang perlu dia tanggung sekarang ini.

al-fatihah untuk arwah adik sofia. aunty, uncle, Rina, nenek n atuk doakan sofia bahagia disana... amin...

"SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA"

7 ulasan:

Unknown berkata...

Astaghfirullahalazim...kenapa seorang mak yg mengandungkan anak 9bulan sanggup tak mengaku tu ank dia hanya kerana anak hilang upaya??apa mak dia fikir ye??sampai sanggup tk menyusukn anak..buang susu utk anak..smpai ank meninggal tk jenguk..ank tu kupu2 syurga utk dia jugak kelak..semoga kita semua tk jd mcm tu ye dik..sebak akk baca..kesian ank tu meninggal tanpa mak yg membelai,menyayangi dia..mgkn sbbtu Allah panggil dia "balik" sbb mak dia dh tknk dia kn...Al-Fatihah utk adik Sofia

erin berkata...

subhanallah, x terkata..kesian sgt dgn sofia. Smpai hati mak dia buat mcm tu

cikPUAN einaYrah berkata...

itulah.. saya lagilah.. sampai sekarang tak dapat lupa keadaan arwah adik sofia...

ieza ashaari berkata...

Allahu akbar.. sayu sgt baca entry ni.. za yg baru mengndung ni dh mula rasa takut nak hadapi apa yg ibu Sofia lalu. xboleh nk salahkan juga S sbb dia yang nmpk apa yang berlaku depan mata dia. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. apapun, kita doakan yang terbaik buat mereka.

cikPUAN einaYrah berkata...

yanie tak tau nak cakap apa. tapi bagi yanie dia perlu ada rasa menyesal. macam yang yanie cakap dengan x-hubnd dia, cara penerimaan S pada anak dia yang salah. mungkin betul kata Za, sebab dia yang nampak depan mata. S ni memang sayang sangat dengan sofia dulu..

Anak Lebah Comot berkata...

Spechless...semoga hidupmu aman wahai bidadari kecil.

yaneebakar berkata...

tq sbb share kisah ni. sedih sangat n tak tahu nk ckp mcmmana. moga jadik pengajaran yang berguna untuk kita. yang pasti dia bahagia di sana...

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?