love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

12 Februari 2013

cerita cuti panjang

hai uolls.. cuti panjang pegi mana?? ai tengok kat fb, ada pegi oversea lah, balik kampung lah, ada yang dok umah je.. ai?? macam biasalah.. bila dah cuti panjang nih, kemana lagi kalau tidak ke perak. haha.. maklumlah.. kampung jauh, cuti panjang barulah berbaloi baloi balik. cewahh ayat... :)

ai bertolak ke perak lepas sembahyang jumaat. mintak izin bos baru keje separuh hari. tapi dalam sistem kedatangan ai tetap menjadi satu kesalahan. bagi alasan je nanti. perjalanan taklah sesak seperti yang diwar warkan. cuma banyak kereta je. jadi Mohammad Bazli bawak slow je. mulanya kami nak balik sekali dengan adik ipar ai. kengkonon ye nak save tol n minyak. tapi hati ai tak sedap. puaslah jugak ai memujuk Mohammad Bazli untuk balik dengan kereta sendiri. first, sebab mak ai kan tak sihat. jadi kalau ada apa2 terjadi kat mak ai, boleh je kami terus balik. tak dalah susahkan orang lain yang terpaksa balik sekali. kedua, ai memang tak selesa tumpang kereta orang walaupun kereta kakak ai sendiri. sebab dah ada anak ni lain. kita tau perangai anak kita macam mana. ada setengah orang, walaupun adik beradik sendiri tetap tak suka kalau bising2, kotor. lagi 1, ai nih kalau balik kampung packing baju macamlah nak duduk setahun. lagilah ai tak selesa. beg baju kite je yang banyak. tuan punya kereta 1 beg je. tu tak campur lagi dengan kes N.A.N buat hasil tengah jalan lah.. nak buat susu lah.. ai bukanlah jenis orang yang suka susahkan orang lain kalau tak betul2..

ok. berbalik pada tajuk cerita. perjalanan kali ni, N.A.N tak mau tido. cuma sat sat je. *nak cerita pasal perak utara, kene cakap utara. baru feel.* penat ai tau. doklah melayan itu ini. orang dah pandai nak berbual, ai pon layankan aje. lebih kurang dalam pukul 7 malam, baru sampai kar RnR Tapah. kemain lama nak sampai. memang dah biasa, kalau balik kampung, kat tapah nilah port N.A.N mandi. dah lepas mandi, makan, solat semua, kami pon bertolak lagi. N.A.N agak bosan sebab kene pegang je dengan ai. pukul 12 tengah malam baru ai sampai dengan selamat ke kampung.

sampai2 je N.A.N membuat renggangan otot, baru ai tidokan semula. kali ni memang mencabar kesabaran ai. sebab ye N.A.N buat hal tak mo tido. mungkinlah berubah angin. kat rumah sendiri sejuk ye lain, kat kampung sejuk ye lain. bila dah dibacakan Al-Fatihah, barulah sedikit tenang.

tak ada cerita menarik. sebab kat perak panas memang terik. ai tak berani nak bawak keluar. takut demam or selesema. sejak2 N.A.N sakit teruk hari tu, ai memang takut kalau dia sakit lagi. cuma sekali je lah Mohammad Bazli bawa N.A.N jalan2 tengok kampung. 3 hari duduk kampung, kami hanya buat lawatan ke rumah sedara mara. dah macam hari raya dah haiiii.

kalau ikotkan Mohammad Bazli, dia nak balik hari selasa pagi2. tapi ai dah tau, tak punya pagi2 nak bertolak dari kampung dia tuh. mesti lah tengahari. kalau dah tengahari bagi alasan pulak panas lah, penat lah. jadi ye mesti lah petang. kalau dah keluar rumah petang, mestilah sampai ke teratak indah malam. nak berkemas lagi, nak basuh baju lagi, pukul berapa pulak ai nak tido. ai dah serik dah macam dulu. ai pon doklah curahkan strategi ai nak balik hari isnin petang. hari selasa boleh lagi nak berehat2. die jelah berehat, ai masih lagi buat keje. hahaha N.A.N pon tak lah penat sangat. dan kompem2 ai tak EL hari rabu. akhirnya Mohammad Bazli setuju. ai pon kesian jugak sebenarnya. tapi adatlah duduk diperantauan. ai dulu dah merasa. lagilah jauh. kelantan nuuuu haaaa ai dok. kalau nak balik memanglah pikir 15o juta kali. tapi bila dha ada anak, kenelah pikirkan anak dulu.

lepas ni, dok cari lagi mana ada lagi cuti panjang lagi. nak tunggu raya lambat lagi. jap jap, nak menyelak kelendar... :)


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?