love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

21 Februari 2013

dah ada rakan borak

cerita ni dah lama. sejak2 N.A.N dah tido buai ni, ai dah jarang dapat borak2 kosong dengan dia. susahlah.. ai kat katil, dia kat buai. pastu bila ai start nak bercerita, sambil kene angin kipas, buai tu berayun2, lama2 ai cakap sorang2.

tapi 2 hari lepas, ai saja je bergolek2 dengan N.A.N atas katil lepas dia siap pakai baju. wangi cium anak sendiri bau minyak yuu yee. kali ni N.A.N pon baring je sambil picit2 mata anak patung upin ipin dia. first tu ai nak baca buku pa & ma, tapi N.A.N asiklah nak capai buku tu, last ai tutup je letak bawah.

first, N.A.N pandang muka ai je. ai pon jadi pelik. pastu bila ai balas balik renungan mata dia, dia senyum banyak2. mood tengah baik time ni kot. x pon saja nak habiskan masa bersama ai sebelum dia tido. pastu dia pegang2 pipi ai sambil cakap nak.. nak... ntah apa yang dia nakkan pon ai tak tau..

ibu : Rina nak apa??

N.A.N : nak... nak... nak...

ibu : yelah.. Rina nak apa?? kalau nak amik sendiri.

 dan dan time tu dia bangun.. pastu barulah tau dia capai sikat.

ibu : nak buat apa ni?? nanti tercucuk kang..

N.A.N amik sikat tu dan cuba nak sikat rambut ai. mungkin dia nak buat macam yang ai buat kat dia.

ibu : Rina sayang ibu tak??

N.A.N : nak....

ibu : ibu tak boleh kalau Rina tak da. kalaulah boleh, ibu nak berhenti keje nak jaga Rina.

N.A.N : na.... nak...

ibu : kalau ibu work, Rina naughty tak??

N.A.N : na... nak..

ibu : Rina kene makan banyak2. bila dah besar boleh ayah ajar main tennis.

N.A.N : nak...

ibu : dan bila Rina makan banyak yang berkhasiat, nanti Rina sihat. mata Rina pon cantik.

N.A.N : nak...

ibu : Rina janganlah nangis2 bila ibu hantar rumah umie. ibu sedih tau.

N.A.N : nak...

ibu : Rina jom kite kemas mainan Rina kat depan tu. dah malam ni. kejap lagi dah nak tido. esok Rina school.

bila ai bangun, N.A.N pon kedek2 sama2 ai turun katil. katil ai taklah tinggi sangat. sejak2 dah boleh memanjat nih, sofa dengan katil ai tu jadi tempat panjat dia.

ibu : meh duduk sini. kita kemas sama2. sepah2 nih. esok pon ibu work.

N.A.N duduk sebelah ai sambil amik satu satu lego yang dia sepahkan petang tadi lepas balik dari rumah pengasuh.

ibu : pegi amik buku kat tepi pintu tu. Rina nampak tak?? kat situ. bagi ibu. ibu nak. ibu nak susun buku2 Rina nih. tak baik tau buat buku macam tu. nanti ilmu tak berkat. kene baca elok2.

N.A.N bangun secara menonggengpegi kat buku yang ai tunjuk tu. patah balik kat ai, bagi buku sambil kata "nah... nah..."

ibu : ok dah siap. ibu nak kemas beg sekolah Rina pulak.

N.A.N pon ikut ai masuk bilik.

ibu : Rina tolong ibu bawak pampers ni.

ai bagi 1 je pon. dia pon ikut ai simpan dalam beg sekolah dia.

ibu : Rina kene tido tau. esok school. ibu pon nak masak bekal Rina esok.

ai masukkan dalam buai, enjut 5 minit, dah tido...

ai sekarang dah ada teman tolong ai buat keje, dah ada teman ajak borak.

Alhamdulillah..


2 ulasan:

MimahAjil berkata...

pandainya dia mengikut arahan...:)

cikPUAN einaYrah berkata...

alhamdulillah kak... :)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?