love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

5 Februari 2013

masa BERLALU begitu pantas....

perasan tak, masa sekarang ni bergerak sangat cepat. tengok.. hari ni dah 6hb Februari 2013. macam ai, ai rasa macam dah tak terkejar dah masa ni. kalaulah boleh, ai nak statikkan je masa ni, siap 1 keje baru ai gerakkan semula masa. boleh tak?? hahaha kalaulah boleh, ai rasa bukan ai sorang je yang buat, tapi semua orang 1dunia akan buat. ai tak tau ni perasaan ai je ke atau memang betul2 berlaku. tak pon ai yang dah buat keje lembap sekarangni tak pon keje ai yang dah semakin bertambah. haaaa pilihlah yang mana 1. hahaha

ok. yang pertama, kalau dulu, keje2 kat ofis ai nih dalam sehari boleh siap. tak yah pon ai nak tangguh2kan esok ke lusa ke tulat ke. ok je.. tapi sekarang ni, keje ai semakin tak menyempat je. bila bos tanya, ai jawab je tak sempat. memang betollah korang, betol tak sempat. ai rasa keje ai macam dah banyak je. dah lah ai sorang je. lagi2 dalam 2 3 hari ni nak audit. mencicitlah ai siapkan dokumen2 yang audit nak. tengok... cepat betul masa ni jalan...

yang kedua, pasal anak. 2 3 hari ni, ai tengok N.A.N semakin riang. mungkin dah tak sakit lagi kot. kalau ai bawak keluar pon, dah nak berlari sama2 dengan kawan. tapi kalau dia tertinggal kat belakang, bukan main menjerit. macam semalam, ai perhatikan N.A.N yang riang ria bermain tu sambil borak2 dengan jiran tetangga. dalam hati, haiiilahhhh anak.. cepat ye kamu besar. betol korang, ai sangat rindu dengan N.A.N time baby2 dulu. wangi je.. po po pon tak busuk. rindu nak tengok dia meniarap, mula nak belajar merangkak, jalan2 jatuh.. kan.. ni baru ai anak yang setahun lebih ni. nanti kalau ai dah pencen, tengok anak2 dah ada keluarga sendiri, lagi rindukan time dorang kecik. macam mak ai.. kalau anak2 semua balik tanpa menantu, mesti mak cakap, mak rindu time korang kecik2 dulu. samalah macam ai. kejap je tahun ni dah 2 tahun. tapi badan, still maintain macam Shery Merlis. kecik molek. hahahaha tahun depan dah nak sekolah. cepat ye... pastu sebok pulak nak beradik. hahahahaha tak ai nak mengandung lagi. tetibakan... :)

yang ketiga, pasal berkhidmat dengan kampeni ai ni. ai rasa macam baru tahun lepas je ai lapor diri. tapi sebenarnya dah 5 tahun ai berkhidmat. mesti tahun depan ai kene tukar bahagian. sebab apa ai cakap macam tu, sebab walaupun ai dah 5 tahun keje kat sini, tapi ramai staff yang lama2 yang ai tak kenal lagi tau. kalau ada event apa2 yang wajib semua staff hadir, ai mesti tanya kawan ai, yang tu sapa? yang ni sapa? yang pakai baju wane tu sapa? daifkan ai... tapi ai pelik, orang lain yang kenal ai.. wahhhh ayat bajet macam artis.. hahaha alaaa kalau ye pon itu pon sebab Mohammad Bazli kan keje 1 tempat dengan ai, jadinya orang kenal suami ai dengan tak sengaja orang pon kenal lah ai sekali. gitu kan...

yang keempat pasal kereta ai tu. mpMYvi ai tu. kejap je ai dah pakai kete tu 5 tahun. lagi 4 tahun je nak habis bayar. tapi kalau uols tengoklah kete ai tu, macam mana ai beli dulu, macam tu jugaklah sekarang. tak ada ubah apa pon. kesiankan.. tapi entah bila nak bertukar kereta. bila cakap pasal tukar kete dengan Mohammad Bazli, mesti dia tukar topik.. jahatlahkan...

korang pulak macam mana?? kalau ai, macam yang ai cite kat atas tulah. sangat cepat masa berlalu. sampaikan ai tak sempat nak update setiap hari. nak cerita setiap perkembangan si anak. cuma 1 je lah yang setiap hari ai berdoa agar masa ai bersama suami dan anak2 tidak berlalu begitu pantas.... amin...

2 ulasan:

MimahAjil berkata...

Alhamdulillah akak baca cerita awk Afnan dah riang gembira senang hati...:)

cikPUAN einaYrah berkata...

alhamdulillah kak.. dah ok sikit dah.. hati saya lagilah gembira.. sangat bersyukur pada Allah... terima kasih kak atas doa akak selama ni...

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?