love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

2 Ogos 2012

tabahlah wahai hati KU

semalam MC, demam + sakit tekak + mata berair. semalam sambil packing2 beg sekolah Nur Afnan Nisrina, hati tersangatlah berat nak hantar dia ketaska esoknya.(hari ni)

sampai ke ofis belum pukul 7 lagi pon. 6.50am. tunggu sekejap kat ofis, n bila dah 7 lebih tu barulah gerak ke taska. Nur Afnan Nisrina masih tido lagi. suci je muka. taska tak buka lagi time ni seba belum 7.30. jadinya lepak2 dengan si kecik dalam kereta sambil layan hotfm. tapi hati still berdebar2. tak taulah kenapa. cium2 si kecik suruh bangun sebab boring. bila dah bukak mata yang sepet tu, terus senyum2 nampak gusi yang dah putih2 nak tumbuh gigi. dah 7.35am. tak sedap hati sebab pengasuh tak datang lagi. call kak nini, mama iqbal tanya taska tutup ke tapi x jawab. tak lama lepas tu, pengasuh pon sampai.

bila masuk dalam bilik baby, tengok muka pengasuh semacam je. hati ai lagilah berdebar2. lepas kiss2 rina, pengasuh cakap

P : yanie taukan hari ni last taska??

ai tak terus jawab. pandang muka pengasuh. manalah tau nak uji ai ke apa dipagi hari jumaat ni.

P : betul yanie. akak dah tak da staff. semua nak berhenti.

seakan2 paham dengan pandangan mata ai yang dah penuh dengan airmata

P : akak mintak maaf banyak2 yanie. susahkan parents macam ni. akak tak sengaja. kalau akak kene jaga setakat baby je akak mampu, tapi anak2 yang lain? kat bilik sana tu?? akak tak nak anak2 terabai.

pengasuh seakan paham dengan airmata ai

ai : yanie tak tau nak cakap macam mana lagi kak. saya pon pening. saya sampai demam2 pikirkan masalah ni. tak pe kak. tak yah minta maaf dengan saya. akak tak salah.

P : akak kecewa yanie.

ai dengan pengasuh berpegang tangan sambil menangis. mengambil kekuatan di antara satu sama lain.

ai : its ok kak, tak per lah kak. saya try cari kat ofis nanti. terima kasih kak..

cuba senyum walaupon hati tertekan sebenarnya

sampai ofis terus telefon kak nini tanya dia mana nak hantar iqbal. kak nini cakap hantar kat taska dekat dengan rumah dia. baby mungkin nak lagi tapi dengan harga RM280/=. ai terdiam. mampu ke aku??

lepas borak panjang dengan kak nini, call mak pulak. dengar suara mak terus nangis dan mak pon nangis.

mak : ya Allah.. tabahkan hati anakku dengan dugaan dariMU dibulan mulia ini. bantulah dia untuk buat keputusan dengan sebaiknya untuk anaknya, cucuku, Nur Afnan Nisrina...

lagi mencurah2 airmata ai... :'(

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?