love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

26 Ogos 2012

kisah di hari raya

hey uollsss!! 
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

pejam celik pejam celik sudah hari raya ke 9. kemeriahannya masih terasa membahang bahang :)

kebanyakkan rumah sudah memulakan agenda open house untuk memeriahkan lagi suasana hari raya. ai?? tidak kot. tahun ni tiada open house. tapi bagi sesiapa mahu datang ke pondok kecil kami sekeluarga, kecil tapak tangan niru kami tadahkan.. :)

raya pertama ai beraya dirumah sendiri. ada masalah dengan kereta MpMYvi ai tu, jadinya malam raya pertama ai bergerak balik ke perak. Alhamdulillah.. perjalanan baik dan tidak sesak. 

seperti biasa, keluarga sebelah perak masih ramai. tak seperti keluarga sebelah ai, kebanyakkannya sudah meninggal. seharian beraya kunjung rumah sanak saudara. nasib baik Nur Afnan Nisrina tak mengamuk. duit raya si kecik ini hampir mencecah gaji sebulan ibunya. atok a.k.a abah ai kata.. "eloklah tu.. boleh ibu kau claim semula duit raya sementara nak tunggu gajinya." tak ada lah abah.. duit anak tetap duit anak. lebih dari separuh hasil kutipan sudah ai simpan dalam SSPN nya. selebihnya itu ai nak nampakkan barang. barang apa?? kenelah tunggu... :)

ai sampai ke pondok kecil petang hari khamis. terus menuju kerumah mak ai di seremban. sebab nak pos Nur Afnan Nisrina ke sana sebab taska masih tak beroperasi. kelasssss tak, hari jumaat kerja kat ofis ai sorang2 je tau.. :)


maaflah.. model time ni tak berapa nak ok moodnya.. mengamuk nak tido..:)
 
==========================================================================
 Alhamdulillah.. impian abah mahukan namanya tertera di pintu teksi terlaksana jua. setelah lebih 10 tahun menanti, akhirnya Allah makbulkan jua doa yang senantiasa dipanjatkan..

tapi, dikala kesyukuran dipanjatkan, dugaan masih menyinggah untuk menguji sekuat mana keimanan yang ada.. tabahlah wahai abah. teruskanlah rasa syukur itu kerana diri abah tidak apa-apa. anggap saja ini adalah ujian dari Allan menandakan Allah masih ingat akan kita...
 



==========================================================================
 memandangkan Nur Afnan Nisrina dah pandai duduk, ai dah pon belikan basikal baru untuk dia. rezeki anak tidak pernah putus. dari berdukung nak bila nak bawa pusing2 time petang, baiklah belikan basikal. dia pun selesa kita pon tak penat. badannya nampak saja kecil tapi bila dah didukung barulah tau.. :)

  sandle yang ai belikan pon dah macam budak setahun.. padahal setahun jagung pon belum.. comel je kaki..


 moodnya masih tak berapa elok setelah diacah2 nak bangunkan dia dari basukal ni.. 

==========================================================================

selesai je keje hari jumaat sebelum bercuti panjang, ai terus ke seremban. yelah kan.. pos anak ke sana.. keluar dari tol nilai menuju ke selatan, kenderaan mulai banyak. tapi bila sudah 1 km traffik mulai jam. nasib baik tak bawak Nur Afnan Nisirina.. 





20km/h paling laju boleh pergi.. :)

==========================================================================
ai memang terkenal dengan kegemaran buat kerja saat2 akhir, bila masa dah dekat barulah mula2 tergegeh nak mencari bahan untuk buat kuih nestum. kuih ini adalah kuih WAJIB ada dalam keluarga ai. ini memang asli tak campur apa2 pon.. tapi sempat amik gambar hanya bahan2, x teringat langsung ambik gambar yang sudah siap di bakar.








==========================================================================

ai berhajat nak pakaikan Nur Afnan Nisrina anting2 a.k.a subang bila hari raya. ai tindik telinganya 2 hari sebelum raya. nasib baik tak bernanah atau tak sembuh2 lukanya. cuma menangis terkejut sekejap je. dan bila dilihat, barulah nampak muka perempuan bak kata neneknya.


 tengoklah telinga.. masin je..  






 
 


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?