love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

13 Ogos 2012

persiapan HARI RAYA 1433H # 2

Alhamdulillah.. sudah semakin dekat dengan bulan syawal. dan ai masih berpuasa. walaupun tertinggal 1 hari. :) azam tahun ni nak puasa penuh masih lagi tidak tertunai. tapi sekurang2nya ai hanya menggantikan hanya 1 hari.

berbalik pada tajuk asal. weekand ari tu, mak request nak berbuka dirumah kakak. bukannya nak berbuka sangat pon, nak menengok cucu2 tu je yang lebih. tapi dicakaplah nak berbuka.. trick mak tak berapa nak menjadilah. sudahnya berbuka, lepas isyak kami balik. ai memang susah nak tido umah orang walaupun adik beradik sendiri. jadinya kami balik dan ai terus je pergi ke bazar syawal kat senawang tu. umat manusia tok sahlah nak dicakapnya. ramai giler. ai kene pusing 3 kali baru dapat parking. nasih baik Nur Afnan Nisrina tak meragam. :)

tujuan utama ai nak membeli baju raya untuk ai sendiri. tengok lagi seminggu baru terkedek2 nak mencari. satu lorong kedai dari depan bawaklah kebelakang satu pon tak da yang berkenan. kalau ada pon, harganya mak oiii lah haiiii tak setimpal dengan kualiti kain. :)

jam dah pukul 12 lebih tengah malam. Nur Afnan Nisrina sedap je tido lagi dalam stroller. jalan punya jalan, dapatlah sepasang jubah warna purple dengan harga RM99. bila ai pujuk2 dapatlah RM85. kata penjual tu, diimport dari Kemboja. entah betul entahkan tidak tak tau lah ai. janji cantik. tapi masalah ye adalah.. warna PURPLE. bukan COKLAT. hahahaha nampak gayanya ai kenelah pergi menyibokkan diri lagi untuk merembat sepasang lagi baju warna coklat. :)

kuih raya juga sudah siap dibuat. hari ahad lepas sahur gigih buat dengan mak. sebab apa buat kat umah mak?? sebabnya adalah ai dapat bawak balik sikit untuk dirumah sendiri.. hahaha 1 jenis kuih sama seperti tahun lepas, ai amik dari blog ain a.k.a Dak Pink. popia bersalut nestum dan horlicks. :)

jadinya persiapan raya yang ala kadar sudah hampir siap. rumah mak ai dah siap2 kemaskan. rumah sendiri?? masih diawang awangan.. :) last weekand ai cakap dengan mak, weekand next weeklah mak kemas rumah sendiri, tau tak apa mak ai jawab??

"kau ni gile ke apa?? weekand ni dah rayalah."

hahahahahaha lupalah... kan dah kene gile dengan mak sendiri. untuk menyelesaikan masalah ai ni, setiap hari balik keje lepas berbuka + sembahyang maghrib,isyak, tarawih + masak bubur Nur Afnan Nisrina + kemas dapur ai akan mengemas rumah pulak. 1 hari 1 bahagian. jadinya nak tunggu sampai raya, siaplah berkemas. kan???

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?