love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

6 Ogos 2012

tanyalah USTAZAH

semalam ai ada belek2 majalah lama kat opis sementara nak tunggu masa balik lagi 20 minit. tetiba ai ada terbaca satu ruagan dalam majalah ni. tanyalah ustazah. ada satu soalan, tapi bila ai baca lebih kepada luahan hati dan perasaan seorang isteri. ai tak nak lah copy paste apa yang ditulis penulis. hanya ambil sikit2 saja untuk renungan kita bersama. tapi jawapan dari ustazah tu ai ambil sebijik2.

soalan :
Assalammualaikum ustazah. saya ada satu soalan buat ustazah. saya kira ustazah sudi untuk menjawab soalan saya ini. ini lebih kepada masalah rumah tangga. perkahwinan saya baru masuh tahun ke2 lebih. saya seorang isteri dan ibu yang bekerjaya. waktu ini saya hanya diberi rezeki dengan seorang cahayamata berumur 9 bulan. seorang perempuan. Alhamdulillah. tapi yang menjadi masalahnya saya sekarang ini, suami saya. dia tersangatlah malas untuk membantu saya dalam membuat kerja rumah. saya rasa sekarang badan saya seperti di kerat tiga. satu bahagian untuk tugas isteri, satu bahagian untuk ibu dan satu bahagian lagi untuk majikan saya. saya bekerja dalam waktu pejabat. dari jam 8 pagi hingga 5 petang. saya dikira beruntung sebab saya majikan saya ada buka taska untuk penghantaran anak2 staffnya. saya tersangat letih. suami saya hanya tahu, balik akan berehat, dan bila malam akan ke ofis semula untuk membuat OT. dari luar rumah bawaklah ke belakang rumah semuanya saya yang buat. termasuklah bilik air. bilik air yang sekangkang kera itu pun dia malas nak tolong saya basuhkan. ustazah bayangkanlah keadaan saya seperti mana. tugas saya dirumah selesai jam 12 tengahmalam. itu tak termasuk lagi dengan membasuh baju, mengemop lantai, malayan kerenah anak, dan lain2 lagi berkaitan anak semua diatas tangan saya. sejak dah ada anak ini, dia tak pernah lagi saya lihat membasuh botol susu anak. bukan itu saja, dia juga tidak pernah menyuapkan anak saya ubat ketika sakit. ada satu ketika anak saya demam, dan asiklah merengek. pada saat saya baru nak terlelap, anak saya menangis semula. saya minta tolong dia bangun untuk buat susu, dia hanya tarik selimut tutup seluruh tubuhnya. dan ketika dirumah mak saya, anak saya kena cirit birit. itupon saya minta tolong dia bangun untuk basuh, tapi dia hanya menggelengkan kepala. untuk pengetahun ustazah lagi, sejak kami berkahwin dia tak pernah memberi saya duit nafkah untuk saya membeli barang2 keperluan saya. malah, untuk dia membeli susu anak dan keperluan anak, boleh dikira dengan jari. semuanya diletakkan diatas bahu saya. keperluan dapur juga begitu. sesekali saja dia mengeluarkan duit untuk belanja dapur. yang dia tahu hanyalah membayar sewa rumah saja. duit gajinya saya tak tahu habis kemana. sedangkan boleh dikatakan keseluruhan perbelanjaan rumah dan anak adalah bawah tanggunngan saya. baru2 ini saya ada membuat pinjaman peribadi untuk melangsaikan beberapa hutang peribadi saya. dengan lebihan duit itulah saya membeli keperluan anak saya dan keperluan rumah dan diri saya sendiri. dengan duit itu jugalah saya membelikan dia sepasang jam tangan, belanja makan dan lain2. duit itu juga saya melangsaikan tunggakan api air yang mencecah ratusan ringgit. bukan niat hati saya untuk mengungkit, tapi apabila saya meminta dia membelikan saya sehelai jubah dia berkata lain kali sajalah. betapa luluhnya hati saya ketika itu. banyak lagi ustazah perlakuannya membuatkan saya hilang rasa hormat pada dia sebagai seorang suami dan terasa jauh hati. dia juga pernah halau saya dan anak keluar dari rumah. dalam fikiran saya ketika ini adalah penceraian. saya pernah terfikir untuk memfailkan permohonan penceraian dek kerana tak tahan dengan kerenah dia. tapi apabila melihat muka anak yang masih suci dan tak tahu apa2 saya rasa bantutkan dan beristifar banyak. apa lagi yang perlu saya lakukan ustazah.\

jawapan :

waalaikumussalam. pertama sekali saya ingin mengatakan syabas pada puan kerana berjaya melakukan tugasan seorang isteri, ibu dan pekerja dengan jayanya. jarang sekali saya melihat seorang wanita yang bekerjaya mampu membuat tugasan rumah tanpa bantuan pembantu rumah. saya kagum dengan mereka ini sama juga dengan puan. pertama kali saya membaca surat puan ini, hati saya menangis. masih ada lelaki atau suami yang lupa pada tanggungjawab dia sedangkan sesama sebelum berlakunya akad itu, imam sudah bacakan tanggungjawab suami dan isteri. saya sedih dengan keadaan puan. tidak mendapat langsung pertolongan dari seorang suami termasuk dalam menguruskan hal anak. untuk menjawab soalan puan,

+ bawalah berbincang dengan suami. puan perlu menyedarkannya bahawa zaman bujang dan berumahtangga adalah dua peraliran zaman yang berbeza. tanggungjawab juga semakin berat. komunikasi dalam hubungan suami isteri adalah sangat penting. kalau ini tidak berkesan, puan boleh melibatkan kaunselor untuk sama2 menasihatinya dia.

+ puan perlu bertanya kenapa dan mengapa dia tidak pernah memberi duit nafkah pada puan. dan dia juga perlu memberi penjelasan yang kukuh kenapa dia tidak boleh memeri duit nafkah untuk keperluan puan. kalau penjelasannya kukuh dan kuat, atas timbang rasa puan untuk redha dengan situasi ini. 

+ puan perlu sedar tanggugjawab puan dan anak adalah dibawah seliaan dia. bukan puan. itu puan perlu tahu. dalam islam, suami hanya boleh merasa duit isteri diatas keredhaan isteri. jika seorang isteri tidak redha untuk bermakna sisuami berhutang dengan isteri. sama juga dengan situasi puan. jika puan tidak redha bermakna suami puan berhutang dengan puan. jadi puan fikir2kanlah. jika semuanya puan yang uruskan, dimana letaknya tanggungjawab dia pula.

+ ini semua mungkin diatas didikan keluarganya dahulu. sebab itulah dia sangat berat tulang untuk membantu puan dalam hal rumah mahupun urusan anak. tak nak bangun untuk buat susu dan menukar lampin anak, itu adalah satu kelakuan yang sangat melampau. jika ini masih berurusan, puan boleh melibatkan keluarga kedua2 belah pihak.

+ ketiadaan iman dan kesabaran yang tinggilah punca dia menghalau puan dan anak dari rumah. sedangakn masalah ini timbul diatas sikap pemalasnya sendiri. 

+ walaupun islam menghalalkan cerai tapi ianya tidak disukai oleh Allah swt. puan boleh dapatkan khidmat nasihat di Jabatan Agama Islam. tapi jika puan katakan puan sudah hilang rasa hormat dan menambahkan lagi dosa puan pada Allah, itu adalah jalan yang terbaik. tapi pada pandangan saya, jika puan kasihani dan sayangkan anak puan, puan perlu mencari jalan yang lebih drastik untuk menyedarkannya. libatkanlah kedua2 belah pihak untuk menyelesaikan masalah ini.

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?