love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

29 Julai 2012

tidak keruan

inilah yang dinamakan dengan DUGAAN dibulan Ramadhan, bulan yang mulia.

1. hari jumaat ai tak masak untuk berbuka. tak larat sangat. sejak2 dah ada darah tinggi ni, tak boleh nak memikir sangat, asiklah kene sakit kepala. jadinya ai berbuka hanyalah dengan air susu dan 4 keping roti. sementara nak tunggu waktu berbuka, ai baring2 sekejap dan akhirnya terlelap. ai dikejutkan dengan jeritan Nur Afnan Nisrina yang menjerit sebab jatuh katil. alahaiii sayang, asiklah jatuh katil awak ni. tapi yang mengejutkan ai adalah bila ai angkat si kecik ni, ada darah dilantai. Masya-Allah.. ai terus menangis bila tengok bibir Nur Afnan Nisrina bengkak dan berdarah. maafkan ibu sayang. ibu tak sengaja. ai takut betul time tu. dia menangis ai pon turut sama memangis. terus ai mandikan dan bagi minum susu. hati ai sedikit lega bila ketika mandi dia terkejut dan bila minum susu, dia tak muntah. maafkan ibu sekali lagi.




2. Nur Afnan Nisrina kena Nappy Rash. pada mulanya tak berapa teruk, tapi lama kelamaan menjadi semakin teruk. N.A.N pulak alah jugak dengan susu yang biasa dia minum. macam2 klinik ai bagi. macam2 krim ai sapu, tapi still sama. tak taulah macam mana. bila time mandi dan salin pempers, menangis ya memang tak ingat. Ya Allah... meruntun hati ai tengok kesakitan yang anak alami. setiap kali ai sapu ubat, ai selawat dan doa. kalaulah boleh, biarlah sakit itu berpindah dekat ai. anak menangis ibu pon menangis sama. sekarang, bila ai tukarkan susu buat sementara waktu nih, Nur Afnan Nisrina pulak kene batuk2 berkahak. susu Isomil ni agak pekat. sabarlah wahai anak. ada kebaikan untuk kamu selepas kamu diberi kesakitan ini. Ibu senantiasa disamping kamu. yang ni tak da gambar, sebab sulitkan :)

3. pasal taska. ini pon buat darah tinggi ai naik. mana tak ya, harga jagaan akan dinaikkan mengikut kadar taska luar. time nak naik keje dulu, ai ada risik2 dekat beberapa buah taska. mostly semuanya mahukan baby dengan harga RM280.00. jiran rumah ai pon ada oferkan diri nak jaga Nur Afnan Nisrina. tapi bila ditanya harga dia mahukan RM350.00. ini adalah termasuk dengan OT kalau ai kerja malam dan kerja weekand. sebab tak mampulah ai cekalkan hati hantar juga dekat taska ofis ai. dekat memanglah dekat. dan alhamdulillah, anak ai ok je kat sana. adalah sikit2 yang berlaku, tapi ai malas nak amik serius. jumaat lepas ada meeting dengan ibubapa. owner taska sekarang dah tamatkan perkhidmatan tapi masih membantu sehingga 18hb Ogos. dah selepas itu, kalau tak ada owner baru yang mengambilalih dan sanggup dengan kadar bayaran yang ibubapa mahukan, taska itu kemungkinan besar akan ditutup buat sementara waktu sementara mencari owner yang betul2 sanggup. sementara ditutup, mana ai nak hantar Nur Afnan Nisrina?? macama mana keadaan Nur Afnan Nisrina?? sampai sekarang ai tak fikir jalan penyelesaiannya..




4. meniru dan ditiru, bagi ai biarlah mereka yang mahu meniru dan rela ditiru. kadang2 kita juga ada meniru percakapan dan idea orang lain. cuma kita je yang tak sedar. anggaplah ini sebagai pertolongan kita untuk mereka yang tak da idea dan mungkin dah ada idea cuma tak dapat nak dihuraikan. bila membaca dan melihat hak milik kita, terus dapat idea. bagi ai perkara ini sangat mudah, tak perlu dipersulitkan. kalau ada yang mahu meniru entry ai, silakan.. ai tak terasa atau nak berfikiran negatif sangatlah. inikan hanyalah dunia. tak perlulah nak sakit hati sangat..

5. untuk kesekian kali, ai diuji. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula....... :'( masih muhasabah diri.

6. kurang dari 48 jam akan masuk bulan Ogos. sekejap je kan.. 9 Ogos Nur Afnan Nisrina check up 9 bulan. alhamdulillah berat semakin naik dan semakin aktif. bila dah bulan Ogos sekejap jugak akan masuk bulan September. 5 September Nur Afnan Nisrina juga ada check up mata di Klinik Pakar Mata Hospital Tuanku Jaafar. dan inilah kali terakhir dia akan dilihat disini. selepas ini akan check up di HKL. ai akan berulang alik ke hospital selepas bulan 9. tarikh ini juga ai akan dapat tahu, perkembangan mata N.A.N dan akan dapat tarikh untuk buat pembedahan mata dia. dalam hati ai, Allah saja yang tahu. airmata ni tak yah nak cakaplah.. meleleh je memanjang. nasib baik ai ada amikkan N.A.N insurans. dengan kehidupan ai sekarang, mana nak cari jumlah RM 25,000 tu kos pembedahan?? ada jugak kawan2 yang suruh ai mintak bantuan dengan MB Negeri Sembilan.. yelahkan... dah nak pilihanraya, pasti punye akan dapat. 

tabahlah wahai hati.... :')

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?