love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

4 Februari 2014

DUGAAN ~ kentalkan jiwa ~ kuatkan benteng airmata

Assalammualaikum

permulaan yang penuh dengan dugaan. kalau tak kuat, semestinya jatuh tersungkur terduduk payah untuk bangkit. Bertubi2 dugaan datang bagaikan jiwa ini sangat kental dan bagaikan benteng airmata ini sangat teguh. 

berdoa, berharap ada satu keajaiban berlaku. Dia masih membuka pintu kebahagiaan untuk kami semua. masih mendengar luahan hati seorang anak, seorang ibu, seorang isteri. jika menangis boleh menenangkan hati melapangkang fikiran, menangislah sehingga puas.

kadang2 hati tertewas. tidak redha dengan semua yang diberi. mula mempersoalkan apa yang telah terjadi. kenapa aku? kenapa tidak dia? kenapa aku yang Kau pilih? kenapa tidak dia? kenapa aku yang harus terima? kenapa tidak dia? kenapa aku yang dibebani? kenapa tidak dia? beristighfar panjang dari lamunan yang mengkhayalkan ini. meminta ampun dari segala sujud. kenapa aku mempersoalkan semua ini? layakkah aku menyoal semula kepada Dia? 

bersabarlah. bertabahlah. teguhkan hati. kuatkan iman. pandang wajah penguat semangat. renung matanya yang ikhlas. kata2 pemberi perangsang untuk terus melangkah pada keesokkan harinya. tapi ramai juga yang mengakui kebenaran kata2 ini. "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". cuba paksa diri untuk mempositifkan diri. tapi bisikan syaitan itu kadang2 agak menggoda. 

ketawa, senyum, tidak lekang dari wajah untuk memperdayakan orang lain yang melihat. bukan mudah untuk berlakon. ketika hati tidak keruan, tanpa diseru airmata akan sendiri keluar. termenung jauh memikirkan masa depan tanpa disuruh akan mengalir. kadang2 tewas, menangis ditikar sembahyang, mengadu dengan sesungguh hati sehinggakan menganggu insan lain berdoa. 

tipu diri sendiri. katakan pada hati, dia juga akan sembuh seperti kanak2 lain. sang ibu ini mengharapkan Dia memberi kesihatan yang cukup untuk sikecil itu. jauhkanlah dia dari segala sakit. sudah puas kiranya sikecil itu menderita dengan sakit yang telah diberi. sang ibu ini tidak pernah putus berdoa dan berharap agar deria penglihatan sikecil itu sama seperti kanak2 lain. tersisih jiwa bila ramai yang memperlekehkan sakitnya. terkesan hati bila ramai yang cuba membeza2kan sikecil itu dengan kanak2 lain. walaupun dia masih kecil, dia sudah tahu bertanya kenapa derianya itu sakit. tabahlah wahai sikecil. disebalik kekurangan yang telah diberikan, Dia telah menetapkan kelebihan yang tersembunyi dalam diri. gali dan carilah kelebihan itu seiring dengan meningkatnya usiamu. tunjukkanlah pada mereka mereka semua bahawa kamu jua boleh berjaya.

tidak mahu menyalah sesiapa atas apa yang telah berlaku. sudah adantnya, yang muda menghormati si tua. turunkanlah ego, buangkanlah semua yang hitam didalam hati dan terima si tua ini dengan seikhlasnya. jika disini boleh menerima si tua yang jauh, tidak salah kiranya si muda ini menerima si tua yang dekat. betapa lamanya usia penipuan ini. si anak mencuba mencari jalan penyelesaian. si anak juga sengaja melanjutkan usia penipuan ini agar hati si tua tidak lagi terguris dan hati yang disayang bahagia. biarlah si anak ini menganggung dosa dimata masyarakat, biarlah Dia yang tahu hakikatnya. jika masih ingin lagi melangsungkan keegoan itu, teruskanlah. biarlah hati si tua dan si anak ini sama2 terluka dalam diam. biarlah berdarah berparut sehingga meninggalkan kesan. ia boleh dijadikan pengajaran untuk diwarisi. 

tabahlah wahai hati, kuatlah wahai iman. teguhkan pendirian ini. 

"Dia menguji hamba-NYA mengikut apa yang disanggupi oleh hamba-NYA" 

semoga suatu hari ada sinar kebahagiaan di hujung jalan walaupun di saat kedipan mata yang terakhir. 

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?