love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

23 Januari 2014

ragam NAN

Assalammualaikum

Sekarang ni, bila time minum susu, NAN dah kene berpaksa. ai pon tak tau kenapa. pelik sungguh kerenah dia sekarang nih. kadang2 ai naik tak paham apa yang dia nak. semua ni bermula time ai bercuti seminggu balik perak minggu lepas. 

iya, NAN seorang kanak2 yang pemakan. cuma badan dia saja yang tak bam bam. genap umurnya 2 tahun, ai dah mula bagi dia makan semua makanan, terutama seafood dan daging. NANkan ada eczema, dan ai mula pantangkan dia dari segala macam makanan. kesian ai tengok dia time tu. sampaikan dia dah lali dengan sayur dan ikan saja. dan sekarang ai boleh senang hati sikit sebab NAN seorang kanak2 yang tak perlu dipaksa2 makan sayur.

back to story, disebabkan NAN pemakan, semua orang bagi dia makan macam2. ai tak nak tunjuk jari pada sesiapa. mungkin ada salah ai juga dalam bab ni. sebelum2 ni, bila dah makan nasi pon, dia akan minta susu juga bila time dia nak tido atau dah penat main2 atau tengah leka tengok tv. ai hadapkan segala macam jajan berkhasiat pon, dia memang akan mintak susu.

kat taska pon sama. ai bekalkan susu kat taska 3 bekas susu. ai tak pernah bagi susu setin pada taska. sebab nanti ai tak tau anak ai minum susu banyak mana. setiap kali balik, ai akan tanya kat pengasuh macam mana keadaan NAN time kat taska.

ai tak tau dimana silapnya. bermula dari seminggu yang lepas, NAN akan minum susu sekali je time pagi lepas bangun tido. mula2 ai tak kisah sangat, sebab itu memang rutin dia. tapi bila dah pukul 10 11 macam tu, dah time dia mengantuk, bila ai bagi susu nak tidokan dia, dia akan cakap nanak nanak. siap ketap2 mulut tak nak minum. siap menjerit meronta2 badan. macam ai nak bagi minum racun pulak.

kali pertama, tak perlah. ai tidokan saja dia. bila time tido, selalunya kalau ai suakan puting botol tu, dia akan mesti minum juga. tapi kali ni tak pon. boleh sambung nangis macam orang kene dera. saat ni, ai dah mula pelik. dahlah sejak akhir2 ni ai cepat naik angin. habis NAN kene cubit, kene pegang2 kuat2 suruh dia habiskan susu.

bila dah kat kampung, cucu sulung pulak tu, bila dengar NAN menangis, mak mentua ai cakap jangan dok paksa2 kalau dia tak nak. bukan ai paksa, dah memang dia perlu minum susu untuk tumbesaran yang sempurna. keadaan ni berlarutan sampailah sekarang. NAN seperti fobia bila dengar susu. 

dah macam2 cara ai cuba. pertama ai cuba tukar susu. NAN memang tak boleh minum susu putih. dia akan cirit birit. jadinya, sejak kali pertama ai perkenalkan NAN dengan FM ni, memang perisa coklat saja yang dia akan minum dan ok. dari susu semurah2 sampai susu yang harga seratus lebih, pon tak nak dia minum. kakak ai cakap try susu ILHAM. ai beli, pon sama. kat rumah tu dah bersusun kotak dan tin susu yang dia tak nak. sampaikan ai beli semula susu soya dan gula batu. pon sama.

bila dah mula putus asa dengan cara susu, ai try tukar puting botol. maybe NAN dah tak nak dengan puting botol yang leper brand MAM tu. ai tukar puting botol yang leper tapi keras sikit. 




pon dia tak nak jugak. pastu ai tukarkan dalam cawan. kot2lah dia dah rasa diri dia dah besar dia nak minum dalam cawan, pon sama. tak nak jugak. berperang, menangis, luahkan kesusahan hati, semuanyalah pada NAN. sama2 nangis dengan NAN. sampailah sekarang.

ai ada bertanyakan dengan doktor kat tempat keje ai. dia pon terkejut, kenapa kanak2 seawal usia NAN dah susah minum susu. ai ceritalah semuanya. ai cakap NAN dah terbiasa kenyang dengan nasi. doktor terkejut, dan ayat pertama doc cakap, adalah tak boleh. semua penerangan doc ai faham dan susah untuk memaham orang yang lebih tua dari kita.

doc pesan dengan ai, bila time ai nak bagi susu pada NAN jangan dipaksa2. takut bertambah fobia dalam diri dia. sekarang, ai akan cuba sedaya upaya akan cuba pujuk dia secara lembut. sekarang ni tak boleh cakap dengan dia nak minum susu, kene tanya dia, "Rina nak minum air milo?" dan kadang2 NAN sendiri yang akan minta air milonya.

tak pon, bila time dia mula nak buat perangai tak nak susu tu, ai akan susun beberapa anak patung kesayangan dia, dan ai acah2 suruh 'baby2' dia minum dulu. setakat ni, kaedah ini berkesan. 

hari pertama ai hantar NAN ke taska, ai sangat risau. dalam pukul 10 macam tu ai akan sms pengasuh tanyakan keadaan NAN. nak ke dia minum susu? kene berpaksa tak? dia minum guna botol yang mana? ai adakan bekalkan 3 jenis botol beraneka puting. kat taska, ada jadual pemakanannya sendiri. dengan ai pon ada jadual. bila masa minum susu, bila masa makan nasi, bila mana makan jajan berkhasiat. 

ishhhh risau dengan kerenah NAN. makin dia membesar, semakin ai risau runsing hati. sai anggap ini semua adalah fasa untuk ai mengenali anak ai sendiri. ai juga berharap kesabaran ai ini akan berhasil dan dia membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. amin...


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?