love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

19 Februari 2014

reunion - kita semua dah bahagia

Assalammualaikum

ini adalah enrty terperuk. kene taip cepat2 jap lagi ada meeting.

cuti tahun baru lepas, sekolah menengah ai ada buat reunion. 2 hari sebelum cuti, mak ada call ai bagitau dapat surat jemputan dari sekolah. ai pon tak tau kenapa ai dijemput. sedangkan ai bukanlah pelajar cemerlang dulu.

pada hari yang sama sepatutnya ai pergi mersing rumah kakak ai. mak dah rindu bebenor dengan cucu dia 2 orang tu. jadinya ai buat pengesahan kehadiran untuk datang sebelah malamnya saja. untuk aktiviti sebelah pagi ai tak datang. nasib baik boleh.

dah duduk rumah kakak 2 hari, ai terkejo2 balik seremban semula dari mersing. bertolak dari mersing pukul 2 lebih kot, sampai seremban ngam ngam pukul 7. majlis tu mula lepas insyak means dalam pukul 8 ke 9.

mula2 ai tak nak bawak NAN. nanti ai tak fokus pada aktiviti bbq tu nanti. dia pon dah macam nak mengamuk2 dah malam tu. tapi mak ai paksa jugak suruh bawak. kata mak, time nilah semua orang nak tunjuk anak memasing. ok fine!! nasib baik NAN tido dalam stroller sepanjang program tu berlangsung.

masing2 terkejut dengan keadaan kawan masing2. ada yang menangis ada yang suka ada yang berpeluk sakan. ai?? biasa2 je. nasib baik ai masih cam muka kawan2 baik ai time sekolah dulu. tak banyak yang berubah.

kat sekolah dulu ai ada 5 orang kawan baik. buat keje berkumpulan sesama. lukis mural sesama. keluar berjimba pon sesama. Ayu, Shida, Azli, Darul dan Ghadafi.

dulu.. time sekolah dulu, Ghadafi tu minat kat shidah. hohoho walaupun kawan baik, nak merasa cinta monyet tu memang adalahkan. tapi shidah tak nak kat dia sebab dia minat kat sorang senior time tu. kesian.. nasib baik tak frust menonggeng.

Ghadafi mewarisi bisnes kayu jati keluarga dia. anak bisnesman, tak yah susah2 cari keje kata dia. sekarang Ghadafi nampak dah smart sikit dari time dia sekolah dulu. sama macam Ayu, tak kawen lagi. kata dia, dia tak jumpa lagi pempuan yang betul2 sayang kat dia. semua suka dia sebab bisnes kayu jati dia tu. nasib baik Shida dah kawen. kalau tak, maunya dia try tackle Shida semula. 

ai time tu bercinta dengan Azli. 2 tahun kot. dari form 3 sampai form 4. tapi disebabkan ai tak boleh keluar selalu nak berdating, dia pon naik boring. nak dating kat sekolah memang tak lah kan. so jalan penyelesaiannya, putus. kah kah kah. gila budak2 time tu. tau2 dia couple dengan budak lain. yang memang terkenal dengan sikap hu ha hu ha dia. sedih?? tak dalah.. sebab kitaorang tetap baik. nama pon cinta monyet. monyet tau sedih ke? kah kah kah

bekas pakwe cinta monyet dulu datang dengan isteri dan 3 orang anak. anak dia yang kecik tu sebaya NAN. tapi isteri dia macam sombong sikit. yelahhhhh pramugari kata engko.

kawan sekelas ai shida dan ayu masih maintain. ai rasa ai je yang makin gemuk. haaaa stres. shida kawen dengan orang gomen jugak. tapi dia tak kerja. Shida cakap suami dia suruh dia keje dengan suami dia je. haaa sebab tulah anak setahun sorang, kah kah kah tak per lah Shida, suami ko pon PTD. pedehal..dah ada 2 orang anak. lagi sorang otw. 

ayu masih tak kawen lagi dan dah jadi nurse sekarang ni. cita2 dia masa sekolah dulu tercapai. tahniah ayu. time tanya kenapa tak kawen lagi, dia cakap dia tak sedia lagi. dah nak balik tu baru dia cakap dia baru je putus tunang. hohoho tak perlah Ayu. mana tau jodoh ko dengan doktor. :)

mamat yang ai admire lepas putus dengan Azli dulu tu pon, nampak dari jauh je. dia budak pandai. mana nak pandang2 ingat2 kite yang budak biasa2 je. dari jauh ai tengok dia dah macam Adi Putra dah. tak taulah kot2 dia memang jadi polis. sebab dulu dia ahli Kadet Polis.
 
memasing dah kat kereta, dah nak balik, baru ai teringat pasal Darul. time bersuka ria tu, tak teringat langsung. ai tanya dengan Azli. sebab dia dulu rapat. eh! sebelum tu Azli tu keje Bomba tau. dia mewarisi keje ayah dia. bila ai tanya macam mana bomba dengan pramugari boleh jumpa, Azli cakap dia jumpa time padamkan api rumah pramugari terbakar. nampak tak uolls. time padamkan api pon boleh jumpa jodoh. kah kah kah.

ok. berbalik pada Darul. time ai bersuara tanya pasal Darul, memasing pandang satu sama lain. sebenarnya ai sorang je duduk taman jauh dari sekolah. kawan2 ai yang lain tu dekat je. jalan kaki pegi sekolah. dorang duduk satu taman yang sama. lorong je asing.

Lepas habis sekolah, ai banyak berhubung dengan Shida. sebab time tu Ayu dah masuk sekolah nursing. Azli pulak dah pegi Training Bomba. Shida pulak tak keje, tak sambung belaja sebab jaga ayah dia yang sakit.so ai banyak contact Shida je.

Ayu cerita, kali terakhir dia jumpa Darul time sebulan sebelum dia masuk nursing school. time tu dia tengok Darul dah lain. tapi malas nak tanya lebih2 kata ayu, sebab darul ni lain orangnya. dari sekolah dulu, tak suka orang tanya lebih2 walaupun cikgu. darul cuma cakap dia nak pegi KL cari keje, tapi abah dia tak bagi.

Abah Darul keje polis tau. bila ayu dah praktikal nurse tu, dia duduk semula dengan parents dia. jumpa adik Darul. Ayu tanya kat adik Darul sebab Ayu nak jumpa dia. Untuk pengetahuan, Ayu ni memang banyak mulut. suka soal selidik orang. Adik Darul cakap, dia dah lari pegi KL ikut kawan2 dia. Ayu memang dah agak dia lari sebab itu ayat terakhir dia. "kalau abah aku tak bagi, aku lari rumah je."

bila ayu dah dapat tau kene posting kat melaka, ayah ayu call bagitau abah Darul dah meninggal. Ayu, Azli, Shida dan Ghadafi datang. ai sorang je, time tu ai dah kat Kelantan. Darul tak da sampailah selesai pengebumian abah Darul. nak dijadikan cerita, adik ayu tu couple dengan adik darul. lepas kenduru arwah tu, adik darul cerita yang Darul kene tangkap masuk pusat serenti. dia hisap dadah.

perasaan ai?? OMG!!! ai terkejut sangat. tak sangka, dia sorang kawan kitaorang yang tak menjadi. sekarang darul tu dah jadi penagih tegar. kesian tengok mak dia. bertungkus lumus bekerja untuk menyara keluaga. darul anak sulung tak boleh nak diharapkan apa.

ai rasa, darul tu tertekan. sebab adik2 dia ramai. abah dia memang garang gila. time sekolah dulu, Darul memang pandai. walaupun selalu tak datang sekolah, dia tetap pandai. cuma dia salah gunakan kepandaian dia. mak dia selalu suruh darul ponteng untuk jaga adik dia yang baby time tu. ai ingat lagi, kitaorang pernah buat surat permohonan ke Pengetua Sekolah untuk benarkan kitaorang buat kutipan derma. duit tu kitaorang bagi kat mak Darul.lepas kutip derma tu, seminggu darul tak datang sekolah. cikgu displin sampai pegi rumah dia. time tu azli ada ikut. tau tak apa dah jadi?? darul kene pukul dengan abah dia sebab sekolah kutip derma bagi kat mak dia. mungkin ayah dia rasa tercabar kot.

kesian. terakhir ayu dapat tau darul tu ada kat johor. dia dah jadi macam pelarian. sebagai kawan, kitaorang berharap darul akan berubah. Ghadafi pon pernah cakap, kalau aku jumpa dia, aku nak dia keje dengan aku. ayat seorang bos kan.

ai berdoa dia akan berubah satu hari nanti. In Syaa Allah. mungkin dia nak berubah, cuma tak jumpa tempat yang boleh bimbing dia. moga Allah tunjukkan jalan yang lurus untuk dia.

sebelum balik memasing tukar2 number phone. sekarang, ai cuma selalu contact dengan ayu je. maklumlah.. nak rajin contact dengan Ghadafi, ai dah kawen, nak contact selalu dengan Azli, dia pon dah kawen. susahkan uolls nak jaga banyak perasaan ni. penyudahnya, ai contact dengan ayu je lah. pempuan dengan pempuan, tak banyak dosa. kah kah kah

kita semua dah bahagia dengan cara masing-masing. jalan yang telah kita pilih. semoga keakraban ini akan tetap kekal sampai bila. untuk Shida, selamat bersalin baby number 3. harapnya perempuan ye. dan rajin2lah berkhidmat untuk suami :p

untuk ayu, semoga ko jumpa jodoh yang sesuai dan baik untuk ko. jangan stres2 sebab tak kawen lagi. ramai lagi yang tak kawen kot. sediakan diri dari segi mental dan fizikal. alam perkahwinan ni tak seindah yang dilihat.

untuk Ghadafi, sama juga dengan ayu. semoga perniagaan ko lebih berjaya. nanti aku nak beli perabot jati, boleh lah kau bagi diskaun 100%. kah kah kah. tak yah nak memilih sangat. mana ada orang yang sempurnakan. susah2 sangat, ko amik je si Ayu tu.

untuk Azli, semoga lebih berjaya dengan kerier sekarang. untung2 jadi pegawai. semoga bahagia disamping isteri yang cantik dan anak2 yang comel sampai hujung nyawa.

hey korang, doakan aku sama tau. doalah supaya aku cepat dapat baby number 2 pulak. Eh!!

ok lah bye. nak masuk meeting plak.


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?