love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

12 Februari 2014

"anak kau ni asik sakit je"

Assalammualaikum

sebenarnya bukan pertama kali ai dengar. tapi dah banyak kali. ai pon tak tau kenapa orang mempertikaikan semua ini sedangkan ini semua ketentuan Tuhan.

"minggu lepas aku dengar anak kau sakit, minggu ni pon sakit lagi?"

"tak nampak kat ofis, dia cuti anak sakit ke?"

"kenapa anak kau selalu sakit? tak bagi vitamin ke?"

kalau uolls yang kene tanya macam tu, sakit hati tak? ai memang sakit hati. sakit setakat di hati. ai bukanlah jenis manusia yang mulut sangat lancang. kalau tak betul2, ai lebih suka berdiam diri, sabarkan hati sendiri, dan yakin Allah tahu segala apa yang berlaku.

ai baru anak sorang, dah macam2 dugaan ai terima. kalau Allah bagi rezeki mengandung lagi, dan ai masih dapat dugaan yang sama, ai pon tak tau ai mampu ke tak. ai selalu cakap dengan Mohammad Bazli, sebenarnya ai trauma nak mengandung lagi. bila miss P datang lewat, ai dah mula gelabah sebenarnya. ya, ai tahu, anak itu rezeki dari Allah. tapi disebalik rezeki yang Allah turunkan pasti ada dugaan yang menanti. betul tak??

sekarang ni, selain ai sibuk berulang ke HKL, ai juga sibuk berulang ke KK Nilai dan kadang2 ke HTJ. ini disebabkan ubun2 NAN masih tak tertutup rapat lagi. ai pon tak tau kenapa. mula2 doc tanya time ai bersalinkan NAN dulu ai ada guna forcep ke apa ke. ai memang tak ada guna apa2. tengok balik buku pink, memang doc tak tulis apa2. kalau guna mesti doc tuliskan kat dalam buku pink atau pon doc cakap. ini tak ada.

cuma masa umur NAN sebulan, NAN ada kene tahan NICU sebab dia kene sakit mata. dan dari situ jugaklah doc confirmkan NAN ada kerosakan urat kelopak mata yang menyebabkan dia tak boleh bukak mata. dan dari situ jugaklah doc bagitau air luar kawasan otak berlebihan. sebab tulah ubun2 NAN lambat keras dan berlekuk dalam time tu lah.

dan sekarang ubun2 NAN tak tutup rapat. mungkin sesetengah orang fikir ai suka sebab boleh cuti, tak masuk ofis. tapi hakikatnya orang tak tau. betapa sayunya hati ai bila tengok anak sendiri dibuat uji kaji dengan doc. orang tak tau betapa runsingnya ai memikirkan kerja dan anak. kadang2 ai terfikir nak berhenti kerja jaga anak sendiri depan mata.

ai ingat lagi, betapa susahnya ai nak cari taska yang boleh terima keadaan NAN. banyak taska bagi alasan, "pihak kami tak nak amik risiko." kalau uolls kat tempat ai, apa yang akan uolls buat?

cuti hanta 20 hari. kalau ikutkan sebulan hanya boleh amik 2 hari je. ai tak pernah lagi bawak cuti ke tahun depannya. sebab cuti ai mesti habis sebelum bulan 12. bila orang tanya soalan2 macam tu, ai sejujurnya tak boleh jawab. bila selisih jalan, duduk borak2 time makan, ada orang tanya NAN sihat ke? ai akan jawab NAN sihat saja. ai bukanlah jenis ibu yang mencanang cerita penderitaan anak sendiri. kalau orang tahu, maybe dari FB, Instagram ai. 

untuk mereka, mereka dan mereka ai doakan anak2 korang sihat senantiasa. tak perlulah merasa sakit yang teruk2 macam anak ai. dan tak perlulah nak mengata, nak mempertikaikan apa yang telah terjadi. kalau dengar anak orang lain sakit, bersyukurlah sebab anak kita sihat. dan berdoalah agar anak kita sentiasa sihat.

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?