love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

20 Mei 2013

alhamdulillah...

alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.. ini adalah ucapan pertama setelah selesai semuanya. hari sabtu lepas (18 mei 2013) ai adakan majlis kesyukuran dan sambutan ulangtahun pertama NAN. majlis ni ai rangkumkan sekali. bila ai edarkan kad jemputan, ramai yang tanya, umur anak dah nak masuk 2 tahun, baru buat besday yang setahun. sebenarnya, itulah perancangan ai dari awal. cuma ai terkecewa sikit sebab tak ada gambar walau sekeping pon yang sempat ai snap untuk buat kenangan. gambar kek besday NAN pon ai tak teringat langsung nak snap. alahaiii tapi tak per.. kenangan ini tetap indah bersemadi di kotak fikiran ai.. gitukan.. nak sedapkan hati..

majlis kesyukuran ini adakan sempena selamat dan sembuhnya Nur Afnan Nisrina dari pembedahan mata 29 march yang lepas. ai niat, kalau mata NAN dah sembuh je ai memang nak buat kenduri kesyukuran. alhamdulillah.. keduanya sempena berpindah ke rumah sendiri dan ketiga bacaan yassin dan tahlil untuk ahli keluarga kedua belah pihak yang telah tiada dan keempat untuk emak ai yang semakin hari semakin pulih dari sakitnya. dan pastinya majlis ulang tahun pertama anak dara ai tu. sebab tulah ai tak buat secara berasingan.. sekali gus kan senang.

untuk jamuan makan, ai hanya amik katering. senang. malas ai nak masak2 segala. lagipon kat rumah ai tu tak cukup perkakas. nanti2lah, in shaa allah kalau ada  rezeki lagi, kita buat kenduri lagi tapi panggil orang kampung masak. wahh orang kampung gitu..

persiapan semuanya ai dan Mohammad Bazli buat sendiri. malam hari jumaat tu, lepas NAN tido, ai dan Mohammad Bazli mula mengemas rumah. adalah 2 3 orang jiran datang tolong. dalam pukul 10 lebih macam tu, orang pasang khemah pulak datang. ai tak tengok sampai habis sebab ai dah mengantuk gila tahap gaban time ni. dalam tempoh seminggu sebelum majlis, gigih ai dan Mohammad Bazli menyediakan goodies. dengan NAN yang dok menyibuk nak tolong sama, dengan nak uruskan rumah, memang memenatkan tapi ini adalah satu pengalaman baru untuk ai sekeluarga.

majlis dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan kehadiran kariah masjid dan jiran2 terdekat untuk bacaan yassin dan tahlil. dalam pukul 12.30 habis, katering pon sampai. tapi kariah masjid pegi ke rumah hujung dulu sebab ada kematian. walaupun kat kad tu ai tulis pukul 12 majlis mula, tapi nak dekat pukul 1 baru ramai tetamu datang. ai seperti biasa memang kelam kabut memanjang. yelahkan.. mana tau orang tak nak datang...

NAN jangan ditanya. time baca yassin dia bukan main lena lagi tido. ai memang nak suruh dia tido dulu. kalau tak, memang akan mengamuk sakan. tapi kejap jelah tido ye. bila kawan2 dia dah ramai, bukan main seronok lagi dia. :)

ai tak perasan jam berapa mak abah ai datang. tau2 je dah sampai. hahaha konon macam sibuk sangatkan.family ai tunggu sampai pukul 3 lebih macam tulah. kakak ai mintak diri dulu sebab anak dia dah mengamuk sakan nak tido. mak ai pulak kan baru nak sihat badan, jadinya tak bolehlah nak tunggu lama2. ai redha je lah bila dorang dah nak balik.

lepas zuhur, ai dah mula potong kek. tapi tak lah buat secara besar besaran. tak dalah siap dengan dekorasinya. jus potong kek 2 biji. sebab kakak ai sponsor 1 lagi kek. time ni ai yang macam besday girl. sebab NAN entah kemana time ni. hilang merayau dengan sepupu sepapat die. masuk2 rumah ada pegang duit n hadiah. bila dah panas terik, semua kanak2 yang nak main ai suruh main dalam rumah. sebab ye nanti NAN sibuk menjerit2 nak keluar sama. padahal dia tu selsema n batuk.

alhamdulillah sepanjang majlis berjalan tak ada apa masalah yang besar2 berlaku. kalau ada pon setakat kecik2 je. yang boleh kami handle sendiri. hujan pon tak turun. cuma bagi signal guruh sikit2 je.. kemain risau lagi. makanan sume ngam2 hoi je. yang penting ramai kata sedap menu yang ai tempah tu.

terima kasih pada yang hadir dan bawa hadiah untuk NAN. lepas habis kemas2 tu, ai bukakkan hadiah2 yang NAN. kemain meriah lagi mulut dia menjerit2 bila ada dapat buku dan teddy bear. terima kasih pada jiran2 yang hadir datang membantu kami mengurus majlis ini. in shaa allah kalau ada rezeki dan panjang umur akan ada lagi..


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?