love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

12 Mei 2013

selamat hari ibu -hati wanita itu sungguh kuat-

12 mei 2013

Selamat hari ibu kepada PUAN HAMIDAH AHMAD... terima kasih kerana sanggup menggadai nyawa semata2 ingin melahirkan saya.. terima kasih kerana bersengkang mata menjaga saya ketika sakit.. terima kasih kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.. terima kasih diatas segala pemberian..  walau saya senaraikan semuanya, itu belum cukup untuk membalas segala jasa baik mak. Semoga mak sentiasa dilimpahi rahmat dariNYA.. senantiasa sihat untuk terus mendoakan saya agar semakin tabah menghadapi dugaan dan cabaran di dunia ini.. terima kasih untuk segalanya...

?......................................................................................................................................................

Disaat si anak dan si ibu sedang sama-sama berperang kesakitan di hospital, dia masih mampu tersenyum indah. Di saat si anak dan si ibu sedang bersama-sama koma di dewanbedah, dia masih mampu ketawa indah. Di saat si ibu sedang koma di icu, tiada setitis pon airmata yang mengalir. Di saat si anak dan si ibu sama sakit, dia masih mampu menjaga kedua2nya. Di saat dia dalam dilema diantara anak dan ibu, wajahnya sangat tenang. Di saat hatinya runsing dengan tahap kesihatan anak dan ibu, dia masih mampu menyembunyikan apa yang sedang berlaku..

Disaat pasangan tidak pernah sekali menjenguk wajah si ibu yang sakit tenat, dia masih mampu menipu si ibu bahawa pasangan sedang sibuk.. disaat pasangan tidak pernah sekali bertanya keadaan si ibu, dia masih mampu berlagak biasa.. disaat pasangan membuat wajah tidak selesa, dia dengan segara berpulang ke tempat asal..

Tiada seorang pon dapat melihat airmatanya yang sedang mengalir.. tiada seorang pon yang mendengar ketika hatinya sedang berbicara.. tiada seorang pon yang dapat mengagak dirinya bdalam kesedihan.. tiada seorang pon bertanya apa yang sedang dialami..

Terima kasih tuhan kerana memberinya sekeping hati yang begitu kukuh. Mengurniakan dia jiwa yang begitu padu.. seandainya dia adalah wanita lain, pastinya airmata senantiasa mengalir sebagai sumber kekuatannya.. sesungguhnya hati wanita itu sungguh kuat...

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?