love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

23 Julai 2012

RAMADHAN dulu dan sekarang

first time puasa DULU abah yang paksa. masa tu baru 6 tahun. masih teringat macam mana garangnya abah paksa ai puasa. tapi budak2 la nih, ai tengok tak pe je tak puasa. hahahaha ai ada tanya dengan abah, "abah tengok tu.. dah 8 tahun still puasa setengah hari. tak da pon abah dorang marah2" abah jawab senang je "itu abah dorang, ni abah yanie." ok faham!!! tapi SEKARANG ai faham kenapa abah agak tegas dengan anak2 untuk melatih sedari awal.

DULU bila sampai je bulan puasa, sibuk mengorder itu ini dengan mak. tau2 je penuh dah meja dengan juadah mak. mak memang seorang yang handal masak tapi lemah dalam membuat kuih. tapi SEKARANG diri sendiri yang kene masak untuk si anak dan si bapa

DULU mak yang ketuk pintu slow2 suruh bangun sahur. mak yang sibuk2 kat dapur panaskan lauk sensorang pepagi buta. tapi SEKARANG kene kejut diri sendiri lebih awal untuk buat perkara yang sama macam mak buat.

yang ni pon selalu kene paksa dengan abah. DULU dengan paksa rela pergi tarawih dengan abah, mak dan kakak2. tapi bila dah anak dara, sesuka hati nak terawih ke tak. bila SEKARANG perlu bergilir2 dengan MOHAMMAD BAZLI untuk pergi terawih. 

DULU time anak dara sibuklah asik berbuka dengan kawan2 diluar. bila mak call tanya masak apa, asik cakap tak sempat masak buka luar je. tapi SEKARANG rasa kalau setiap hari berbuka diluar hanyalah satu pembaziran. baik simpan duit untuk raya :)

DULU dipertengahan ramadhan mak dah sibuk nak buat kuih raya. kuih mak yang paling sedap dan mestu ado adalah nestum. ailah yang paling sibuk menolong mak. tolong bab bakar je.. hahahaha tapi SEKARANG perlu sibuk 2kali ganda. sibuk tolong mak buat kuih dan sibuk buat kuih untuk diri sendiri.

DULU disamping sibuk masak untuk berbuka, sibuk berterawih dengan anak2, sibuk buat kuih raya mak juga sibuk sediakan baju raya anak2. tapi SEKARANG sibuk dengan baju raya anak, suami dan diri sendiri. bila ditanya dengan MOHAMMAD BAZLI bila kita nak prepare baju raya kata ye baru 3 hari puasa dah sibuk2. tapi dia tak faham. orang perempuan ni sentiasa sibuk dan perlu membahagikan masa. :)

DULU kalau mak dapat tempahan untuk buat kuih yang senang2 macam donut, ai jugaklah yang sibuk tolong menguli. kakak2 ai tak berapa suka lekat tepi mak tolong. mereka lebih suka menghantar. tapi SEKARANG ai pula yang sibuk buat kuih dihujung minggu untuk diagih2kan kepada jiran tetangga.

DULU bukan main suka dengan bazar ramadhan. tapi SEKARANG jarang sangat pegi ke sana. sebab banyak benda nak buat dalam masa yang pendek kalau ke bazar. 

DULU bangun sahur basuh muka gosok gigi terus je duduk depan mata semua dah sedia. SEKARANG tak de yelah.. kene bangun awal untuk hidangkan segala lauk pauk

DULU lepas subuh boleh tido semula. tapi SEKARANG lepas subuh perlu masak bekalan untuk sikecil ke sekolah dan menguruskan kain baju yang tak pernah habis. (kalau kat opis bukan main mengantuk tahap gaban)

DULU puasa sebagai seorang isteri SEKARANG sebagai seorang ibu :)

......................................................................................................................................................................
ni yang best nih TAHUN LEPAS (DULU) puasa time mengandung. kalau puasa baby tak gerak kalau tak puasa bergerak kemain rancak. tapi ai tak nak ikotkan perasaan. bila berbuka dan bersahur ai makan sekuat hati. mengasuh anak biar dari dalam perut. SEKARANG Nur Afnan Nisrina dah keluar dari perut dan ai berjaya berpuasa selama 3 minggu. hanya seminggu ai tak puasa disebabkan kene minum air gula. nasihat doktor tak perlulah nak puasa kesian kat baby lapar. tapi bila ai baca buku amalan ibu mengandung, kalau kita tak mengambil peluang ini untuk berpuasa penuh ketika mengandung, kita tersangatlah rugi. tak puasa memang sedap, tapi bila nak menggantinya tu punyalah sakit.. betul tak?? :) lagipon bila difikirkan semual ai mengandung time puasa diusia kandungan 8 bulan. alahan dah tak berapa nak ada. lainlah kalau ai mengandung time mula2 mengandung. memanglah azab. tapi kenelah jugak membebel. disebabkan ai puasa, anak ai dalam perut tak sampai sekilo dalam usia 8 bulan. jadinya ai perlu makan makan dan makan dihujung usia kandungan. dan sekarang lihatlah Nur Afnan Nisrina... :)


 

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?