love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

20 Januari 2014

NUR AFNAN NISRINA ~ mencabar mindanya sendiri

Assalammualaikum

hari tu ai ada terbaca satu blog mama yang dia update pasal aktiviti anak dia. ai tak ingat nama blog dia. tak silap ai anak dia umur dalam sebaya NAN. kalau tak pun maybe NAN tua sikit.

permainan yang dia bagi kat anaknya seperti asingkan warna, susun objek kecill dan besar, main puzzle dan macam2 lagi. dan ai pon tertarik nak perkara yang sama pada NAN.

first ai belikan soft sponge yang ada 4 jenis bentuk dan 4 jenis calour. 
second ai belikan paper clip ada 4 jenis bentuk. ada bentuk bee, fish, snail and bird
tihrd ai belikan manik kecil beraneka calour
keempat ai belikan objek plastik yang ada 6 jenis bentuk
ada lego dan tanah liat.

hari pertama ai ajar NAN kenalkan warna dulu. sebelum nikan dia asik nak mewarna je. kali ni nak kenal pulak. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. sebab NAN agak lambat sikit nak kenal warna yang ada. dan dia ai nampak cepat hilang fokus, cepat bosan bila diajar banyak kali. sekali dua NAN akan ikut apa yang ai ajar, masuk kali ketiga, fokus dia dah mula nak ke laut. lama2 ai yang tension. hahahaha

hari ke3 NAN dah boleh sikit2. ai suruh NAN masukkan bentuk2 yang sama yang dah ai letakkan dalam bekas cawan. cawan pertama sampai cawan ketiga betul dia masukkan, masuk cawan yang keempat sampai keenam dia dah mula confius. 

hari kelima, alhamdulillah NAN dah boleh buat asingkan colour2. dengan syarat suasana mesti senyap dan tak ada benda lain yang boleh membuatkan dia hilang fokus. ai tau ni pon bila ai ajak NAN main dalam bilik dia. dalam masa 1 jam je, NAN dah boleh buat. baru sekarang ai tahu, kenapa mak abah ai paling tak suka kalau buat homework depan tv. sebab inilah.. tak FOKUS. tapi bila dah tak buat sehari, esoknya ai test lagi NAN, dia akan jadi lambat semula. ishhhh kene refresh banyak kali. kadang2 ai pulak yang naik angin. hahaha

seterusnya ai ajar NAN asingkan manik2 kecil ikut saiz. aktiviti ini NAN agak cepat sikit. ai cuma ajar NAN sekali, yang lainnya dia boleh buat. alhamdulillah

aktiviti dengan paper clip pulak. first ai ajar dia asingkan ikut binatang yang sama. sebab NAN boleh ingat aktiviti asing2kan colour tu, yang ini pon dia boleh buat juga. tapi makan masa sikit. lepas habis main asing2kan binatang, ai suruh dia clipkan 2 kertas guna paper clip yang sama. hohohoho yang ini ai nampak sangat dia buat dengan gembira. sebab tak ada undang2 mainan. NAN boleh amik mana yang dia suka.

aktiviti lego dan tanah liat. ini adalah aktiviti yang paling dia suka. NAN boleh buat apa yang dia suka. lagi2 main tanah liat. kalau lego tu pon dia kene pening2 cantum2, tapi tanah liat dia boleh ubat apa saja.

alhamdulillah.. bila ai ulang semua aktiviti ni, NAN dah boleh buat. dengan syarat tempat yang sunyi. 

NAN sedang mencabar minda dia sendiri. gud luck sayang. yang penting.. puting memang tak pernah tinggal.
 

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?