love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

8 Disember 2013

aktiviti hujung minggu

salam

NAn demam lagi. demamnya on off. tapi aktivenya tetap sama. sampaikan 2 majlis hari sabtu ahad lepas tak dapat datang. badan NAN macam naik bintik2 merah. nak kene campak kot. ai tunggu lagi sehari dua, kalau tak ada juga, ai bawa pegi klinik amik darah.

memandangkan hujung minggu duduk dirumah saja, melayan kerenah NAN yang demam kali ni agak kuat merengeknya. nak berkepit je. nak masak pon tunggu tido lena, baru dapat masak. kalau tak asiklah menangis. NAN dah start tido, gayanya macam tido malam. lama bukan main. sementara dia tido lama ni, ai pon tunaikan janji ai yang tak tertunai2 sejak bulan 4 lepas.

ai mulakan pada hari sabtu petang. dah pukul 5 lebih macam tu. baru ada feel yang mengecat. tong cat dah lama ai keluarkan dari tempat simpanan. tapi malasnya bukan main.  heyyyy tangan yang menghayun buaian mampulah nak mengecat bilik. eh? eh?

dengan keadaan NAN yang merengek, mengacau, menangis ai gagahlah jugak nak menampal masking tape untuk buat garisan. ai memang dari sekolah rendah dulu tak boleh nak buat garisan lurus walaupun guna pembaris. penyudahnya ada yang senget ada yang lurus. redha jelah ye nak. janji cantik. hahahaha

 roll cat tu warna jingga sebab sebelum ni cat bilik tido ai dan juga ruang tamu. tu pon keje tak siap.  huhuhu garisan tu sebenarnya tak sampai ke siling. sebab ai tak sampai. lekat mana yang mampu je lah. jadinya garisan tu tergantung2. buat sorang2kan..


 yang ini keesokkan harinya. hari ahad. pukul 6 lebih ai bangun nak buka 1 2 masking tape tu. tak sabar. masa ai masuk bilik NAN ni, dia pon ikut dan dia berwow wow time ai tarik2 masking tape tu. 

hari ahad tu ai mula jam 11.30 pagi. ai bagi NAN sarapan dulu, sidai baju, sapu rumah, main2 kejap dengan NAN, lepas bagi makan ubat, terus tido sampai pukul 4 petang. hebatkan penangan ubat demam batuk selsema tu. ai pon takut nak bagi selalu. bertungkus lumus ai mengecat. sedikit comot bila nak cat bahagian atas dinding. sebab ai ikat berus dengan batang kayu. mulanya ai nak buat garisan ni pada 2 dinding. yang dalam gambar 1, bertentangan dengan dinding ni pon 1. tapi bila tengok hasil garisannya yang sedikit mengecewakan, baiklah kiranya ai cat flat je kat 3 dinding lain. 


jadinya...

inilah hasilnya...

tadaaaaaaaaa















puas hati ai. dah tertunai janji ai. lepas ni deko2 bilik ni dengan sumber pembelajaran untuk NAN. bolehlah lepas ni ai ajar NAN tido sendiri.


tahniahlah ibu NUR AFNAN NISRINA

:)

2 ulasan:

erin berkata...

cantiklah mama! suka!

cikPUAN einaYrah berkata...

ni dalam gambar je erin, hakikatnya.. hahaha
eh bilik anak bujang erin pon cantik jugak tau. dapat inspirasi ni dalam bilik anak bujang erin tu lah

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?