love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

19 Disember 2013

susu soya susu lembu susu kambing susu ibu eh!?

selsema + sakit kepala + hitung masa nak balik cepat + pening fikirkan susu mana yang sesuai untuk NAN = campur aduk

lepas je NAN putus susu badan, ai mula bagi dia susu S26. mula2 minum ok. selang 1 jam badan NAN naik bintik2 merah. ai bawa pergi klinik dan doc sahkan NAN alergik pada susu lembu. time ni doc tak dapat detect yang NAN ada eczema. sebab dalam keturunan keluarga ai dan Mohammad Bazli tak pernah ada penyakit ni.

ai sedekahkan susu S26 ni pada kawan2 NAN kat taska. sejak dari kejadian tu, atas nasihat doc ai bagi NAN susu soya. first ai belikan Isomil. dah 6 bulan minum Isomil, NAN mula batuk berkahak. lama. nak dekat 3 minggu lebih. ai bawa pergi klinik lagi sekali. biasa. doc bagi ubat batuk dan kene nab sebab paru2 NAN dah berbunyi. time ni ai still lagi bagi Isomil. dah habis sebotol ubat batuk, tapi batuk NAN still tak baik2. ai bawa pergi jumpa pakar kanak2 dekat columbia. keluarkan sikit duit untuk kesihatan anak. bagitau abah ai.

kat Columbia, ai cerita serba sikit, doc buat x-ray paru2 NAN. dan doc Columbia marah kenapa baby2 dah bagi ubat batuk. tak boleh sebenarnya. time ni paru2 NAN ada sedikit kuman. doc suruh masuk ward, tapi ai tak nak. so doc bagi antibiotik saja. lepas tu doc amik darah nak tengok ada alergik apa lagi. lepas amik darah tu, doc amik 2 3 titik darah NAN dan campurkan dengan lemak lembu asli. doc cakap ini adalah prosedur manual nak tengok baby ada eczema atau tak. kalau guna mesin ni kesahihannya sedikit diragui.

depan ai doc buat eksperimen tu. lepas beberapa saat darah NAN bercampur dengan lemak lembu tu warna NAN bertukar ke kuning kuningan. cair sikit dari warna kuning diraja tu. huhuhu and time ni doc kata memang NAN ada eczema stage 1. kalau tak di pantau boleh jadi bertambah2 serius. doc juga terangkan kalau baby tak tahan dengan Isomil tu memang akan kena batuk berkahak sebab Isomil memang diproses dari kacang soya asli. tak dicampur dengan biji matahari.

lepas tu doc nasihatkan ai tukar pada mamex gold soya. alhamdulillah sampai ke setahun 8 bulan NAN minum susu soya ni. mula2 agak susah nak tukar sebab rasa dia sedikit tawar berbanding dengan Isomil tu. sejak bertukar susu time tu, NAN tak boleh kene habuk, rumah tak boleh pakai carpet. rumah ai time ni pakai tikar buluh tu je.

lepas NAN dapat tarikh operation kali pertama dulu, doc dah suggestkan tukar susu lembu pulak. sebab berat NAN tak naik2. kalau naik pon sikit je. time checkup bulanan tu nurse dah bising, tapi ai nak buat macam mana. dah tak boleh minum.

mula2 ai bagi NAN Lactogen. sama. masih batuk berkahak. time ni NAN batuk hampir 2 bulan. dah batuk tak baik2, ai tukarkan pula dengan Dutch Lady. yang ini asiklah cirit birit. sampai kene nappy rash teruk. pastu ai tukar semula ke susu soya. alhamdulillah sihat je si NAN tu.

sampailah time ai cuti lama 3 bulan dari bulan 7 lepas. mak ai cakap, kalau nak cuba tukar susu, baik dari sekarang. tengah cuti. kalau kene cirit birit pon ai yang handle. baik. first ai bagi Anmum. yang ni sebab ai terpengaruh dengan iklan susu Anmum anak2 Wardina. mau ye tak terpengaruh.. anak2 bijak pandaikan. sehari dua je NAN boleh. lama2 jadi cirit birit. time ni ai sapukan je krim drapolin tu. oklah sikt merah2 tu. Anmum tu ai bagi kat anak2 kakak ai.

lepas tu ai try pulak Enfagrow. ada orang cakap, susu mahal ni ok. bagi ai sama je. susu ni lagi teruk. habis sebotol NAN minum, terus termuntah2 dan naik bintik2 merah sampaikan mata dia bengkak2. huhuhu terus ai stopkan.

lepas tu ai bagi susu Novalac. yang ini memang ok. yang tak ok cuma ibu ayah NAN pulak. hahahaha 

ai jumpa doc pakar kanak2 lagi sekali. doc sugestkan minum susu lembu yang berperisa coklat. tapi risikonya NAN akan hyperaktif. ini ai mengaku. lepas ai kenalkan dia Sustagen coklat, selang sebulan dia minum memang agak aktif. tapi senang tido malam. kalau lepaskan kat taman, memang berlari saja dia. tapi tak lama. NAN kene sembelit pulak. ai tukarkan lagi susu Dugro Coklat Strawberi. sama jugak. mula2 ok, lama2 dia sembelit.

And now, ai dah tak tau nak bagi NAN susu apa lagi. dah beberapa jenis ai bagi semuanya gagal. ai pernah cakap dengan Mohammad Bazli, NAN memang nak soya jugak agak ye. semalam gaji. malam tadi ai pegi beli barang keperluan NAN. dok survey2 susu, ai amik susu Nespary, Everyday dan Bebelac. malam tadi ai buatkan susu NAN yang Bebelac tu, NAN buat2 nak muntah. ai rasa memang tak sedap sangat. tak per lah nak.. nanti lama2 sedaplah tu.

setakat ni Nespray tu NAN ok. tengok dalam sebulan dua ni. kalau tak ok juga, memang ai bagi susu soya semulalah. mahal pon mahal lah.. huhuhu

sekarang ni ai nampak eczema NAN macam makin teruk. kat taska NAN memang tak ada aircond. sebab ada budak2 yang alah dengan aircond. tu ai tak kisah sangat pon. sebab rumah ai pon tak da aircond. tapi bila dia main2, berpeluh macam orang baru balik kebun. kemain banyak peluh NAN. pastu naik bintik2 merah kat badan. sama jugak kalau main kat rumah. pastu kulit dia senang sangat nak naik merah2. senang sangat nak gatal pastu digaru jadi merah berdarah pastu terus tinggal kesan. huhuhu

kadang2 ai tak paham dengan anak ai sendiri. :'(

4 ulasan:

tyneedy berkata...

pengalaman anak yang ada eczema: anak kyanee lagi teruk alah habuk lagi. cuba sapukan NAN dengan liquid VCO (minyak kelapa dara). anak2, kyanee pakaikan VCO aje termasuk si kecik tu. kalau dia nak minum lagi bagus. cubalah mana tahu serasi yang penting kita usaha.

cikPUAN einaYrah berkata...

dulu ada bg sebotol. beli dari farmasi. saya bg minum je.tp doc x bg sngt sbb rina ada on antibiotik. doc tkt minyak tu berlawan dgn ubat. tp in shaa allah lepas dia off ubat, ingt nak bg semula.. tq kak yanee

tyneedy berkata...

tak boleh minum lagi tak pe, sapu dekat badan dia.

benda baik kita share sama2 ^__^.
moga NAN sihat dan baik2 aja.

cikPUAN einaYrah berkata...

TQ KAK YANIEE
SAYA DAH BELI N SAPUKAN PADA TEMPAT ECZEMA NAN. ALHAMDULILLAH DAH SEMAKIN BAIK. TQ ATAS INFO YE :)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?