love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

18 Disember 2013

separuh separuh

salam

Lepas NAN demam on off dah 2 minggu ni, ai pulak yang tak sihatnya. minggu lepas ai MC 2 hari. khamis dan jumaat. sebenarnya ai dah lama tak demam tau. sekarang ni pulak ai kene selsema. tapi sangat leceh bila sakit ada anak kecik ni. penyudahnya, ai buat2lah sihat demi keluaga tercinta.

masa NAN demam hari tu, ai bawak dia pegi amik darah. manalah taukan, kot2 nak kene campak ke. sebab kat badan dia dah keluar bintik2 merah.dari keputusan darah tu, doktor sahkan dalam darah NAN ada infection kuman sikit. sikit jelah pon. tapi daripada sikit ni, kalau tak dicegah akan melarat. time tu ai dah dapat agak dari mana NAN dapat infection tu. dapatnya dari kesan jahitan operation dia bulan 7 lepas yang tak pernah baik2. bukan tu saja, mata sebelah kanan tu pon dah membengkak dan kemerah-merahan. huhuhuhu

dan semalam, adalah hari checkup NAN. doc pon tak tau nak cakap apa. ai pulak tak tau nak buat apa lagi. ai bagitau jelah semua yang doc tanya. sedikit kecewa dalam hati. akhirnya doc suggestkan buat operation lagi sekali untuk buang semua bendasing dalam mata dia tu. sebab doc tak nak berlaku infection lagi ditambah pula NAN dah banyak makan antibiotik.

apa yang ai rasa?? sudah tentunya ai menangis dan sedih. tapi bukanlah di depan NAN dan Mohammad Bazli. hati sedikit putus asa. ai terus bertanya. habis tu doc, sia2lah buat selama ni? sia2lah NAN sakit selama ni? sia2lah ai bercuti panjang untuk jaga dia? emosi ai sedikit terganggu.

and doc said, bukanlah sia2 sebenarnya. NAN terlalu sensitif dengan bendasing yang diletakkan dimata dia. u tengoklah sendiri. bernanah dan berdarah senantiasa. macam yang puan cakap tadi. saya tak mau NAN membesar bergantung pada antibiotik. u kene redha dengan ketentuan Allah. u jangan putus asa.

siapa kata ai tak redha. ai redha dan terima semua yang terjadi pada NAN. cuma ai tak mampu nak hadap kesakitan yang dia tanggung. ai tak mampu nak dengar dia merengek cakap sakit. tambah lagi dia dah makin bijak bercakap sekarang ni. ai tak mampu nak kejutkan dia dari tido yang lama kesan dari ubat bius. ai tak kuat nak hadap semua sakit yang dia tanggung.

hati ibu mana yang tak sedih. anak kita demam biasa pon kita dah risau apatah lagi dengan berhadapan dengan semua ini buat kali ke 4. ya, ai tau dan ai faham, ada yang lagi teruk dari sakit NAN, tapi itu bagi ibu ibu yang tak pernah tengok anak masuk dalam dewan bedah. anak kene cucuk jarum amik darah time sakit kuning tu pon kita dah kesian, apatah lagi dengan sakit yang begini.

kalau ai cakap banyak, ramai pula yang bercakap ai tak redha dengan ketentuannya. ai cerita dengan mak ai dan mak suruh ai banyak berdoa dan diberi petunjuk. berdoa ketika hati sedang tenang.

doakan yang baik2 saja yang akan berlaku. ai harapkan ada keajaiban yang akan berlaku pada NAN. setiap malam sebelum tido ai berdoa agar bila ai dan NAN buka mata keesokkan harinya, mata NAN akan cantik sempurna. tapi setakat ini masih tiada apa yang berlaku. mungkin ada hikmah yang lebih baik akan diberikan. 

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?