love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

23 Mei 2012

Tiada Sokongan

Sebenar ye kan, ai sangat kagum dengan para ibu yang berjaya menyusukan anak mereka sehingga umur 2 tahun dan kadang2 ada yang lebih pun ada. lebih2 lagi ibu yang bekerjaya. yang sentiasa sibuk dan dibebani dengan tugasan pejabat yang tak pernah henti. tapi masih lagi mampu curi2 masa untuk memerah/mengepam/menyedur susu keluar dari breast. dan mana yang taska dekat dengan ofis, bekejaran pulak ke taska untuk hantar sendiri ke taska. pukul 1 pulak, time rehat terkedek2 ke taska untuk duduk bersama anak dan susukan direct dari breast. ai adalah yang tergolong dalam ibu2 yang bekerjaya seperti diatas. 

sebulan ai keje semula lepas cuti panjang, ai akan keluar ofis jam pukul 10 @ 10.30 pagi untuk hantar susu fresh untuk N.A.N. tapi sebulan je, lepas tu ai terpaksa menyimpan stock2 yang ai perah untuk tunggu jam 1 tgh. ini adalah kerana ada suara2 yang tak sedap didengar berkata2 belakang ai. ok fine!! ai baru anak sorang. manalahkan nak sama dengan mereka mereka dan mereka yang beranak ramai. ai selalu cakap dengan BFF ai, kalau lah...

"kalau lah ai kaya, ai akan beli peti ais khas untuk simpan susu. tapi ai tak mampu. peti ais ai pon 1 pintu je. kadang2 pon ai simpan je susu bercampur dengan makanan basah dalam peti ais tu. tapi orang tak paham"

"kalau lah ai kaya, ai akan beli breast pump yang berharga ribuan ringgit untuk mendapatkan hasil yang lumayan. tapi ai tak mampu. ai mampu beli yang biasa2 saja yang memerlukan kekerapan untuk ai pam. tapi orang tak paham."

"kalau lah ai kaya, ai akan beli cooler beg yang harganya ratusan ringgit untuk dibawa ke ofis. tapi ai hanya mampu beli warmer beg berjenama PUREEN yang hanya bertahan panas dalam masa 1 jam sahaja. tapi orang tak paham"

"kalau ai kaya, ai akan berhenti kerja untuk jaga anak ai sendiri. tapi ai tak mampu. ai bekerja untuk membantu suami yang sememangnya bergaji sederhana. tapi orang tak paham."

tapi ini semua KALAULAH. sememangnya ai tak mampu. tapi ai juga tak mampu untuk memaksa orang faham dengan dengan situasi ai. jujur!! ai sangat susah hati sejak naik kerja semula dan mempunyai anak. ai selalu cakap dengan suami

"orang yang bercakap tu macam tak pernah ada anak. yang tak ada anak pulak suka bercakap sesuka hati"

akhir2 ini pulak, ai datang kerja selalu berkeadaan stress. mana tidak ya, taska tempat ai hantar tu, tak nak pulak sambung kontrak. jadinya, pekerja2 taska itu akan bekerja tanpa BOS. bayangkanlah kalau pekerja bekerja tanpa orang memantau?? jadinya ai terpaksa cari2 taska lain atau rumah orang yang nak menjaga N.A.N. tapi harganya pasti lumayan jugak.

ditambah pulak dengan keadaan BIG BOS ai pulak buat peraturan baru. hantar kuncu2nya yang berkaitan untuk memantau keberadaan mak ayah di taska. berapa lama duduk ditaska time menghantar anak pagi2. alahai... tak terdiam bila ai merasai sendiri keadaan itu. dan tak semena2 suami terkena bebelan ai pagi tadi

"kenapalah dia perlu buat macam ni. mungkin staff tu lambat masuk ofis. tapi sebab hantar anak. masih dalam kawasan ofis. tak keluar pun dari gate. budak2 ni bukannya menentu moodnya. kadang2 ok tapi selalunya mengamuk bila sampai taska. budak2 ramai takut dengan pengasuh. tak kanlah kita sebagai parents nak tinggal anak yang meraung terguling2 kat lantai. mesti nak pujuk. kalau dah start pujuk tu mestilah makan masa. ishhh macam tak pernah beranak. tak pon, anak dia kuar dari perut isterinya terus besar panjang kot. tak payahlah sampai nak hantar guard segala sampai nak amik2 gambar kereta parents. fahamlah situasi mereka2 itu"

bagi ai, ini adalah atas keputusan sang ketua. kalau berterusan begini, bagi ai, pasti ada ramai yang memberontak. jadinya, carilah jalan penyelesaian yang sesuai. hati ketua senang, hati mak ayah pon senang,.

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?