love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

18 Mei 2012

tersentuh HATI

seharian ai akan berdepan dengan student. dalam ramai2 student ada sorang student lelaki ni buatkan hati ai sangat tersentuh dan ai jadi kagum dengan dia. dan ai dapat memulihkan semangat ai melalui dia juga.

dia ni student OKU. kakinya tidak berapa sempurna. first time ai jumpa dia time unit ai ada buat program. 

ai : awak, marilah turun lift dengan saya. depan tu je. 
time ni ai tak terniat langsung nak memperkecilkan diri dia ataupun memperendahkan dirinya. niat ai memang kesian lihat kesusahpayahan dia turun naik tangga dengan menggunakan tongkat.

si dia : dalam hidup saya tak perkataan susah.

ai tak tau nak jawab apa. ai senyap dan dia pon turun tangga jugak. dan ai pergi ke lift sambil tolak N.A.N yang enak tido dalam stroller.

sampai je kat tempat makan, ai tengok dia dah makan pun. ai baru je sampai. hati ai terkesan dengan kata-kata dia tadi, jadinya ai pergi ke dia untuk minta maaf.

ai : awak, saya minta maaf pasal tadi. 

si dia : eh tak pa. saya dah biasa.

dia pon berceritalah tentang kehidupan dia selama ini. sejujurnya, ai menangis. tiba-tiba N.A.N bangun dan senyum2. 

si dia : awak, saya pun mintak maaf. mata anak awak memang macam tu ke??

ai pulak yang emosi dengan soalan dia. tapi ai dengan segera mempositifkan apa yang berlaku sekarang.

ai : ye. mata dia bermasalah sikit. sekarang N.A.N dalam rawatan fisio. mula2 saya memang frust. anak sulung perempuan pulak tu, tetiba lahir saya diuji dengan ujian seberat ini. semua orang memperkata tentang dia. saya jadi stress dan kesian dengan anak sendiri. saya menangis dan hampir2 terkena penyakit meroyan. dalam tempoh 2 minggu saya rasa sangat menyesal. tapi saya bersyukur keadaan saya tak lama. saya cepat sedar dengan kurniaan Allah. saya menyesal dengan apa yang saya buat. dan alhamdulillah, saya kembali seperti biasa malah kasih sayang saya tak berbelah bagi dengan N.A.N. malah sekarang, ke mana jua saya pergi, saya akan bawa. saya akan dedahkan dia dengan masyarakat. saya tak malu, malah saya berbangga. saya bersyukur saya diberi peluang untuk menjadi seorang ibu daripada mereka yang masih berharap kehadiran cahaya mata. 

sambil ai bercerita, ai menangis. tapi N.A.N sibuk jerit2 gelak kuat2 bila diagah beberapa orang peserta. time ni ai tak malu pon.

si dia : apa yang awak rasa sekarang sama dengan apa yang mak saya rasa dulu. sama. putus asa, tak kuat semangat. tak sanggup nak berdepan dengan kata-kata masyarakat dan macam2 lagi. tapi lama-lama mak saya okey. walaupun mak saya kerap mendengar kata cacian orang, tapi mak saya semakin kuat. semangat kuat itu mak saya dapat dari ayah saya dan kaum keluarga. awak jangan lemah. kalau awak lemah, nanti anak awak juga lemah. awak kene kuat. sebab dia kuat melalui awak. kita sepatutnya perlu bersyukur kerana tak ramai yang dijadikan seperti saya dan Nur Afnan Nisrina. 

ya.. apa yang diakata dia sangat betul. tapi itu semua dulu. sekarang ai semakin kuat. walau apa pun yang bercakap tentang Nur Afnan Nisrina, ai dah tak kisah. memang betul apa yang dia kata. ai semakin kuat melalui keluarga. 

walaupun N.A.N ada kekurangan, tapi hakikatnya N.A.N banyak kelebihan. :)

untuk si dia, ai harap dan berdoa ada ruang untuk dia berjaya dan membentuk kerjayanya sendiri. tak perlulah kita mengutuk mengata dengan kekurangan orang lain. baik kita muhasabah diri sendiri. mungkin hari ini kita tidak ada dalam ahli keluarga kita, tapi esok lusa siapa tahu kan?? setiap kejadian Allah semuanya cantik. tiada yang hodoh. jadinya hargai mereka sama seperti manusia sempurna. 


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?