love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

8 Mei 2012

hari IBU

untuk pertama sekali ai akan sambut hari IBU buat diri sendiri dan setiap tahun untuk mak. sangat teruja okey bila kita sendiri yang menyambutnya. selama ini ai hanya meraikan sahaja. setiap tahun ada saja suprise yang ai dan kakak2 buat untuk menggembirakan hati mak. "selagi kita ada mak, buatlah hati mak kita gembira." kata ni ai ambil dari ustaz muda. (nama dia memang MUDA). bila dengarkan ceramah ustaz ni, ai mesti menangis. :') nanti ai uploadkan salah satu ceramah dari ustaz muda kat masjid area umah mak ai.

kebanyakkan majalah pon ceita tentang hari ibu. topik pagi kat radio pon tentang hari ibu. macam2 cerita dari mereka mereka diluar sana tentang ibu mereka. ada yang sedih ada yang gembira.

HAMIDAH AHMAD

1. TERIMA KASIH kerana telah menjaga YANIE dengan baiknya selama 9 bulan dalam rahim MAK.
2. TERIMA KASIH kerana telah mempertaruhkan nyawa MAK semasa nak keluarkan YANIE 27 tahun yang lalu.
3. TERIMA KASIH kerana telah menjaga sakit pening YANIE sehinggakan MAK tak tidur malam.
4. TERIMA KASIH kerana telah menjadi tempat luahan perasaan YANIE
5. TERIMA KASIH kerana telah meminjamkan bahu MAK untuk YANIE tumpang bersandar ketika YANIE bersedih
6. TERIMA KASIH kerana telah menyapu airmata YANIE tatkala YANIE kecewa
7. TERIMA KASIH kerana MAK selalu dan senantiasa memberi semangat sehingga YANIE berjaya
8. TERIMA KASIH kerana mendoakan kejayaan YANIE
9. TERIMA KASIH kerana telah menjadi MAK yang terbaik untuk YANIE
10. TERIMA KASIH kerana selalu membebel, marah2 kerana sekarang itu semua amat berguna untuk YANIE membentuk keluarga YANIE sendiri.
11. TERIMA KASIH untuk SEGALANYA..

kalau nak dilistkan memanglah banyak, tapi ai tak mampu. walau berpuluh2 ai listkan, tapi ianya takkan terbalas dengan apa yang telah mak berikan untuk ai selama ni.

hari IBU jatuh pada hari sama majlis besar NUR AFNAN NISRINA dan NUR DHIA IMANINA. jadinya ada beberapa suprise yang akan berlaku di akhir kejadian itu nanti. harapnya mak akan gembira. hanya itulah saja kami adik beradik mampu buat.

NUR AFNAN NISRINA

ibu tak tau nak cakap apa, nak luahkan apa sempena hari IBU ni. IBU amat bersyukur sangat2 kerana ALLAH swt telah meletakkan kamu dalam rahim IBU dan memberi peluang untuk IBU rasai setiap kemanisan dan kepahitan mengandung. Apa yang ada pada kamu adalah sesuatu yang berharga yang atak kan dapat berganti dalam hidup IBU. apa yang NENEK rasa 27 tahun yang lalu, sekarang IBU juga rasainya. tak tidur malam menjaga kamu demam, batuk, selesema. berpenat lelah kesana kemari menguruskan kamu seharian. berpeluh2 masak makanan kamu. tapi IBU tak pernah merungut malah IBU gembira kerana kamu membesar dengan SIHAT. semakin BIJAK kamu menerokai alam kamu sendiri.

sempena HARI IBU ini, IBU berjanji akan menjadi IBU yang terbaik untuk NUR AFNAN NISRINA dan anak yang terbaik untuk HAMIDAH AHMAD

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?