love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

25 November 2010

KU ADA KAMU ~ WAN NUURUL AINZA ~







WAN NUURUL AINZA..

petang-petang begini, disaat saya malas nak buat kerja tiba-tiba saya sangat RINDU sama kamu. Ya.. Rindu sangat-sangat.. mungkin sudah lama kita menyepikan diri diarena FB dan SMS..
Ya.. diwaktu ini saya perlu mengakui dunia kita sudah tidak sama.. Aliran perjalanan dunia kita sudah tidak seiring.. Tidak sama seperti 7 tahun yang lepas..

Saya terlupa sejak bila kita rapat dan mulai menjadi sahabat baik.. sahabat yang ketawa bersama dan berkongsi airmata bersama. Tapi hakikatnya saya memang senang bersahabat dengan kamu. Dengan perwatakan kamu yang manis dan bersahaja membuatkan saya begitu senang mendampingi kamu.

Seawal pengajian kita di UiTM dahulu, kita hanya berkawan biasa. Tidak terdetik dihati saya kamu akan menjadi kawan baik saya sehingga kini. Inikan yang dinama Ketentuan ALLAH.. Alhamdulillah..

Sehinggalah kita memilih untuk mengambil aliran TEKSTIl.. yang banyak sangat kerja.. Yang saya pasti, kita mula rapat semasa kita ditahun 2 pengajian. betul tak?? kita mula pergi kelas bersama, makan bersama dan kadang-kadang kita akan tidur katil bersama.. ahhhh sangat rindu saat itu..

Dan dari saat itulah, lama kelamaan kita menjadi sahabat yang sangat baik.. Kamu menjadi sahabat saya ketika saya dilanda kesusahan dan semasa dialam kegembiraan..

Saya mahu menyingkap kembali apabila disuatu saat dahulu apabila saya kehilangan arah. Semua orang yang berada disekeliling saya hilang entah kemana, tetapi kamu masih mahu berkawan dengan saya. Kamu masih mahu berjalan bersama saya. Saya berdiri ketika itu kerana saya ADA KAMU!! Saya tersenyum ketika itu kerana saya ADA KAMU!! ya.. semua kerana saya ada kamu.. tiada istilah lain yang mampu saya ucapkan hanyalah TERIMA KASIH..

Ketika itu kamu tidak kisah apa yang orang sekeliling bercakap tentang kamu kenapa kamu masih berkawan dengan saya. kenapa kamu masih mahu tidur sekatil dengan saya setelah apa yang terjadi. Kamu tahu.. ketika itu saya sudah punyai kisah benar. Tapi mampukah saya menunjukkan kesemua perkara yang benar kepada mereka yang memandang serong pada saya? Semestilah TIDAK.. walaupun saya ada kamu, tetapi, saya tidak mahu mengheret kamu sama-sama dalam masalah ini. Dan kerana itu, saya menyimpan kebenaran itu sehingga kini dan pada suatu hari yang lalu saya telah menceritakan perkara yang sebenar..

Kamu tahu.. ketika itu saya berasa sangat lega. Lega kerana saya telah melepaskan apa yang saya tanggung selama bertahun-tahun.. ahhh lupakan sahaja cerita itu.. cerita lama kan??

Saya sangat bersyukur kerana saya dikurniakan sahabat baik seperti kamu... :)

saya masih ingat, diwaktu kita berjalan kaki untuk ke kelas dipagi hari diserikan lagi dengan kabus yang tebal. Ketika itu kita sangat gembira kerana kita mengalami pengalaman itu buat julung-julung kalinya. kita berjalan kaki diwaktu petang membuat pusingan di UiTM dulu sambil makan goreng pisang. Lepas sahaja waktu kelas, kita terus pergi makan laksa di depan UiTM dahulu.. ahh sangat manis ketika itu..

Dalam asyik kita gembira, kamu dirundung masalah dengan pembalajaran bersama salah seorang pensyarah ketika itu. Kamu menangis kerana takut ketika itu.. :) sebagai seorang sahabat, saya berjaya membuat kamu tenang.. Kamu tahu, ketika itu saya sangat takut bila kamu menangis.. Sebab saya tidak mahu melihat kamu dalam keadaan sedih..

Saya masih ingat, kisah yang membuatkan saya menangis dalam TOILET!!
Ketika itu saya sangat terasa saya akan kehilangan kamu. kerana kamu sedikit demi sedikit seperti menjauhkan diri kamu dari saya. Dalam hati saya selalu berkata..
"dia sudah punyai kawan yang baru. mana mahu dia berkawan dengan saya ini..."
ketika itu saya selalu bersendirian..
pergi kelas bersendiri..
membuat kerja bersendiri..
makan bersendiri..
dan tidak ada lagi adegan selepas kelas kita bersama diwaktu itu.. :'(
apa yang perlu kamu tahu.. saya sangat kehilangan kamu ketika itu!!!

Alhamdulillah.. kamu tersedar lebih awal dengan apa yang telah terjadi diantara kita.. kamu kembali bangun dan kita seperti selalu semula.. dan saya kembali tersenyum.. sebab itulah saya mengatakan
"KU ADA KAMU"

WAN NUURUL AINZA..

kamu masih ingat bagaimana rasanya kita menaiki motor selepas membuat kerja distudio dulu diwaktu malam.. saya rasa itu pertama kali kamu menunggang motor.. ketika itu hari sudah larut malam dan kita sama-sama takut untuk pulang ke bilik masing-masing.. lagi-lagi bila kita akan melalui tasik yang mempunyai seribu cerita.. hahahaha sangat lucu ketika itu bila 'datin' memberi isyarat..
"cepat masuk gear 2"
"tekan break slow sikit"
"cepat masuk gear 3"
hahahahaha ketika ini saya tersenyum seorang diri..

macam-macam kisah diantara kita selama 3 tahun digelar pelajar UiTM
sehinggalah kita akan melangkah keluar bergelar mahasiswi UiTM..
kita ditahun akhir... tentu kamu masih ingat kamu buat pertama kalinya memandu kereta..
ketika itu barangan kita terlalu banyak untuk dibawa jalan kaki untuk kestudio.. dan kamu mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kereta untuk kesenangan kita.. dan diantara detik itu terjadi kisah lucu yang membuatkan kamu sangat kelam kabut.. :) masih ingat apakah peristiwa itu??
project design kamu tertinggal dalam bonet kereta!!! sangat haru biru ketika itu.. tapi mujurlah ketika itu kereta yang disewa itu penyewanya junior kita.. Huh!! kalau tidak... saya tidak dapat membayangkan apa yang terjadi selepas peristiwa itu..

WAN NUURUL AINZA..
 banyak kisah suka dan duka yang kita lalui bersama.. sehinggakan ada yang saya terlupa apakah ia?? tapi, kamu tak perlu risau, saya terlupa kisah kita, tidak bermakna saya melupakan kamu juga.. kalau saya lupakan kamu, mana bisa saya boleh merindui kamu dan menulis tentang kamu dan tentang kita di blog saya ini!! ini membuktikan kamu senantiasa dihati saya.. ceewahhh!! dah macam sepasang kekasih pula kan??

tapi sekarang kita sudah melalui dua jalan yang berbeza..
kamu memilih untuk menyambung pelajar diperingkat IJAZAH dan saya memilih untuk terus bekerja.. semasa saya tahu kamu akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, saya berdoa kamu akan berjaya dan tabah melalui semuanya di peringkat yang lebih tinggi. dan kamu akan menemui kawan-kawan yang baru.. :)

sekarang..
kita telah berjaya dengan kerjaya kita, tapi saya terlebih sedikit dari kamu.. saya sudah berumah tangga!! saya sudah punyai kehidupan yang baru.. saya sudah mempunyai suami dan tidak lama lagi saya akan menjadi seorang ibu!! saya doakan kamu ketemu jodoh dengan kadar yang segera.. untuk kita berkongsi cerita mengenai anak-anak kita.. dan kalau anak kita berlawanan jantina, boleh kita terus berbesan.. wahhhh sangat jauh imaginasi saya ...  tapi mana tahukan.. ianya menjadi satu kenyataan.. hahahahahaha

walaupun sekarang kita selalu menyepikan diri, mungkin sibuk dengan kerjaya masing-masing, tapi itu tidak membataskan fikiran saya untuk mengingati kamu dan meletakkan kamu dalam doa harian saya selepas saya solat. saya sentiasa berdoa agar saya tidak kehilangan kamu lagi dan kamu sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja.. owhhh hati saya diruntun kesedihan... dan persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila.. jika saya punyai anak satu waktu nanti, saya akan menceritakan betapa ikhlasnya persahabatan ini berlandaskan kejujuran..

WAN NUURUL AINZA..
saya tidak tahu ini kali yang keberapa saya katakan pada kamu.. tidak kira berapa kali, walaupun sejuta kali sekalipun, saya akan tetap akan mengucapkannya selalu.. TERIMA KASIH untuk perkara berikut..
  1. MENJADI SAHABAT BAIK SAYA SEHINGGA SEKARANG
  2. KAMU ADA KETIKA SAYA SUSAH DAN SENANG
  3. MENJADI TEMPAT LUAHAN PERASAAN SAYA
  4. MENUMPANGKAN BAHU KAMU KETIKA SAYA MENANGIS
  5. SUDI MENERIMA LAMARAN SAYA UNTUK SAYA JADIKAN KAMU KAWAN DAN SAHABAT DALAM HIDUP SAYA
  6. SANGGUP BERKONGSI KATIL UNTUK KITA TIDUR BERSAMA

"SAYA SAYANG KAMU DAN KU ADA KAMU"

1 ulasan:

CiK NuYu berkata...

Allahurobbi..yanie! Nuyu baru baca entry ni. Sedihnya.. Rindu. Rindu sangat2. Nuyu nangis baca ni :')

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?