love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

2 Disember 2010

BILA SEMUANYA SUDAH DISEKAT


Memandangkan BROADBAND atau saya senang memanggil ianya dengan BB telah disekat penggunaannya, sampai sahaja di pejabat, perkara kedua dilakukan selepas bersarapan ialah menyemak akaun FB.. selalunya boleh sebab saya melihat rakan-rakan sejawat saya 'online' dengan mudah. 
Entah macam mana, bila time saya je, tiba-tiba sudah di block.. :(

Bukanlah senantiasa saya online diwaktu pejabat. Tetapi saya akan meluangkan masa selama setengah jam sebelum memulakan kerja dan setengah jam sebelum menamatkan waktu kerja. selalunya saya akan bertapa di pejabat dengan kadar waktu yang melebihi 8 jam. Dan pada masa sekarang, saya semakin kerap pulang kerumah pada jam 9 @ 10 malam... jadi tidak salahkan saya memberi ruang untuk diri saya merehatkan minda untuk masa 1 jam sahaja..

Tidak dapat dinafikan, bila saya sudah online FB, saya selalunya tidak log off semula. Sememamgnya saya akan lupa. Dan jika diantara kawan-kawan saya diarena FB melihat saya akan online sepanjang masa, itu tidak bermakna saya senantiasa berada diatas talian. Kadang-kadang ada kawan sepejabat ingin bertanyakan sesuatu, mereka hanya menghantar pesanan melalui CHAT FB, lepas beberapa jam baru saya membalas. Kesibukan kerja diatas meja saya membuatkan saya tidak sentiasa berFB.

Selalunya saya akan online menggunakan BB dan NOTEBOOK saya sendiri. Jadi saya tidak menggunakan internet di pejabat. Cuma hari ni saja, baru nak mencuba nasib, dah kene BLOCK pula. :(

Nampaknya saya tidak berada diatas talian FB dan ini yang membuatkan saya perlu membayar BB saya dengan kadar yang segera. Tapi bila melihat jumlah akaun yang semakin berkurang, seperti perlu memikirkan banyak kali..

Sebab sudah terlalu banyak wang sudah dilaburkan pada anak pertama saya.. (kereta sayalah..) ermm dengan roadtax yang baru sahaja diperbaharui dan purse saya hilang dalam masa yang sama, huh!! terlalu banyak belanjawam hujung tahun ini.. :(

Perlu bayar atau tidak?? tak ada ke sesiapa boleh sponser.. hahahaha

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?