love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

23 Oktober 2013

minggu pertama bekerja

salam semua.

hari ini sudah 5 hari ai bekerja. perasaan sudah kembali seperti sediakala. cuma hari isnin sahaja, ai menangis sekejap dalam on the way nak pergi ofis lepas hantar rina. mungkin risau dengan berita2 tentang kematian kanak2 ditaska. salam takziah untuk keluarga yang terlibat.

NAN seperti biasa. tak menangis, tak senyum, tak ceria. sebab ai dah selalu cakap dengan dia hari sabtu dan ahad lepas. ai cakap, kali ni ibu betul2 work. NAN kene tinggal taska sampai petang. NAN semakin memahami apa yang orang sekeliling cakap atau pesan pada dia.

tengahari ai tak call atau pegi jenguk. biarlah.. ai buat keje seperti biasa. nasiblah keje memang tengah banyak. so ai tak terasa sangat masa berlalu. tau2 je dah pukul 1. jap2 je dah pukul 5. kalau taska tak call, maknanya NAN oklah. tanggapan ai. waktu balik, NAN menangis teresak2 time ai amik dia. bila ai tanya, teacher cakap dia baru lepas berebut mainan. ok. ai cuba positivekan diri sendiri. benda first ai telek bila dah masuk kereta adalah sekitar mata dia. alhamdulillah.. tak ada apa2.

esoknya dan sampailah ke hari ini, dia dah tak menangis malah makin banyak cakap. makin banyak boleh buat ayat. ai makin faham apa yang NAN cuba sampaikan. alhamdulillah.. sebab pesekitarannya dikelilingi dengan kanak2 yang dah petah bercakap. time ai traning NAN seminggu awal, balik2 bila ai tanya dia buat apa kat school, dia cakap "yeyen yawan ma" mula2 ai tak tau apa yang dia sebutkan. tapi bila ai banyak kali ulang soalan yang sama, lama2 ai faham."main dengan kawan ma." alhamdulillah..

ai harap keadaan NAN akan sentiasa sihat dan ceria. ai bersyukur bila Allah ketemukan ai dengan taska ini. walaupun tidak sehebat mana, cikgu2nya tetap berusaha mendidik anak2 dengan sepenuh hati. terima kasih cikgu. :)

hari ke 4 ai ada nak beli barang kat kedai area2 taska NAN. mula2 ai malas nak lalu, tapi bila dah dekat kedai, hati mula membuak2 nak jengah. nasiblah.. kalau nampak, nampaklah. kalau tak tak perlah. sampai2 je ai kat taska NAN, ai tak parking betul2 depan taska, parking jauh sikit. ai jengah dari dalam kereta je. ai tengok, semua budak2 kat situ duduk dalam bulatan dan NAN sorang je yang berdiri sambil goyang2 badan. mungkin cikgu tengah nyanyi lagu then budak2 ikut. lepas ai tengok tu, ai terus balik ofis semula.

cuma satu je, dalam masa seminggu ni apa yg ai perasan, NAN mesti mengamuk nak tido bila dalam pukul 7 8 macam tu. kadang2 tak sempat dia nak makan malam. dan ai pon macam dah semakin kurang main2 dengan dia. dapat pon sekejap je. mungkin NAN tak tido petang. sebab petangkan parents nak amik, tu yg dia tak bagi tido. kadang2 tu lepas maghrib ai dah bagi susu tidokan dia. sampai ke esok pagi dia tak bangun2. penat pon satu. kat taska NAN ni banyak aktiviti. tu yg dia penat sangat. ai harap ini adalah taska terakhir NAN sebelum dia masuk ke pra sekolah nanti.


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?