love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

25 September 2013

90 hari sudah tamat

Gi ai, Salam.
Lama betul ai tak menulis. Tak tau lah kenapa. Punyalah tahap pemalas. Tapi berblogwalking rajin pulak.
Maybe ai dah banyak upload dalam IG, FB. So bila nak kene menulis ni, memang akan makan masa.

Cuti 90 hari ai dah nak tamat. Tinggal lagi 3 hari. Lepas tu, berkhidmatlah ai pada negara nan tercinta ini. Ahaks. Macam2 jadi selama ai bercuti. Ada pahit ada manis. Dan yang manisnya mestilah 24jam ai bersama sianak. Haiiiiiii bahagianya lah ai rasa membesarkan anak sendiri. Tetiba ai rasa masa cepat sangat berlalu.

Aktiviti ai sepanjang cuti sama macam surirumah lain2 tu. Dari pagi bawalah sampai ke malam, tangan tak kering. Kakak ai sampai cakap, tapak tangan ai dah kasar. Of kos lah 90hari kot dok masak untuk anak suami dari pagi sampai malam. Hahaha

Tahun ni adalah cuti raya yang paling seronok. Sebab ai cuti sebulan. Hahahaha gelaklah sekarang sebab raya haji tercongoklah kau sensorang kat opis. Bulan ramadhan yang lepas hanya 2 3 kali saja beli lauk siap dan berbuka di luar. Selebihnya ai masak. Kat rumah ai ni, walaupun semua isteri2 bekerja, tapi masih membudayakan bagi2 lauk kat jiran. Hari ni lauk, esok lusa kuih. Seronok sangat. Walaupun cuti raya ai sebulan, tapi ai tak lama kat kampung mohammad bazli. Sebab sianak ada checkup berturut2. Check mata, kulit dan bulanan dia. Ermmmm ada jugak mulut2 jahat cakap ai nak lari dari duduk rumah mak mentua lama2. Choiiiiiii kalau anak ai sihat walafiat macam anak kamu kamu dan kamu tu tak apalah. Ini..... malas nak fikirkan semula.

Dalam 90 hari ni jugak, sianak kene nappy rash yang sangat teruk. Siap bernanah berkulat segala. Sekarang ni dah baik tapi berbekas kat tuttttt dia. Mulanya adalah ai tukarkan susu dia. Semua brand susu lembu ai cuba, dan hasilnya kene nappy rash sebab cirit birit. Ada yang tanya kenapa ai tukarkan susu?? Jawapannya adalah sebab ai nak luka2 dia cepat baik.

Sebulan sianak pakai kain lampin. Nasiblah lampin ssekarang dah moden. Dah senang. Tapi nak membasuhnya memang tahap semput dada. Yelahkan.. kalau baby2 dulu kencing sikit, yak yak pon sikit, tapi la ni, hoiiiiii tok sah cite lah. Tapi demi sianak, siibu ini gigih buat apa saja.

Cerita perkembangan mata sianak, alhamdulillah dah pulih. Tapi tak pulih sepenuhnya. And now, mata dia besar sebelah. Tak apalah anak, janji awak boleh nampak. Ada juga lah mulut2 jahat ni cakap macam2. Kalau dulu ai amiklah jugak port, tapi sekarang ada aku kesah!! Lantak pi kat hangpa semua la. Yang penting dia anak aku dan aku ada anak.

Luka atas kening masih tak baik sepenuhnya. Sat2 darah, sat2 nanah. Sat2 kering. Time ai kat dalam toilet hari tu, entan apa yang ai berangankan, tetiba ai teringat nak bagi pati ikan haruan pada sianak. Kenapalah dari dulu ai tak ingat langsung. Dan alhamdulillah.. dia memang seorang anak yang baik dan cerdik. Sangat mudah nak makan ubat. Termasuklah pati ikan haruan dan minyak kelapa dara.

Heyyyyy beribu ok suit habis untuk sianak. Ini semua kerana nak dia sembuh cepat. Yelahkan.. mana nak raya lagi, nak pantang makan dia lagi. Ai pon sampai buntu tak tau nak masak apa hari2. Tak masak kang anak nak makan, dah masak anak pulak tak nak makan sebab jemu asik makan lauk sama hari2. Nasib baik jugaklah dia memang suka makan sayur. Sekarang ni dia hanya nak makan sayur yang berwarna hijau saja. Macam brokoli, sawi, bayam, kangkung. Dari banyak2 sayur hijau ni, dia lebih sukakan brokoli. Kadang2 tu ai steamkan saja brokoli tu bagi dia makan macam tu je.

Tahap manja dia jugak tak terlebih2. Sampaikan ai naik takut. Takut macam mana nanti dia nak duduk taska lagi. Sebab tulah sekarang, ai dah tinggalkan dia kat taska. Nak biasa2kan diri. Menangis tu memang menangis,  tapi sekejap. Tengok ada mainan, ada kawan2, terus lupa. Ai pulaknyang sedih terlebih. Hahaha hari isnin lepas, nak amik balik, behentak2 kaki tak nak balik. Dah satu ke hal pulak nak pujuk suruh balik. Dan teacher said, dia kanak2 yang aktif. Tak padan tau mata kecik sebelah. Hahahaha ai tak risau sangat sebab tau dia senang dengan semua orang.cepat mesra.

Berbalik semula cerita ai cuti panjang. Macam2 orang bercakap, berkata, bermengata. Ai tau, bukan mudah semua orang nak faham situasi ai. Ai pon tak harap. Tapi prihatinlah sikit. Eh. Anak kita demam pon dah risaukan, apatah lagi yang sakit teruk macam ni. Seronok tu memang seronok. Orang gila je akan cakap tak best duduk rumah jaga anak sendiri. Tapi janganlah hanya nampak keseronokkan ai je. 3 bulan uols ai dapat gaji separuh. Dah potong rumah, dah bayar kete, dah gedebak gedebuk berapa sen sangatlah dalam tangan ai. Dengan keperluan sianak lagi, ubat2 dia lagi. Itu semua orang tak nampak. Ai bersengkang mata menjaga sianak setiap malam, berendam airmata tengok anak kita tak macam anak orang lain, bersekat perut nak cukupkan duit sampai ke bulan depan. Ini semua orang lain dan tak semua orang nak sama2 rasa. Yang nampak ye adalah seronok, best, tak ingat keje. Tarik nafas.... hembussssssss tersentap sikit hati ai.

Tapi bila ai bermuhasabah diri, berfikir dari sudut positif, mulut orang, lama2 akan diam. Ai tak boleh nak tutup mulut orang. Prof. Muhaya kata, berdiamlah. Kerana diam adalah ubat bagipenyakit mulut jahat. Jadinya ai diam dan luahkanpada sisuami dan Allah swt.

Ada sorang kawan ai keje kat KKM putrajaya bertanya. Kau tak takut ke kalau2 markah prestasi kau merosot?? Gila ai tak risau. Semestinya ai risau. Walaupun tak pernah naik pentas, walaupun pernah dapat nombor sikit, ai tetap redha. Kalau bos ai nak nilai ai dalam setahun tolak 4 bulan ai bercuti, terpulanglah. Ai terima. nilailah ai ikut tahap kerja ai. Ai bukanlah pekerja kaki ampu. Kaki kipas. Tapi janganlah pula bagi nombor sikit sangat seolah2 ai tak pernah berkhidmat. Bagi ai ALLAH SWT tahu apa yang ai buat. Apa yang ada dalam hati ai.

Misi ai bila naik kej3e semula ni, ai nak cukupkan 7 hari ai berkursus. Entah berapa hari je ai baru pergi kursus. Dan siapkan keje2 lain seperti biasa.rutin baru akan bermula. Lepas subuh dah start masuk kedapur. Masak bekal untuk sianak. Siapkan beg sekolah. Baju sekolah. Buat dari malam bila ai rajin je. Kalau pemalas ni datang, balik keje terus simpan beg dalam bilik. Easok nak kemas, mulalah meraba satu rumah. Hahaha

Ok. Sampai sini dulu. Entah bila pulak ai rajin nak bukak blog ni. Salam. Bye.


Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?