love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

15 Julai 2013

RAMADAN ~ MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah sudah 6 hari kita berpuasa. Genap seminggu juga NAN buat operation kali ke tiga. Ai dah tak nak cite pasal tu. Ai redha dan terima dengan hati terbuka apa yang ALLAH SWT telah tetapkan untuk ai sekeluarga. Dah penat nak menangis.

Hari selasa lepas ada folowup NAN. macam biasa, kulit dia sangat sensitif dengan bendasing. Jadinya masih berdarah dan bernanah. Dan ai juga telah ambil cuti drastik untuk jaga anak. Memang susah untuk buat orang faham dengan keadaan kita. Ai berserah pada yang maha kuasa. Yang penting anak ai sihat dan boleh kesekolah seperti biasa.

Tima menunggu giliran di HKL, hati ai sangat sebak dengan 2 orang bayi ini. Dan dengan tak sengaja airmata ai mengalir dan ai muhasabah diri sendiri. Bukan senang untuk ai mulakan pertanyaan. Takut2 ibu kepada 2 orang bayi ini tidak selesa. Tapi hati sangat mendesak, dan soalan ai disambut dengan baik.

Seorang bayi ni, baru je buat operation tempurung kepala sebab nak betulkan kedudukan otak dia. Tempurung kepala dah menghimpit otak. Tak lama lepas tu, operation mata pulak sebab mata dia terkeluar.

Yang sorang lagi ni, operation otak sebab ada jangkitan kuman dalam otak. Puncanya demam terlalu lama dan mengakibatkan perkembangannya sedikit lambat.

Tabah sungguh hati dua ibu itu. Macam mana kalau ai yang berada ditempat mereka? Mampukah ai untuk menghadapi semua itu? Bersediakah ai untuk mengurus anak seperti itu?

Baru ai tersedar dan sangat bersyukur dengan keadaan NAN. Benarlah... Allah swt menguji hamba mengikut kemampuan hambanya. Dia tahu ai tak mampu menghadapi ujian sepertiitu, jadinya Dia memberi NAN untuk ai.

Melihatkan situasi itu, ai muhasabah diri. Insaf dan bertaubat dari terus salahkan diri sendiri. Tidak perlu menangis melihat keadaan anak yang sering sakit. Tidak perlu  ada rasa cemburu dengan keluarga lain yang punyai anak yang comel dan sihat.

Ya, dulu ai sangat cemburu dengan anak2 orang lain yang matanya sihat dan cantik. Mulanya ai sangat malu untuk bawa NAN keluar jalan2. Ai selalu bertanya kenapa ai yang menerima semua ini. Tapi setelah melihatkan ada yang lagi teruk dan lagi kronik dari NAN, ai bersyukur. Bersyukur sangat2. Tak terluah dengan kata2.

Sekarang, itu semua tidak lagi. Suatu saat dulu, ai pernah berputus asa. Tersungkur dan terduduk seperti tiada tangan lain untuk ai berpaut. Tumpuan ai berikan selama sebulan, akhirnya kecundang. Tidak mampu bertahan sehingga umurnya 4 tahun. Selepas operation NAN kali ketiga ini, ai menjadi lebih kuat. Perasan takut itu tetep ada, tapi ai mampu menanganinya.. ai ingat dengan pesanan ramaI orang. Ada yang lagi teruk dari dia. Berdoa dan terus berdoa. Doa seorang ibu sangat mujarab.

Alhamdulillah,  sekarang ai semakin kuat. Ai menjadi nurse tidak terlatih untuk anak sendiri. Walaupun mata dia masih tidak sama seperti kanak2 lain, ai bersyukur kerana dia masih yang dulu, tetap seorang kanak2 yang periang.

Ai tak kisah dengan mereka dan mereka diluar sana yang masih tidak percaya keadaan dia. Bagi ai, itu tidak penting. Yang utama sekarang tahap kesihatan mata dia. Nak tunggu  sehingga umurnya 4 tahun untuk buat sekali lagi operation, dengan mengambil sel2 dari peha dia untuk diletakkan dimata dia. Sekarang, dia masih lagi sensitif dengan bendasing yang berada dimata dia, bernanah, berdarah memang tak henti. Ai perlu mencuci kesan luka dengan kerap untuk mengelakkan kuman.

Walaupun lukanya masih belum sembuh, ai teruskan berdoa. Agar tahap kesihatan dia semakin pulih. Ai dah tak merungut apatah lagi menangis. Perasaan cemburu ai dah buang jauh2. Mungkin dia dikurangkan dari segi ini dan dia dilebihkan dari segi lain. Cakap2 orang juga ai dengar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ai dah tak nak amik pusing apa cakap orang. Terpulang pada mereka. Sepatutnya mereka bersyukur mereka dikurniakan anak yang sihat.

Selepas operation kali ke3 ini, ai banyak menumpang kekuatan NAN. walaupun sakit, dia tetap ketawa keriangan. Muhasabah diri, bersyukur, setiap hari kerana ai masih mendengar ketawa dan tangisan dia. Ya Allah, ampunkan diri ini kerana selalu meragui takdir MU. sekarang, ai menjadi seorang ibu yang tabah dan kuat. Terima kasih Tuhan diatas dugaan ini. Dengan semua pemberian MU, apabila aku redha, aku akan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Kau makbulkanlah doa ibu ini untuk melihat anak ku ini sihat seperti kanak-kanak lain..

1 ulasan:

erin berkata...

semoga NAN cpt sembuh n sihat selalu nanti

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?