love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

12 September 2012

Checkup Mata Nur AFnan Nisrina # 2







setelah dapat surat rujukan dari HTJ ke HKL, jadinya ai pergi pada hari isnin yang lepas. (10 September 2012). gigih bangun awal siapkan N.A.N awal2 pagi. ai bersyukur sangat2 sebab N.A.N susah nak meragam pagi melainkan dia lapar susu. manndi seawal jam 6 pagi.

bila first time pergi HKL sesatlah jugak. ai bukanlah kaki lepak di KL so ai tak heran pon bila ada orang yang ketawakan ai bila sesat. berjam2 jugaklah nak sampai. bila dah jumpa, masalah dengan parking. dan bila ai tengok keadaan parking HKL yang perlu berpusing sampai 5 6 kali, ai boleh katakan, HTJ lagi better dari HKL.

dapat parking yang maha jauh dari Klinik Pakar Mata. terpaksa berjalan kaki basah habis ketiak. hahahaha
sampai je di KPM tu, umat manusia punyalah ramai. tapi ai bernasib baik sebab baby yang sakit. jadinya perkhidmatannya sedikit cepat dari pesakit2 yang lain. doc2 pon baik.

seperti biasa, hati ai sangat sebal bila melihatkan keadaan N.A.N yang sangat baik bila diperiksa doc. cuma kadang2 akan menjerit bila ada sejenis alat diletakkan dimatanya. dan team doc yang seramai 5 orang itu berulang kali cakap N.A.N gud girl. :)

seakan memahami apa yang ada dalam hati ai, seorang doc lelaki cina duduk sebelah kerusi ai. "mummy tak perlu risau. team ini akan buat yang terbaik untuk baby Afnan. masalah baby Afnan tak kritikal. mummy perlu senyum untuk beri team doc semangat yang positif." alahaiiiii luluh jantung ai dengar doc cina ni punya ayat. dan seorang doc melayu pula menepuk2 bahu ai seolah2 ingin memberi sedikit semangat untuk ai.

sepanjang pemeriksaan detail selesai, N.A.N senyum yang sangat2 meleret. team doc boleh pulak bertepuk tangan. bagi ai inilah yang dinamakan teamwork. :)

habis semua pemeriksaan hampir pukul 2 ptg. OTW balik ai singgah SOGO. saja nak bawa N.A.N berjalan. benda pertama yang dia nampak masuk SOGO adalah mainan berlagu. siap ditunjuk2 dengan jari comel tu.. :)

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?