love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

11 September 2012

Check up mata Nur Afnan Nisrina # 1

semalam (5/9/2012) check up mata N.A.N. serious!!! semakin dekat dengan tarikh tu hati ai makin berdebar2, takut, sedih. bila tengok wajah N.A.N yang masih tak mengerti apa-apa tu, hati ai mula menangis. kesian anak ibu. tapi ai sedaya upaya tak menangis depan N.A.N.

seawal jam 6.30 am ai dah kejut N.A.N bangun tido. bukannya susah pon, juz bukak lampu terang benderang, bangunlah si cantik manis tu.. :) bagi susu sikit, tuang air panas dalam tab mandinya, baru bagi rendam. sambil menyiapkan N.A.N ai asyiklah sapu airmata dari terus keluar. tak nak bagi mengalir, tapi N.A.N seakan tahu ai sedang bersedih. N.A.N asik memberi senyuman pada ai dari awal pagi sampailah lewat malam. seakan tak nak tengok ai mengagah2 dia sambil mata merah tahan airmata.

dalam perjalanan ke HTJ, ai dapat sms dari BFF ai. ermmm thanks beb bagi ai sokongan. "salam gud morning dah otw ke HTJ? aku doakan AFRINA n ko kuat k. ingat Allah. apa saja keputusan yang ko buat untuk simanis tu, semuanya untuk kebaikan dan masa depan dia. aku tau, ko seorang ibu yang kuat. tak ada sapa tau masalah ko melainkan ko yg bercerita. kiss2 AFRINA untuk aku k. apa2 news roger aku. aku bagi sepenuh sokongan kat ko sampaikan aku sendiri tak tersokong. :P"

psssttt.. AFRINA tu nama panggilan dia untuk N.A.N.. Afnan + Rina = AFRINA :)
dia memang seorang yang sangat happy go lucky..

sampai je kat sana, kene cari parking yang maha susah. HTJkan terkenal dengan kesesakan yang melampau. ai dah bising2 dengan Encik Bazli dengan keadaan ni. dah 3 kali pusing barulah dapat parking. tu pon block kete orang. tapi ai tinggalkan number phone.

naik tingkat 1, Klinik Pakar Mata, ai terus je daftarkan. sekarang ni, kalau apa2 urusan melibatkan baby, OKU dan warga emas memang dapat layanan yang best. jadinya ai tak yah tunggu lama dalam urusan kali ni.

sesi pertama, N.A.N kene check mata. dari sekecil2 bola sampailah sebesar2 bola diletak depan N.A.N. bukannya apa, doc nak tengok N.A.N ni boleh nampak ke tak. Alhamdulillah... mata N.A.N memang tak da masalah. semuanya dia nampak. :)

selepas 1/2 jam, mata N.A.N dititiskan dengan ubat titis mata untuk membesarkan kornea matanya. kalau selepas dititiskan ubat ini kornea mata N.A.N tak besar, kemungkinan besar matanya akan juling. ai dah menangis tahap gaban masa tu. punyalah berdoa dengan Allah, agar dipermudahkan segalanya. kalau dugaan lain yang Allah uji ai, insya allah ai akan tabah, tapi kalau inilah dugaan yang diturunkan untuk ai, sememangnya ai tak kuat. seikhlasnya, sekarang ai meminjam kekuatan anak sendiri. kalaulah N.A.N tak da, ai semestinya sudah rebah.

kene tunggu 5 ke 10 minit. dan syukur, dengan 2 kali titis sahaja, kornea mata N.A.N membesar. bila doc panggil masuk, doc suruh letakkan dia atas katil. mata N.A.N di suluh, dan dilihat melalui tv yang disediakan. doc india tu suruh ai duduk sebelah dia dan katanya "see.. mata anak u kalau kelopak matanya normal. cantikkan. tak per, ai dan team ai akan try yang terbaik untuk baby u. sebenarnya, ini kes pertama yang melibatkan mata baby. sebelum ni, ramai parents yang tak tau jalan penyelesaian masalah mata anak mereka. and u bijak sebab bertindak dari awal. so we all kene lebih perhatian dengan kes anak u."

dalam bilik yang sama, kepala N.A.N diikat dengan besi sebab tak reti duduk diam. matanya disuluh dengan cahaya untuk 1/2 jam. ini adalah kerana untuk melihat tahap silau mata N.A.N. dalam penerangan tu, ai dengar mulut N.A.N bising. bercakap2 seolah mintak dilepaskan. masa ni ai dah jadi tak malu menangis semahunya melihat penderitaan yang perlu dia tempuh. kalaulah mata ni boleh ditukar2 dah lama ai tukarkan mata ai untuk N.A.N dari dia menganggung kesakitan ini.doc mengatakan tahap silau matanya tinggi dalam 60%.

semuanya selesai dalam tempoh 5 jam. seusai selesai semuanya, N.A.N terus tertido sampailah ke petang dan matanya sedikit bengkak kesan dari ubat.

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?