love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

27 Jun 2012

giliran N.A.N

kat ofis ai sekarang ni paling hot isu taska. lepas je pengusaha taska yang lama ni tak nak sambung kontrak dan pengusaha baru tak register lagi, sume pengasuh nak berhenti kerja. tak lah semua hanyalah segelintir sahaja. tapi task itu masih tidak cukup jumlah pengasuh dengan jumlah baby dan kanak-kanak yang ramai. jadinya baby yang bawah setahun sudah dicampurkan dengan kanak-kanak yang dah berumur setahun lebih dan sudah bergerak laju. ai sebenarnya risau. time ai datang tengahari ai tengok N.A.N dilangkah2kan oleh kanak-kanak yang dah pandai jalan. N.A.N memang hisap puting. bila N.A.N tido puting tu tak disimpan. bila tak disimpan kanak-kanak yang lasak ni buat main. dan bila N.A.N menangis disumbatkan jelah puting tu terus ke mulut N.A.N tanpa di cuci terlebih dahulu. alahaiiiiii nak marah kang anak kita pulak yang jadi sasaran. ai cuma tegur baik2.. ai mula terfikir bila ketiadaan ai sebelum lunch hour?? ermmmmm

cerita ni dah 2 minggu berlalu. ai ambil dari taska ai tak pernah check keadaan diri N.A.N. sebab time tu N.A.N duduk dengan kawan2 yang sebaya dia. ai pon tak lah risau sangat. tapi bila dah dicampurkan ni, ai selalu check. manalah tau kan ada yang tangan cepat. ai memang selalu mandikan N.A.N selepas makan. bila ai start curahkan air kat badan N.A.N menangis macamlah kene dera. ai juz pujuk2 je.. time nak pakaikan baju, sapukan  minyak kat kaki, N.A.N lagilah menjerit. ai mula belek2 kaki N.A.N.. ai terkejut sangat bila..



ada kesan calar dikaki N.A.N... menyirap darah ai.. tak sabar nak tunggu esok nak bertanya. first time kene kat ai.. selama ni ai asiklah dengar anak2 orang yang kene gigitlah, cakarlah.. and ari ni N.A.N pulak yang kene.. esok ye ai hantar pagi tu ai saja pakai N.A.N rompers. ai duduk sebelah pengasuh yang senior.

ai : kak saya nak tanya ni. kenapa kaki RINA bercalar ni kak?

pengasuh : eh!! akak tak perasanlah.. mungkin budak2 ni la ha.. kesian anak ibu...

ai : kak anak saya tak pandai lagi nak main dengan budak2 dah besar tu kak.. akak letakkan je lah anak saya dengan kawan2 yang sebaya dengan dia. kalau main tak lah kasar sangat. lagipon mata anak saya nikan problem. akak janganlah letak lagi anak saya dengan dorang. saya tengok ni macam bukan kene cakar. ni kesan tercalar yang tergarit dengan benda tumpul.. akak perati2kanlah ye... :'(

pengasuh tu tak mintak maaf ke apa ke.. esoknya ai jemput N.A.N pipinya pula kulit nipis terkopek sebab kene cubit kuat..

sabarlah wahai hati.. nak dihantar ke taska luar lunch hour tak boleh datang tengok... :'(

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?