love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

27 Jun 2012

Beralih bulan dan nak pandai :)

semalam (27.6.2012) ai EL. Nur Afnan Nisrina demam panas. selasa petang ambil dari taska N.A.N sudah seperti tidak bermaya. mulut senyap pastu tido je sepanjang perjalanan ke HTJ nak menengok mak ai. sesekali ai rasa kepala dia. ermmm panas sikit. sebelum naik ke ward ai check suhu dia. 37.7. panas sikit. lepas habis waktu melawat ai balik dan singgah rumah sekejap sebab abah pulak yang demam.. (rindu mak lah tu) dalam kereta ai rasa lagi.. satu badan dia dah naik panas. sampai je Nilai, ai terus pegi Klinik Panel. sampai je klinik pendaftaran dah tutup. ai pujuk2 nurse tu.. lastly dia kasi jugak bila tengok N.A.N dah tak bermaya. masuk je bilik doc, check suhu 38.5.. dah makin panas. doc suruh bukak baju N.A.N. terus disuapkan ubat dan doc sariah terus lap2kan badan N.A.N. malam tu tak boleh tidur. N.A.N asiklah merengek.. jadinya ai terpaksa EL untuk jaga N.A.N dirumah. disebabkan semalaman tak tidur.. N.A.N tido selepas makan bubur dan makan ubat. bila dah bangun tido, N.A.N dah mula nak main dan senyum2. ai letakkan ke bawah saja bila tengok N.A.N macam nak bergolek dalam bouncernya. kan ai dah cerita N.A.N dah pandai nak menjalar ke depan. elok je duduk kat bawah, N.A.N makin laju bergerak ke depan.. sambil mulut bising2. malam tu ai keluar jugak sebab susu N.A.N dah habis. Mohammad Bazli ajak makan steak kat tesco Nilai. macam mengidam pulak dia nih. aijuz makan hotdog n fries. letakkan N.A.N atas meja dan ditepi dinding. saja nak tengok dia gerak. :) bukan main laju lagi dah sekarang ke depan.. ai bukan main risau lagi bila tengok N.A.N demam panas. mana tak ye, ai takut jadi macam anak kawan ai yang kene penyakit kawasaki. habis badan2 naik merah. ai tunggu jugak badan N.A.N naik merah2. kalau ada ai akan bawak N.A.N ke hospital.

 1. ni time dalam kereta bila panas dah mula naik

 2. haaaaa x yah nunjuk muka.. tengok tangan pon dah tau.. nak lepaskan ngidam sibapak yang teringin nak makan steak.. bawak kan aje lah..

3. ni lah ha budak yang demam sebab nak pandai dan beralih bulan.. :)

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?