love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

11 Januari 2015

40 hari pemergiannya

Assalammualaikum

11 Januari 2015 genap 40 hari mak pergi. 

rasanya tetap sama.
rindu semakin kuat.
setiap kali mengirimkan al-fatihah, setiap kali itulah airmata jatuh tanpa henti.
setiap kali doa, setiap kali itu jugalah rasa rindu semakin menebal.
masuk ke bilik tidurnya, terbau2 lagi bau tubuhnya.

hebat sungguh sakit kehilangan ini.
lebih sakit dari nak bersalin dulu.
cemburu bila melihat orang lain berpeluk cium, bergurau senda dengan ibu mereka.
kenapa secepat ini mak pergi.
soalan itu sering bersilih ganti di fikiran.

bila rindu, segala memori manis bersama mak, bersilih ganti di depan mata.
sakitnya YA ALLAH...
tanpa mahu, mengalir lagi airmata ini.

cuba mencari kekuatan yang mak tinggalkan.
cuba mencari ketabahan yang mak tinggalkan.
cuba mencari kemanisan yang mak tinggalkan.

dah tak nampak mak di depan mata.
dah tak cium pipi tangan mak setiap hari.
dah tak nampak senyum manis mak setiap ketika.

tapi tahu...
mak melihat apa yang kami buat.
mak mendoakan kesejahteraan kami semua.

tenanglah..
damailah..
di sana. ramai anak2 mak menungguh mak di sana.
dah lama sangat mak mengadu sakit.
jadi.. sudah sampai masanya mak berehat tanpa perlu rasa sakit lagi.

kehidupan di teruskan walaupun mak tiada lagi untuk membimbing.
kehidupan di teruskan tanpa seminit pun melupakan kenangan manis.
kehidupan di teruskan tanpa sesaat pun tidak memikirkan mak.

Al-Fatihah
Hamidah Ahmad

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?