love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

21 April 2014

kali ke empat

Assalammualaikum

15 hb April lepas, ada checkup mata NAN lagi. ni lepas 4 bulan lebih ai tak bawa NAN datang HKL. selang 4 bulan ni, doc harapkan ada perubahan. namun sama saja. benjol atas kening mata kanannya itu, kecut, bengkak lebam, bernanah, berdarah. ini sajalah yang akan berlaku. untuk betul2 sembuh macam dah tak ada harapan. ;(

time buat revision mata, alhamdulillah... mata NAN tak rabun, sedikit silau dan bercahaya tanda sihat. alhamdulillah sangat2. NAN tak perlu pakai cermin mata. ini semua sebab sukanya NAN meratah makan baby carot dan gigihnya ai buat jus carot untuk dia. 

dah dapat jumpa doc, semua doc tak terkata apa. spechless. kenapa masih begini keadaan NAN. nak diambil urat peha, peha masih kecik. last2 doc bagi tarikh operate kali ke empat 25 hb  april ini. OTW balik, ibu dan ayah banyak mendiamkan diri. macam layan perasaan.

bincang pasal penjagaan NAN lepas operate. cuti tinggal sikit. nak cuti raya lagi. cuti2 lain time NAN sakit. sedikit bertengkar. Mohammad Bazli cakap biar dia je yang jaga. tapi bagi ai, ai tak berapa nak yakin bila Mohammad Bazli jaga. dia masih perlu dibimbing lagi. tak boleh ai lepas tangan macam tu je. 

berdoa, mohon diberikan hati yang tenang untuk membuat keputusan. alhamdulillah... ketenangan itu diberi. buat keputusandalam kesukaran. bukan mudah sebenarnya. ibu harap ini adalah yang terakhir untuk awak. 

NAN, awak perlu kuat semangat. tabah dan redha apa yang sudah Allah berikan pada kamu. awak perlu bersyukur, kerana awak masih boleh mampu berlari dan main basikal. 

ibu dengan sedaya upaya akan cuba memberi yang terbaik untuk awak. ibu akan cuba kawal perasaan marah ibu bila nanti awak akan merengek kesakitan selepas pembedahan itu nanti. ibu akan cuba kawal air mata ibu untuk tidak sama2 menangis lihat keadaan awak. ibu akan cuba kuat untuk awak. 

ibu harap, doa ibu ini Allah dengar. kalau boleh sakit ini ditukar ganti dengan ibu, ibu sanggup sayang. ibu bukan suka2 nak buat awak sakit. keputusan ini demi masa depan awak. ibu tak nak nanti bila dah besar awak malu nak pegi sekolah sebab kena ejek dengan kawan2. ibu tak nak awak juling, buta sebab kurang cahaya masuk dalam mata awak. saya tak nak awak gagal dalam membawa diri. ibu tak nak awak rasa rendah diri dan akan menggangu emosi awak.

sebab itulah ibu buat keputusan ini. sabarlah sayang. nenek selalu cakap, doa ibu doa yang paling mujarab. ibu akan terus dan terus berdoa tanpa henti agar awak senantiasa sihat dan diberikan kekuatan selalu. 

Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?