love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

23 Oktober 2012

bebelan di subuh hari

hye u ollsss!!!
fuh!! fuh!! fuh!! berabuk dah.. siap bersawang. lately nih bz yang teramat sangat. keje opis, keje rumah, layan N.A.N yang dah semakin lasak. ni ha lah yang sempat nak membebel. N.A.N tengah sedap tido berselimut macamlah rumah kat cameron hinghlas tu ha. :)

eh!! esok besday ai lah. dah 27 tahun dah hidup kat muka bumi Allah ni ha... syukur alhamdulillah.. tak ada apa yang special cuma tak sabar nak nak dengar Mohammad Bazli wish pagi2 esok kat ai. :) memang dari bercinta dia tak pernah bagi apa2 metarial. tapi tak pernah lokek memberi kasih sayang dan cinta yang tak pernah berbelah bagi.

N.A.N dah semakin bijak. dah pandai sebut mama, ayah, mamam. kalau nampak ai atau ayahnya makan, asiklah sebut mamam... mamam... kalau dia dah bangun dulu dari ai, tepuk2 perut ai panggil mama.. mama.. kalau dengar ayah dia punya motor, terus merangkak2 pegi kat pintu cakap ayah.. ayah...

si kecik ni jugak dah pandai main sorok2. tapi sorok2 ye pon kat bawah meja makan je. tapi bila ai sorok, dia tak jumpa, bukan main melalak lagi. dah pandai main ba ba cak, tepuk2 tangan bila dengar lagu. dah pandai goyang2 badan bila ai nyanyi.. banyak lagilah kemajuan N.A.N tak dapat ai listkan.. :) alhamdulillah..

jumaat sudah raya aidiladha. memandangkan raya puasa sudah ke perak, jadinya raya aldiladha pertama ke seremban. malam jumaat tu kami akan bergerak ke perak. tok wan N.A.N tak sabar nak nengok tingkah cucunya. :)

persiapan hanya ala kadar. tak lah semeriah raya puasa dulu. mak akan masak beberapa jenis lauk. tapi permintaan anak2 soto dan laksa. tengoklah mana mak larat nak buat. maklumlah.. kesihatan mak dah tak macam dulu.

dugaan yang Allah swt turunkan banyak menguji keimanan. kalau tak kuat, maunya kami sekeluarga tersungkur. gelak ketawa N.A.N membuatkan kami suami isteri semakin kuat menjalani kehidupan yang tak henti dengan dugaan. tak kan nak merungutkan, kami anggap inilah sebahagian dari kebahagiaan kami.



GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?