love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

10 Februari 2012

segalanya tentang kamu :)

hai.. lama dah tak menulis. bz.. bz dengan keluarga sementara masih bercuti. ai sekarang ala2 surirumah sepenuh masa. dari pagi sampailah nak tido memanjang je buat keje. ada je pulak tu keje ye. :) now baru tau feel mak yang menjadi surirumah melayan kerenah anak2 dan suami. bukan merungut tau. 

now, ai akan bangun pagi seawal 5.30.. buat apa?? menyusukan anak lah mak cik!! alhamdulillah.. susu badan ai semakin banyak dan N.A.N juga nampak gayanya seakan kenyang. walaupun ai tak berapa pantang dengan makanan. ramai orang kata, "jangan minum ais, nanti anak kau kembung."  "jangan makan kubis nanti susu kau sejuk." "jangan minum soya banyak nanti kulit anak kau sensitif." "jangan makan pedas nanti anak kau sakit perut" dan lagi lagi lagi.. antah berapa banyak janganlah orang pesan.

tapi ai bukannya tak nak ikut. bukannya ai riak atau sombong diri. tapi alhamdulillah setakat ini, apa sahaja yang ai makan, tak da memberi infect negatif pada N.A.N. ai banyak ikut cakap doktor. "jangan terlalu mengikut pantang larang orang dulu2. nanti susu awak kosong. seperti air kosong, yang tiada apa2 khasiat. makan selagi anak kamu kuat" see.. doktor dah cakap macam tu, so ai apa lagi, bedallah apa yang dihidangkan. :)

cuti ai tinggal 2 minggu lebih je lagi. dan alhamdulillah N.A.N dah pandai hisap susu botol. berpeluh2 berlenguh tangan ai perah susu setiap pagi setelah ai simpan semalaman semata2 nak kasi N.A.N hisap botol. kadang2 tu buat jugak perangai.. tapi bila dipujuk dengan kata2 pujuk ai yang sedikit sedih N.A.N seakan memahami dan terkial2 belajar hisap puting plastik. dan akhirnya berjaya.. :)

petang kelmarin, lepak berdua dengan N.A.N dirumah, sambil didukung dan N.A.N juga mengajak ai berbual dan tersenyum2 *sejuk hati tengok senyuman dia* ai pun cakap lah.. "lepas ni dari pagi sampai petang N.A.N duduk kat taska tau. kat situ ramai kawan.. N.A.N boleh ada kawan nanti. Ibu kene keje.. nanti nak beli pampers.. nak beli baju baru, nak beli headband baru, nak beli kasut baru, nak bawak N.A.N jalan2. kalau ibu tak pegi keje, ibu tak ada duit. sebab tulah N.A.N kene belajar hisap botol." dan secara automatiknya N.A.N menangis teresak2 dan ai pun menangis.. sebab ai takut kehilangan N.A.N sebab banyak berita yang buruk. dan ai berdoa.. semoga taska ini menjaga anak ai dan anak2 yang lain dengan sempurna.. bukan mudah ai mengandungkan N.A.N..

semakin dekat ai nak naik keje, semakin erat N.A.N dengan ai. 2 hari leps, N.A.N langsung tak nak berenggang dengan ai. ai letak kejap j dah nangis teresak2. seharian ai tak buat keje. dok melayan N.A.N atas katil dan beralih depan TV sebab ai layan cerita senitron dari pukul 2 sampailah 5 petang.. dan akhirnya N.A.N tertido dan ai cepat masuk dapur masak mana yang sempat.. :) haaa baru sorang.. kalau jadilah rezeki Allah nak bagi kembar dulu, tak tau lah macam mana kelam kabutnya.. 

malam selasa hubby mintak tolong ai pegi kedai belikan ubat sakit ulu hati.. ai tinggalkan kejap N.A.N dengan hubby.. balik je rumah, ai bagi salam, terus N.A.N menjerit2.. dan hubby kata "see, dengar je suara u N.A.N dah menjerit" :)

ai percaya kalau Allah menguji ai semestinya Allah masih mengingati dan menyayangi ai.. jadi ai redha dengan dugaan dan ujian ini. honestly, gaji ai dan hubby tak sebarapa. kata orang lepas paras2 hidung. kalau terlebih sikit family ai mesti mati lemas.. hahahaha jadi perbelanjaan family ai hanyalah cukup2.. tak boleh nak berjoly sakan. dan memandangkan gaji bulan lepas tersangatlah cepat dan ai pulak balik kampung perak, jadinya perbelanjaan dah terover. sangat sakit tau u olls bila kene ikat perut ni.. :( jadinya ai ada buat pengorbanan untuk N.A.N.. ai ada tolak satu barang ni demi untuk N.A.N.. tak pa lah.. ai percaya pada rezeki yang Allah sudah tentukan setiap hambanya.. jadi ai tak perlu teringat2 kat barang itu dan percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. syukur.... :)

dengan usia yang dah 3 bulan ni, N.A.N dah semakin pandai mengiring2.. macam baby nak meniarap tu.. dan bila ai tiarapkan dia, dah semakin kuat dia angkat2 kepala.. :) senang hati tengok perkembangan dia.. bila ai banyak keje, dan N.A.N tak tido, dia akan main2 sendiri dan alik2 dah tido.. :) tak pun kalau ai lalu lalang depan dia, dia akan bertegur2 dengan ai sambil senyum2.. dan N.A.N pun dah semakin kerap hisap jari. bagi ai, biarlah dia nak buat apa pun.. itu semua perkembangan yang dia patut lalui.. nanti akan behenti sendiri.. :)

time N.A.N check up 2 month bulan lepas, doc said, "baby u sangat aktif. see nak ajak ai bual2.. i like.. nilah kelebihan bagi susu badan full time. i support u breastfeed sampai 2 year n above.. :) ai suka tengok ibu2 yang menyusukan ni.. :) okey.. perkembangan ur baby, dah macam baby 3 - 4 bulan.. sangat aktif.. ohh about mata dia, u jangan risau okey.. nanti akan bukak luas tu.. dont wory.. baby tak da masalah.. u kene selalu bercakap dengan dia.. puji2 sikit mata dia cantik.. kadang2 baby malu.. :) u bekerja kan?? ohhh monday to friday 8 hour u kat ofis.. sometimes keje malam.. so bila hujung minggu atau cuti panjang atau u ambil cuti banyakkan masa bersama baby.. jangan bagi dia rasa jauh dengan u.. tapi baby yang BF lama, akan rapat dengan mummy.. so go it.. u support u.. i daftarkan nama u dalam Kelab Penyusuan Ibu Sepenuh Masa okey.. nanti boleh jadi ibu contoh.. congrate!!!!" Alhamdulillah.. itulah yang ai setkan dalam minda ai dari ai mengandungkan N.A.N lagi. ai memang nak BFkan dia selama mungkin.. dan Syukur Alhamdulillah.. perkembangan N.A.N sangat positif... :)


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?