kisah 2 tahun yang lalu ~
cepatnya masa berlalu
masih terasa kamu bergerak CUMIL dalam perut
masih ingat pertama kali menatap wajah kamu yang masih dalam KANDUNGAN
mengalir airmata tika doktor memberitahu KEKURANGAN kamu yang perlu ibu terima
masih terasa pertama kali kamu minum SUSU dari badan ibu
masih terasa sakit yang ditahan 72 jam untuk LAHIRKAN kamu
masih terbau-bau WANGIAN kamu selepas beberapa saat dikeluarkan
masih terdengar-dengar TANGISAN pertama kamu
masih terasa-rasa HANGAT badan kamu
susah senang kita bersama
siapa pun kamu
apa pun keadaan kamu
ibu tetap SAYANG kamu sampai syurga
memBESARlah kami dengan sihat dan jadi anak yang SOLEHAH dan BIJAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan