ai tak tau kenapa, sejak dapat tarikh baru pembedahan mata N.A.N yang kedua ini, hati ai sangat tak tenteram. bercampur aduk. seriusly, ai sangat selalu rasa pening. mungkin darah ai naik lagi. ai cuba tidak mahu menangis, tetapi inilah yang ai akan rasa. tak tau nak luahkan macam mana...
pejam celik pejam celik dah masuk bulan muarch. tinggal 29 hari je lagi peristiwa itu akan berulang sekali lagi. memang orang nampak ai bersuka ria, tapi hakikatnya ai sedang berlakon. berlakon untuk tidak menunjukkan kesakitan, kepedihan, kesedihan. untuk apa?? bukan semua insan yang akan memahami. dan nanti ada pula suara2 yang akan berkata, ai saja mahu meminta simpati.. jadinya.. berdiam itu lebih baik walaupun ai terpaksa berlakon.
kali ini, ai perlu memikirkan kesihatan N.A.N. ai perlu buat satu keputusan yang mungkin akan menyusahkan diri ai semula dan semua pihak. terutama bos-bos ai di ofis. maaf!! kali ini ai terpaksa. ai nekad. ai akan buat permohonan untuk cuti tanpa gaji selama sebulan untuk bulan april nanti. ai ada cakap dengan Mohammad Bazli dengan keputusan ai ini, tapi masih tiada kata putus. cuti tahunan ai sebagai N17 ini hanyalah 20 hari. setiap tahun cuti ai akan habis. tahun lepas saja, ai melakukan potongan gaji atas hari2 ai bercuti menjaga N.A.N yang sakit. memang agak sukar, tapi jika itu jalan yang terbaik, ai redha. biar sempit kewangan asalkan anak sihat. kali ini, ai perlu turun padang untuk berurusan dengan semua pihak yang tersenarai dalam payslip ai. walau terpaksa merayu, ai sanggup.
pesan mak, jangan tunjukkan rasa takut dan sedih depan anak. ai sedang berusaha kearah itu. kali ini, perasaan takut itu semakin menebal. bos ai kata mungkin ai fobia. ya!! itu sangat betul. ai berserah pada yang Maha Kuasa. sejak selera makan N.A.N bertambah2, ai terlalu menjaga pemakanannya. sudahlah ada eczema, paru-paru pula berlendir, jadinya N.A.N memang perlu penjagaan yang agak rapi. nasib baik pengasuh N.A.N sangat memahami. pemakanan N.A.N juga ai jaga. hanya yang berkhasiat saja yang ai suapkan. ai tak nak N.A.N sakit dan pembedahan ini akan gagal lagi dan ai akan dipaksa lalui kisah ini lagi. sumpah!! ai dah tak sanggup..
sekarang ai sedang mencari dan mengumpul kotak. eh!! tak cerita lagi ek?? nanti2lah ai cerita. sebab sekarang ini ai lebih fokuskan pada N.A.N.
keadaan tempat kerja juga agak memeningkan. bila kad kedatangan ai sudah bertukar warna ke merah dan tidak mendapat kelulusan untuk beberapa hari ai bercuti menjaga N.A.N. ai pon tak tau kenapa?? nak ai bercerita macam mana lagi?? nak ai jajakan wajah baru N.A.N diofis baru percaya ke?? last2 ai batalkan saja cuti yang ai mohon untuk bulan januari lepas, dan ai buat potongan gaji. senang. habis cerita. pasal mulut2 orang yang bercakap, ai tak nak amik tau. hal masalah ai, biar saja ai dan keluarga saja yang tahu. kalau ada yang bertanya baru ai jawab. tapi tak lah lebih2. hati ai perlu ai jaga.
tahap tumpuan ai pada kerja agak merosot. awal tahun dah kelaut,. hasil tangkapan nanti ai boleh lihat dalam markah prestasi hujung tahun nanti. ai terima seadanya. ai tahu tahap kerja ai. yang ni pon ai dah malas nak melayan. redha dan terima segalanya. Allah lebih tahu segalanya.
ai sangat berbelah bagi. nak buat ke tak nak. bila tengok kelincahan N.A.N main petang2, bila ai suapkan makan habis sentiasa, ai rasa macam tak nak buat. biarlah keadaan dia macam ni saja. tapi bila doktor terangkan macam2 infact kalau tak buat, ai jadi takut pulak. yelahkan.. anak ai perempuan, ai tak nak disebabkan kekurangan dia, N.A.N tak nak pegi sekolah, tak nak berkawan, sebab diejek2kan.. time dia nanti kita tak taukan perangai budak2 nih. sekarang pon dah macam2 berlaku. contohnya, anak kawan kakak ai, dia cuma juling sebelah mata je, tapi die punya kesan sampaikan anak kawan kakak ai tu mintak sendiri dengan mak dia yang dia nak sekolah dengan budak cacat. bila ditanya kenapa, sebab dia selalu kene ejek dengan kawan sekolah sebab mata dia juling. terukkan?? ai pon dah jadi takut pasal tu.
hari tu, kawan ai kat FB ada syorkan untuk ai cuba 1 produk nih. ikut dari testimoni produk ni, cucu nenek tu pon ada masalah yang sama macam N.A.N. tapi mata sebelah je. tapi nenek dia pakaikan produk ni pada cucu dia, alhamdulillah dengan kuasa Allah swt, mata cucu ok. ai ada tanya dengan Mohammad Bazli, macam mana?? nak try tak?? tapi Mohammad Bazli diam je. ai tak taulah.. ai nak usaha, kalau boleh elakkan, ai nak elakkan N.A.N dari buat operation. haiii entahlah... ai akan usaha untuk anak ai...
tahap kesihatan mak semakin lama semakin merosot. hujung minggu lepas ai balik, mata mak dah jadi kuning2 oren pekat tu. ai nangis tengok keadaan mak. walaupun tak sihat, sedaya mungkin dia usaha nak buat keje rumah. nak masak, nak basuh baju. cuma bila ai balik je, ai akan masak. ai masak pon ikut yang macam mak ai ajar. jerit2 dari depan rumah. hari tu ai tengok mak tido. lama pulak tu. bila ai duduk tepi katil mak, mak tersedar. pastu mak boleh tanya, kenapa?? takut mak mati ke?? ai terus nangis. ai cuba banyangkan kalau ai dah tak da mak. kalau ai bersalin, sapa yang nak jaga ai pantang? kalau time raya, mesti dah tak ada apa ertinya, kalau balik rumah mak, hanya abah yang ada. abah pulak, sejak2 dah meningkat ke warga emas ni, nak menyambut hari raya memang tak adalahkan.. mesti dah tak da nak buat kuih tradisi keluarga ai. bila ai cerita dekat abah, abah cakap, sebenarnya kita semua tak sanggup nak kehilangan mak. lagi huru hara hati fikiran ai.
hari tu, pengasuh N.A.N cakap, yang muka ai nampak letih. nampak macam tak larat je. memang betul. ai sangat penat. bukan merungut, tapi kalau tak da kerjasama memang susah sebenarnya. diam itu adalah lebih bermakna. ai buat selagi ai mampu.
setiap sujud, ai selalu berdoa dan meminta agar kekalkanlah tahap kesihatan ai buat masa sekarang. untuk ai mampu menunaikan tanggungjawab pada Allah, keluarga dan kerjaya. ai sedang berusaha untuk memberi yang terbaik pada semua pihak. kalau ada yang terkurang, maafkan saja, kerana ini bukanlah sesempurna mana. kerana hati ibu ini sedang bercampur aduk dengan kesihatan anaknya..
2 ulasan:
berat mata memandang.berat lagi bahu awk yg memikul.
akk cuma mampu doakan semoga Allah beri kesihatan yg baik dan melindungi dan merahmati Afnan sepanjang pembedahan tu nnt.dan doakn semoga awk kuat semangat dan cekal menghadapi ujian Allah ni.Amin~~
terima kasih kak...
Catat Ulasan