isnin minggu depan genap tempoh sebulan N.A.N lakukan pembedahan mata. banyak sangat yang dah berubah. tapi mata, masih begitu. sama seperti setahun yang lepas. ai tak tahu dimana silapnya. silap ai yang tak menjaga dengan betul atau silap doktor yang melakukan pembedahan tempoh hari. tapi ai tak mengeluh. cuma mengadu nasib pada yang maha satu. tak sanggup sebenarnya melihat N.A.N kembali sakit. jika inilah jalan yang terbaik untuk masa depan dia, ai terpaksa relakan. ai perlu tabah dan kuat untuk melihat kehidupan N.A.N seperti kanak2 yang lain.
selepas hampir sebulan ini, keadaan semakin cergas dari hari kehari. mulutnya semakin riuh. macam dah nak bercakap. sudah pandai menyebut perkataan mama, abah, papa, nene, tak. yang tak ni, mungkin dia mendengar dari kawan ayahnya yang memanggil 'botak' pada ayahnya. tingkahnya juga semakin mencuit hati. alhamdulillah... tak terhingga rasa syukur ini kerana Allah mengembalikan Nur Afnan Nisrina yang dulu pada ai. syukur sangat-sangat.
kekerapan minum susu juga kembali pada sedia kala. cuma makannya saja masih memilih. hanya yang kene dengan seleranya saja yang dia akan makan dengan banyak. kalau tidak, alamatnya.. masuk ke dalam tong sampahlah. sekarang, seleranya lebih kearah bubur nasi dicampur dengan sup cambells dan sayur sayuran. alhamdulillah.. setelah bertanya dengan kawan2 yang lebih arif pasal makanan kanak2 nih, dorang syorkan N.A.N diberi makan appeton, vitamin tambahan untuk menambahkan selera makan dia. dan alhamdulillah seleranya juga bertambah2. scoot emulsion juga ai tak pernah putuskan. tapi N.A.N tak boleh makan perisa oren tu, nanti sakit perut. jap jap je nanti mesti yak yak. ai bagi makan yang wane putih tu.
sekarang pantanglah dengar lagu 'sayang' dari shae tu. amboiii kemain lagi tau anak dara ai tu. kalau kat dalam kete dia dengar, siap goyang2 tangan. kalau kat rumah, siap joget2 lagi. kalau dengar azan, senyap je.. kalau tengah makan pon boleh berhenti.. kalau tengah nangis pon terus berhenti. alhamdulillah.. sekarang bila nampak ai bawak botol susu atau mangkuk makan dia, dah siap2 dah naik atas sofa, tadah tangan. nak baca bismillah n amin. tapi tak bolehlah ai nak baca doa makan sampai habis. dah sebok sebut nak nak nak. tak sabar ni anak dara sorang ni.
kalau dah tak nak makan atau tak nak sesuatu yang kita bagi N.A.N dah pandai geleng kepala dan goyang tangan yang stail tak nak tu. kalau shopping plak, dah pandai menunjuk dan mintak apa yang dia nak. :) alhamdulillah.. selepas hampir sebulan ni, perkembangan N.A.N semakin bijak dan aktif.
pepetang, dah tau dah.. siap sedia tunggu depan pintu. pastu dok cakap sorang2. kalau ai tak layan, datang terkedek2 kat ai, n membebellah depan muka ai nih. gayanya seperti memujuk ai bawak dia keluar main petang2. time ai cuti bolehlah.. tapi kalau ai keje, pengasuh lah yang layan dulu tunggu luar rumah tunggu ai balik keje. nampak ai, mula lari kedek2 suka. rindulah tu kekononnye..
kalau main petang, N.A.N tak da kawan yang sebaya. ada tu ada, tapi yang sorang balik taska lambat. yang sorang tu pulak baru nak pandai jalan. jadinya N.A.N main dengan abang2. kalau kene tinggal, asiklah menangis... sweet lah awk ni sayang..
apa pon keadaan awak, awak tetap jantung hati ibu. ibu sentiasa doakan anak ibu sihat selalu dan kuat mengharungi dugaan didunia milik Allah ini. ibu dan ayah sayang kamu ketat ketat... :)
2 ulasan:
Alhamdulillah...senang hati akk bc cerita Afnan sihat dan aktif.makin bijak...kan seronok bc cerita Afnan hepi2..sayang Nur Afnan Nisrina...
alhamdulllah kak.. terima kasih..
Catat Ulasan