love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

18 Mac 2012

SELAMAT ULANGTAHUN EMAK

terasa sangat bersalah bila lama sangat tak menulis. banyak cerita yang tersimpan sejak2 dah naik keja ni. 

untuk mak, selamat ulang tahun ke 55 tahun. hampir2 terlupa dengan besday mak. nasib baik kakak call bagi tau. dengan gesa2 amik N.A.N kat taska dan terus tuju ke tesco. tak tau nak nak beli apa untuk mak. 2 tahun lepas ai ada rezeki lebih ai belikan cincin emas. tapi sayang sangat, mak pakai tak lama sebab cincin tu hilang time mak buat dialysis. tahun lepas tak belikan apa2, cuma bawa mak keluar makan. tahun hi ai langsung tak terpk. sibuk dengan kerja seharian. jalan2 dengan N.A.N kat tesco, tiba2 tergerak hati nak call kakak semula. kakak cakap belikan mak kain. so dengan tetiba idea datang nak belikan mak tudung. mak sekarang dah suka pakai tudung yang berawning depan tu. comel je mak pakai. sebenarnya dari dulu lagi suruh mak pakai, tapi mak asik cakap je tak ready. time preggy 8 month bawak mak pegi mydin seremban, tetiba mak kata mak nak beli tudung tu, so ai pon dengan senang hati bayarlah. bukanlah mahal pon, tapi kalau mak pilih yang mahal time tu, ai akan bayarkan jugak. sebab harga tudung tu takkan terbalas dengan perih lelah mak membesarkan ai.

so ai pon pilih2 warna tudung. N.A.N dalam stroller dok sengih2 macam tau2 je nak belikan hadih untuk nenek. ai fikir2 kat kedai tu, mak banyak warna apa ye?? baru teringat, mak banyak baju warna purple. so ai pon belikan terus warna purple. simple tapi mak pasti suka. walau setiap tahun ai belikan hadiah untuk mak, belum tentu dapat terbalas jasa mak mengandungkan dan melahirkan ai 27 tahun lepas. 

call kakak semula, naik marah kakak dok asik call je. hahahaha tanya nak bawak mak ke datang rumah ai?? kakak cakap iye. ai tersenyum lebar. tapi tak buat apa2 pon. sebab tau mak mesti tak suka. mak mana suka makan kek, mak mana suka makan aiskrim, tapi mak paling suka makan nasi ayam, so ai suruh kakak belikan nasi ayam dara kat labu bila otw nak datang rumah ai. so kami celebrate besday mak makan nasi ayam. walaupun simple tak nampak macam sambut besday pon. :)

bila nak bagi hadiah kat mak, cium n salam tangan mak, dah nanges2, habis satu rumah nanges. kitaorang ni bukan boleh. bila sorang dah mula nanges, sume mulalah nak jadi ratu airmata juga. hehehehe tak terluah apa yang nak diucapkan. tapi mak bisik kat telinga time peluk2 mak, mak tahu apa yang yanie nak cakap. makin laju airmata ni keluar.
 ...................................................................................................................................................................
yanie tahu mak tak kan tahu bukak blog yanie dan baca apa yang yanie nak tulis. tapi yanie nak tulis juga. walaupun mak tak baca, yanie akan simpan sebagai bukti..

mak..
selama 27 tahun yanie hidup sebagai anak mak, 27 tahun jugalah yanie dok lah selalu dengar mak membebel, mak marah2, mak jerit2.. mula2 tu rasa marah dan fed up, yelahkan, asiklah dok kene marah. anak dara mana tak ten-syen.  
selama itu jugalah yanie dok melawan cakap mak, tak pernah nak dengar nasihat mak, tak pernah nak ikut cakap mak. entah2 yanie dah jadi anak derhaka. tapi yanie tau mak dah maafkan.. :)
tapi bila yanie dah menjadi isteri orang, yanie dah jadi ibu barulah yanie tahu apa yan mak marah2kan, bebelkan, jerit2kan tu semuanya ada kebenaran. semuanya berguna sesudah yanie jadi isteri dan ibu. bila dok ingat2 balik, menyesalnya yanie sebab tak dengar n ikut cakap mak.
 mak tahu kan, yanie bukanlah jenis manusia yang tau tunjukkan rasa sayang n cinta yanie. mak selalu cakap yanie ni nampak je lembut, tapi hati ye keras. mak selalu jugak cakap yang yanie ni tak pandai nak ekspresikan kasih sayang  yanie. untuk itu yanie memang tak pandai. tapi yanie tunjukkan juga melalui penjagaan mak semasa di wad hampir seminggu. tapi itu tak terbalas jasa mak yang jaga yanie sewaktu kecil. berpuluh tahun mak jaga yanie. memang tak kan terbalas budi mak yang balas dalam masa seminggu. yanie bersengkang mata jaga mak time mak sakit bengkak kaki tak boleh jalan. mulut mak memang cakap tak yah teman mak, kat sini banyak nurse, tapi yanie tau mak memerlukan semangat dari anak2, jadinya yanie berkorban masa dan tenaga menjaga mak. yanei harap dari situ mak dapat rasai kasih sayang yanie.
kalau yanie nak tuliskan memang tak kan habis. untuk itu, yanie nak mak tahu, yanie sentiasa doakan mak sentiasa sihat, kuat semangat, dikurniakan kesabaran yang tinggi menghadapi dugaan dan cabaran yang datang tak pernah henti. yanie sayang mak sampai syurga.. :) 

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?