love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

1 Disember 2010

:: RAPUNZEL ::

Hye semua pengikut. cheeeyyyywahhhhh macam ramai sangat je pengikut ya.. hahaha tak kiralah, janji saya boleh mencoret sesuatu yang sangat menggembirakan hati saya..setelah sekian lama menanti..
Firstly, nak cakap thanks banyak-banyak pada NOR AZRIEN MOHD YUNUS sebab telah berjaya meluangkan sedikit masa bersama saya untuk menonton wayang.. setelah sekian lama kita berjanji, akhirnya janji itu kamu tunaikan.. :)

Tujuan utama kami sebenarnya nak tengok cerita NGANGKUNG.. tapi filem ini terlalu hangat dipasaran, jadi kami dengan rasa terpaksa redha, memilih cerita ::RAPUNZEL:: dalam hati dah berkata-kata,'janganlah cerita ini mengecewa mood girang kami ketika ini' :)

TGV Terminal2, tidaklah seramai JJ dan Alamanda.. jadi kami beratur dan membeli tiket filem ini pada jam 10.45 pm.. masih ada waktu untuk kami menjamu selera di MAARYBORWN.. memandangkan kami ni sedang berdietlah kononnya, saya dah sahabat memilih makanan yang ringan-ringan je.. 'ringan ke' boleh lah..

so lagi 10 minit nak start, kami pun masuk panggung..


taaadaaaa.... :)
mula-mula macam membosankan, tapi lama-lama amat kelakar dan menghiburkan hati dengan gelagat watak dalam filem ini.. 10 bintang boleh diberi..

* watak utama.. ::RAPUNZEL:: sangat cantik.. mata dia besar dan warna hijau.. kalau terkenanlah ni, mesti jadi rebutan anak saya nanti.. toing~~~~perasan..






** haiwan ini sangat lucu.. gelagat dan perwatakkannya amat mencuit hati.. :)







*** salah satu adegan dalam filem ini.. UGENE.. tersangatlah hensem.. kalau saya pregnant anak lelaki, kenanlah sedikit wajah tampan dia ni.. :)








Pengajaran yang dapat dari filem ini :-

  • jangan mengambil kesempatan diatas kelebihan yang orang lain ada
  • jangan terlalu mementingkan diri sendiri 
  • perlu membantu orang yang ada dalam kesusahan
  • gunakan kelebihan yang diri kita ada di jalan yang baik
  • berlaku jujur dengan pasangan kita akan membuahkan rasa kasih sayang dan cinta yang lebih mendalam
dah macam pengkritik pula kan?? kalau kalian berhajat untuk menonton filem ini tersangatlah dialu-alukan. sangat best dan penuh dengan mesej yang tersendiri.. tapi biasalahkan, kalau dah nama pun cerita orang putih, adegan bercumbuan itu tidak sah kalau tidak ada dalam pembuatan filem. jadi bimbingan anda sebagai ibu bapa bagi menerangkan maksud yang tersembunyi amat diperlukan.. :)




Tiada ulasan:

GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?